you got very good points
ruzaihan.junit wrote:
Assalamualaikum...
Hm... Ramai penyokong kerajaan kat sini. Okla. Surau kecik bukan masalah
besar. Masjid dekat la apa la. Tapi pernah tak korang masuk hotel 5 bintang
(5 binatang?) kat KL nu? Ritz-Carlton, JW Mariot, Concorde, Renaissance,
Sunway Lagoon Resot Hotel dan lain2 lagi. Pernah? No, I'm not talking 'bout
the musolla but I'm talkin bout the freaking toilet! Kalau konon negara
Islam, tapi toilet2 dia semua bercirikan kekafiran. Bayangkanla. Nak
beristinjak pun takleh.
Yang disediakan cuma tisu. Ape orang islam istinjak pakai tisu ke? Ade yang
lebih teruk lagi sampai jamban dalam bilik pun takde paip. I rather stay in
cheap hotel at Chow Kit. Tapi kalau company dah tetapkan kena stay hotel 5
binatang ni, kena ikut gak. But just imangine. Saya pernah tinggal di salah
satu hotel ni (yang mana dah lupe) dan tahan tak berak 3 hari sebab takleh
nak cebok. Nak ke tempat lain tak sempat sebab jadual packed.
Ade kawan saya yang terpaksa gi shopping complex tetiap hari sebab nak
buang air je. Hm... Ape nih? Takkan kerajaan tak ambik tau langsung pasal
hotel2 camni? Atau kerajaan anggap orang Islam kita hina & tak mampu nak
masuk hotel2 mewah nih? Kotor sangat ke cebok pakai air? Saya masa kat
Sunway, terpaksa istinjak dalam bathtub. Nasib la siapa yang menghuni bilik
tu lepas saya. Biasanya orang kapir yang suka mandi berendam ni. Biasanya
la.
Last week saya bawak parent saya gi Penang. Dok Vistana. Kat bilik air dia
takde paip tapi okla dia ade sediakan baldi & gayung. Esoknya ke Equatorial
lak. Kat Area lobby dia punya toilet, langsung takde pipe & baldi. Membebel
parents saya. Siap ayah saya sound orang sana lagi. "Ni tandas untuk orang
kafir je eh? Orang Islam nak buang air kena gi mana? Stesen minyak?" Budak
tu memang la tak tau nak jawab ape...
Bila kita komplen bukan tunjuk alim. Tapi sebab prihatin. Kalau komplen tu
tak betul, terangkanlah. Tapi jangan jadik dungu main ikut bodo je. Orang
buat hape pun kate semua betul. Kalau tak betul pun kita tolong reka alasan
supaya jadik betul. Tu bukan cara pemikiran yang Nabi saw bawakan. Come on
la. Siayidina Abu Bakr pun kena kritik gak pemerintahannya dulu. Takde pun
beliau melenting.
Kerja kerajaan bantu rakyat. Bukannya perah peluh rakyat. Paham? Yang
kerajaan berhutang tu sebab sape? Sebab kite ke? Tu yang dok sibuk nak buat
Taman Islam Hadhari sampai RM400 juta, nak buat masjid kristal Islam
Hadhari sampai RM80j, nak betulkan Wisma Putra (yang baru pakai 5 tahun)
sampai RM12.5j tu buat hape? Ape ke bengong sangat rakyat sampai kerajaan
membazir kat benda camnih pun tak nampak???
Kalau tak mampu pikir camne nak bantu rakyat susah, jangan jadik pemimpin.
Kalau sebab nak selamatkan budget negara kena rabakkan budget rakyat,
kanak2 sepastik pun boleh buat. Camne nak jadik pemimpin agung? Cuba ambik
iktibar dari kisah Nabi Yusuf as. Beliau telah bersedia untuk zaman gering
dengan bekalan yang mencukupi. Pemimpin kita ade buat camtu? Memang belaiu
dapat prophecy tapi jalan penyelesaiannya tetap berjimat cermat gak!
Pemimpin kita sibuk nak tempa nama. Berenang sikit, dapat datok. Bagi
elaun. Belayar keliling dunia, keje bodoh tu pun, dapat datok. Elaun lagi.
Nyanyi sana, nyanyi sini, buat dosa, dapat datok. Elaun lagi. Duit sape
tuh? Ha... Pikir tu guna otak. Jangan guna buku lali. Kita rakyat memang
perlukan subsidi dari kerajaan, bukan kerajaan perlukan subsidi dari
rakyat. Kalau dah tak mampu nak jaga, berambus. Ade orang lain jauh lebih
mampu. Nih tak. Sanggup menipu sebab nak memerintah.
