Assalamualaikum,

Tafsir Quran Untuk Kanak-kanak Bergambar Siri 1 -Al Fatihah

Harga: RM 10.00 / RM 13.00 (Sabah & Sarawak)
Jumlah Halaman: 47 halaman
Tarikh Terbit: 30 April 2005

**Please indicate yahoogroups name to enjoy a  5% discount on books' price

Hubungi  [EMAIL PROTECTED] or call/sms : 017-621 1619 

Delivery charges via courier : additional RM 3.50 per book  (applicable ONLY for Klang Valley area)
Jika puan/tuan order 3 buah buku - courier charge hanya RM5.00 untuk 3 buku tersebut. (Total collection ada 14 series)
*Delivery 3 hari selepas pembayaran penuh.Sila berikan butir-butir penghantaran spt nama penuh, alamat dan no telefon.
Terima kasih.
BUKU DIRECT - "Less Hassle - Save Time - Direct to You"
  •  
 
Sinopsis

Tafsir Quran untuk kanak-kanak bagi surah al-Fatihah

Quran adalah firman Allah swt yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Quran mengandungi pedoman hidup kita, supaya bahagia di dunia dan akhirat. Dengan itu, jika kita mahu hidup bahagia di dunia dan di akhirat, maka kita mesti membaca, mempelajari, dan memahami Quran. Sebagai anak muslim, adik-adik wajib belajar membaca dan memahami isi Quran sejak kecil. Tentu adik-adik mahu hidup bahagia bukan?

Nama-nama Quran
Firman Allah swt yang biasa kita sebut Quran ini, sebenarnya mempunyai nama yang banyak. Antaranya adalah al-Furqan, al-Huda, al-Kitab (Tetapi ini bukan kitab orang Kristian Katolik atau Protestan). Nama-nama itu, bukan diberi oleh Nabi Muhammad saw ataupun manusia lain, tetapi Allah swt sendiri.
Adik-adik pasti mempunyai kitab suci Quran bukan? Sekarang, ambil dan buka halaman pertama. Surah apa yang mula-mula adik-adik temui? Ya, tentu saja surah al-Fatihah.
Ada 114 surah dalam Quran, yang dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah an-Nas. Dalam Quran, surah bererti himpunan beberapa ayat Quran yang diberi nama tersendiri, contohnya, al-Fatihah, an-Nas, dan al-Kafirun.
Terdapat berbagai-bagai nama surah dalam Quran. Ada nama binatang, contohnya al-Baqarah (Sapi ataupun Lembu), an-Naml (Semut), dan an-Nahl (Lebah). Ada pula nama nabi-nabi, contohnya Ibrahim (Nabi Ibrahim), Yusuf (Nabi Yusuf), Muhammad (Nabi Muhammad). Ada pula nama benda-benda, contohnya al-Hadid (Besi), al-Kahfi (Gua), dan ad-Dukhan (Asap). Selebihnya nama benda yang terdapat di langit,contohnya as-Syams (Matahari), an-Najm (Bintang), dan sebagainya.

Ayat-ayat dalam Quran

Surah-surah itu ada yang panjang, ada yang sederhana dan ada juga yang pendek. Surah panjang ada yang mencecah 200 ayat dan lebih, contohnya surah al-Baqarah dan surah Ali Imran. Surah sederhana memuatkan kurang daripada 200 ayat, contohnya surah ar-Rahman dan surah Yusuf. Sedangkan yang pendek terdiri daripada tiga ayat saja, contohnya surah an-Nashr.
Sekarang mungkin adik-adik tertanya, “ Ayat itu, apa?” Ayat adalah bahagian daripada surah. Dalam kitab Quran, ayat-ayat itu dipisahkan antara satu sama lain dengan menggunakan tanda bulatan. Pada setiap bulatan itu, ditulis angka yang menunjukkan nombor urutannya. Cuba buka Quran kamu, dan perhatikan surah al-Fatihah. Di situ, adik-adik dapat lihat bulatan-bulatan dengan nombor urutan satu hingga tujuh. Ini bermaksud, surah al-Fatihah itu mengandungi tujuh ayat. Setiap ayat diberi tanda dengan lingkaran yang berisi nombor urutan satu hingga tujuh.
Ayat-ayat juga ada yang panjang dan ada pula yang pendek. Ayat panjang ada yang terdiri daripada beberapa kalimah dalam bahasa Arab, sedangkan yang pendek terdiri daripada satu kalimat saja, seperti Wal `ashri.