Kalau betul ni kerajaan Islam, takde cukai pendapatan. Yang ade zakat je.
Zakat tak membebankan. Tak macam cukai pendapatan. Kerajaan Islam yang
sebenar takkan tergugat dengan kenaikan harga minyak. Sebab kerajaan Islam
sebenar tak perlukan bangunan tinggi2 dan canggih2. Yang penting rakyat
bahagia & mampu beribadat kepada Allah. Kebahgiaan takde pada KLCC. Hm...
Gaji saudara ber2 naik ke sebagai menyambut siapnye KLCC ataupun sebab
harga minyak naik dulu? Gaji kitorang tak...
Wassalamualaikum warahmatullah...
"johari
johari"@hoespc12.na.x To: [email protected]
om.com cc:
Sent by: Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] Re: Umno perlu ditolak selepas gagal bela
[EMAIL PROTECTED] Melayu
s.com
08/12/2005 07:28 PM
Please respond to
hidayahnet
yang penting kat sini nawaitu ( niat hendak mengerjakan solat ) tak
bermakna tempat luas-luas tapi sembahyang cuma nak cukupkan
syarat........... apa lobang. contoh nyer macam kes ayah pin...heeee macam
tak masuk akalkan,bukan semua nyer budak-budak semua dah berakal dan
berilmu pengetahuan tapi masih lagi nak ikut kata-kata orang yang sesat,
apakah kerajaan pimpinan pas tak dapat nak bendung masalah ini sampaikan
ada
pihak midia pulak yang keluarkan kisah nie...kesihan sungguh......kat sini
kita jgn nak tuduh sesiapa mari kita cari punca masalah ini sebelum lagi
besar dan panjang....dan lagi satu sampai bila melayu nak maju jika kita
masih lagi mengharapkan subsidi kerajaan....WAHAI KAUM-KAUM MELAYU SEDARLAH
.sampai bila kita nak tagih simpati....hutang kerajaan semakin
berlambak-lambak.....takkan hutang kerajaan kita negara luar nak tolong
langsaikan pikir-pikirkan lah..
From: alam semesta Reply-To: [email protected]
To: [email protected]
Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] Re: Umno perlu ditolak selepas gagal
bela Melayu
Date: Mon, 8 Aug 2005 17:20:46 +0800
Norjannah,
Saya tak faham le apa yang saudari komplen kan, KLCC memang le surau
dia kecik, tapi dia ada masjid le tak sampai 100 meter....kalau tu pun
dah rasa susah, apa lagi yang boleh orang buat?? Nak satu floor tu
jadikan surau ke?? Ini le orang Islam yang nak tunjuk dia alim, asyik
komplen aje, tak sedar bila dia komplen dia menunujukkan kelemahan
diri sendiri...Kalau nak jalan 100 meter pun susah, nak pergi perang
ke jalan Allah macammana?? Kalau pergi ke Arab Saudi tu cuba tengok,
macamana diorang sembahyang....tepi jalan dia sembahyang, dalam kedai
dia sembahyang...semua tempat le..jadi apa masalah sebenarnya??
Benda yang senag jadi susah sebab kita sendiri yang ianya jadi susah
On 7/28/05, norjannahmohamednoh <norjannahmohamednoh> wrote:
Rasanya bukan setakat tak mampu bela bangsa melayu bahkan kita sebagai
negara islam pun tidak terbela.
Saya nak beri satu contoh shj iaitu tempat solat.Cuba tengok, bina
masjid
besar besar hanya untuk tontonan sedangkan tidak berfungsi sepenuhnya
sebagai masjid.
Kalau kita pergi tempat2 pelancongan atau paling senang shopping
complex,
berapa kerat jer diantara shopping complex ni yang memiliki surau yang
selesa dengan kemudahan tandas (yg hampir dgn surau) telekong, sejadah,
kitab malah ruang solat juga memainkan peranan. KLCC shopping complex
yang
besar tu hanya ada surau kecil yang apabila tiba waktu maghrib, penuh
sesak
sampai kena beratur menunggu giliran untuk ambil air sembahyang &
solat.
Sangat menyedihkan. Bukankah KLCC tu under Petronas???
Sepatutnya Malaysia sebagai negara Islam harus menitik beratkan
kepentingan
umat islam khususnya bukan hanya bangsa melayu. Saya dapati banyak
company
di negara ini yang mana dipelopor oleh bukan islam majoritinya langsung
tidak mengambil kira solat itu penting maka surau itu juga penting.
Saya banyak mendengar cerita daripada kengkawan berkenaan syarikat yang
tidak menyediakan surau malah ada yang menghalang staff mereka untuk
mengenakan tudung. Di Istana hotel, sorang member in pergi apply post
HR
Executive disana dan alhamdulillah diterima tetapi syarat untuk beliau
bekerja ialah menanggalkan tudungnya. Saya tak pasti sama ada ia benar
atau
tidak tapi itulah cerita yang sidengari. Satu lagi di Samsung Senawang,
pekerja lelaki dihalang dari pergi menunaikan solat Jumaat. Inin benar2
berlaku tapi alhamdulillah setelah rundingan demi rundingan antara
staff
dengan management sana kini mereka diberikan kebenaran tersebut. malah
ada
suatu ketika semasa saya bekerja di Port Kelang ada satu company ini
yang
saya dengar menghalang management mereka untuk rekruit pekerja melayu
(islam) kerana mereka tidak mahu staff mereka buang masa pergi solat.
Even hotel juga begitu. Ada hotel yang mnyediakan surau yang baik ,cth
seperti Hotel Crone Plaza, Sheraton Imperial tapi ada juga yang
langsung
tidak menyediakan fasiliti ini cth Grand Season.
Apa yang saya ingin tekankan disini hanya satu iaitu kemudahan untuk
solat
bagi kita umat islam di Malaysia kerana bukankah Malaysia ini negara
Islam.
Mungkin ada diantara cerita saya ini kurang jelas oleh kerana fakta
yang
saya juga tidak beberapa mengetahui melainkan sekiranya dialami
sendiri.
Saya highlight perkara ini kerana saya gemar berjalan-jalan tetapi
tidak
bermakna solat itu diabaikan.
Saya rasa pemimpin kita yang mengaku islam itu patut menitik beratkan
banyak
perkara dan solat serta tempat solat itu adalah salah satu perkara
tersebut.
Bukankah solat itu tiang agama.
wallahualam
Norjannah Mohamed Noh
Amir Hamzah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Umno perlu ditolak selepas gagal bela Melayu
Wednesday, July 27 @ 12:24:51 MYT
Oleh Hashim Abdullah
KUANTAN, 27 Julai (Hrkh) - Tempoh panjang sudah diberikan kepada Umno
untuk
membela bangsa Melayu tetapi ia sentiasa gagal sudah cukup menjadi
ukuran
agar rakyat bertindak menolak kepimpinannya, kata Ketua Penerangan
Dewan
Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Mat Saad.
Merujuk kepada suara Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia
Putra
(PWTC), baru-baru ini terhadap kegagalan kerajaan Umno/BN
memperjuangkan
30
peratus ekuiti bumiputera dalam pengagihan kekayaan ekonomi negara,
Suhaimi
memberitahu Harakahdaily, tempoh yang panjang tidak menunjukkan rekod
yang
baik bagi orang Melayu berkembang dalam pelbagai sektor.
"Tempoh yang panjang, 50 tahun lebih memerintah, kekayaan negara tidak
dapat
dinikmati oleh orang Melayu, berbanding orang lain keadaan orang Melayu
terus gagal mendapat tempat sewajarnya, bukan saja ekonomi tetapi juga
melibatkan pelbagai perkara termasuk pendidikan," katanya.
Tambah Suhaimi, isu ekonomi orang Melayu hanya dibangkitkan ketika
Perhimpunan Umno menunjukkan mereka tidak serius membela nasib orang
Melayu
sebaliknya mereka mengambil kesempatan membentuk golongan kaya dalam
Umno.
"Agenda ekonomi orang Melayu hanya dibangkitkan apabila ada perhimpunan
Umno. Pengagihan ekonomi negara tidak diurus dengan baik. Mereka
membentuk
golongan kaya bertambah kaya yang miskin terus miskin. Isu AP sebagai
contoh, bagaimana Umno bentuk golongan kaya. Mereka tak serius membela
nasib
orang Melayu.
"Dalam bidang pendidikan, lihat bagaimana mereka bekukan pinjaman Mara.
Buka
kuota pada orang lain dalam pendidikan di MRSM. Macam mana nak kata
bela
orang Melayu. Itu baru sedikit contoh, banyak lain lagi, sebab tu kita
ajak
rakyat tolak Umno," katanya. - lanh
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do
not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get
a
daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
change
your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to
daily digest".
________________________________
YAHOO! GROUPS LINKS
Visit your group "hidayahnet" on the web.
To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
________________________________
_________________________________________________________________
Find just what you are after with the more precise, more powerful new MSN
Search. http://search.msn.com.my/ Try it now.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not
in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
|