Sejarah turunnya Quran

Quran diturunkan Allah swt dengan menggunakan bahasa Arab. Bagi kita, bahasa Arab adalah bahasa asing. Walaupun begitu, belajar membaca Quran yang berbahasa Arab tidaklah sukar. Rasanya adik-adik sendiri sudah belajar di tadika ataupun sekolah agama kamu bukan? Mudah, bukan? Oleh itu, jangan percaya apabila ada yang mengatakan bahawa belajar membaca Quran itu sukar.
Quran adalah himpunan wahyu Allah swt yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Ia tidak diturunkan sekaligus, tetapi beransur-ansur. Ada yang tujuh ayat, lima ayat, dan beberapa ayat lainnya. Pertama kali Nabi Muhammad saw menerimanya, adalah ketika beliau berusia 40 tahun, iaitu, ketika beliau menyendiri di Gua Hirak bagi beribadat kepada Allah swt. Dengan turunnya wahyu ini, Nabi diangkat sebagai utusan Allah swt. Guru agama di sekolah kamu, tentu pernah menceritakan kisah itu.

Isi Kandungan

Pengantar Penerbit-- 4
Pengantar Penulis -- 5
Kandungan-- 7
Panduan bagi Ibu Bapa -- 8
Mengenal Quran dengan Lebih Dekat -- 9
Pengenalan surah al-Fatihah -- 15
Teks surah al-Fatihah -- 16
Terjemahan surah al-Fatihah -- 17
Ayat 1 -- 18
Ayat 2 – 26
Ayat 3 -- 30
Ayat 4 -- 37
Ayat 5 -- 39
Ayat 6 -- 42
Ayat 7 -- 44

Uji Minda Adik-adik -- 47

**Sila refer attachment dalam pdf format (sample pages)
Panduan Menggunakan Buku Tafsir Quran untuk Kanak-Kanak.
10 June 2005

Menurut Abdullah Darraz, seorang ulama Mesir, Quran itu seperti mutiara yang memiliki banyak sisi. Setiap orang mendapat pemahaman yang berbeza bergantung pada sudut mana dia melihat.   
Menurut Abdullah Darraz, seorang ulama Mesir, Quran itu seperti mutiara yang memiliki banyak sisi. Setiap orang mendapat pemahaman yang berbeza bergantung pada sudut mana dia melihat.
Bahkan apabila kita bertemu dengan suatu makna pada satu ayat, semasa membaca ayat yang sama esok hari mungkin kita akan menemui makna yang berbeza. Demikianlah Quran, sebuah kitab suci yang dirujuk oleh semua umat manusia daripada pelbagai lapisan sosial dan usia.
Buku tafsir ini disusun sebagai cara mengajar anak bagi mencuba memahami kandungan Quran sesuai dengan tahap pengetahuan mereka. Anak-anak akan dibantu bagi memahami kandungan Quran dengan penampilan kandungan buku ini menggunakan paduan komunikasi visual, gambar, teks dan komik. Buku ini amat sesuai bagi kanak-kanak yang berusia 7-12 tahun. Ia boleh dimanfaatkan oleh siapapun yang memerlukannya terutama ibu bapa dan guru.
Kanak-kanak memiliki potensi besar bagi memahami firman Allah swt kerana mereka memiliki jiwa yang masih suci. Hal ini menjadi modal penting bagi mereka menerima kebenaran Ilahi. Ada beberapa panduan bagi membantu ibubapa semasa bersama anak-anak membaca buku ini:

Tafsir-tafsir yang dipaparkan oleh penulis dalam buku ini, merupakan tafsir yang relatif, seperti juga semua tafsir yang ada. Ertinya, anak-anak dapat diajak mengapresiasi, mengkritik atau menyatakan tidak setuju (membiasakan anak berdialog/berbincang).

Ciptakan suasana berdialog bagi memahami kandungan Quran sesuai dengan sifat ingin tahu anak-anak.

Ajak anak supaya tidak sekadar membaca dan mengkaji, tetapi juga menghayati teks dan gambar. Oleh itu, ibu bapa dapat memberi contoh-contoh daripada kehidupan seharian mereka. Atau menggunakan kisah-kisah bergambar yang terdapat dalam buku ini.

Pilih waktu yang tepat, seperti selepas solat maghrib ataupun ketika hampir waktu tidur.

Gunakan teknik bercerita dalam menyampaikan isi tafsir ini, terutama bagi anak-anak berusia 9 tahun ke bawah.

Supaya nasihat dapat diingat dengan baik, usahakan buku ini dibaca secara berperingkat. Cukup satu pertemuan satu ataupun beberapa ayat, disesuaikan dengan keadaan anak.

Di samping mengkaji kandungan Quran, sediakan waktu khusus bagi menghafal kosa kata Quran yang tersedia pada kotak bahasa di beberapa halaman.

Manfaatkan halaman akhir pada buku ini, sebagai media bagi menilai tahap pemahaman anak terhadap isi buku. Tetapi, cuba lakukan dalam keadaan yang mereka tidak sedari bahawa mereka sedang diuji. Beri hadiah kecil atas hasil yang anak-anak capai.

Ajar anak-anak berselawat (Sallallahu ‘alaihi wassalam) apabila berjumpa dengan perkataan ‘Rasulullah’ dan Nabi Muhammad.


Start your day with Yahoo! - make it your home page


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke