|
From: unit siswi
UMAT ISLAM:TIDAK ADA MASA LAGI UMAT ISLAM : TIDAK ADA MASA
LAGI
Golongan Barat, didalangi oleh kuffar laknatullah tidak dengan sebegitu mudahnya meninggalkan negara yang dijajah. Walaupun kita (umat Islam di Malaysia) secara rasmi telah dibebaskan 48 tahun dahulu, namun secara telusnya, sehingga ke abad 21 ini, kita masih berterusan dibelenggu penjajahan. Sedikit demi sedikit, kepercayaan dan cara pemikiran yang digunapakai oleh rata-rata umat Islam begitu banyak yang dicedok ataupun paling tidak mendapat tempias daripada Barat. Dan kita pula? Sedar atau tidak kita sebenarnya telah membayar harga kemerdekaan dengan nilai yang semakin meningkat. Masakan tidak, pada hari ini, sedikit sekali ajaran dan pahaman Islam diaplikasikan oleh orang Islam sendiri, malah apa yang membimbangkan bila semakin ramai pula yang menidakkannya, dan yang lebih malang lagi wujudnya golongan yang bukan sahaja alah malah bertindak menyekat kebangkitan Islam. Fahaman dan cara pemikiran Barat seperti MATERIALISME dan HEDONISME dilihat begitu ideal. Matlamat hidup hanya sekadar mencari kebendaan dan sesudah itu ruang-ruang kosong hidup perlu diisi dengan hiburan dan keseronokan semata-mata. Mana silapnya umat kita hari ini? Kemana hilangnya hadaf dan tujuan asal penciptaan manusia? Tiadalah Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya
mereka menyembahku (Az-Zariyat :56) Sesungguhnya telah kami tempatkan kamu di bumi dan kami
adakan bagimu sebab-sebab penghidupan di atasnya, tetapi sedikit dari kamu yang
berterima kasih. (Al-Araf:10) Sebenarnya, kita sudah cukup letih untuk membicarakan soal keruntuhan iman dan akhlak umat islam pada hari ini. Terlalu banyak cabang masalah membabitkan umat Islam. Benarlah kata-kata Rasulullah s.a.w yang pernah diungkapkan beribu-ribu tahun lampau, Daripada Tsauban r.a.
berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa
dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak
makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya
"Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan
kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan
Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan
Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'waha'. Cintakan hiburan dunia dan takutkan mati. Itulah gambaran umat Islam kini. Hiburan diagungkan. Lihat sahaja rancangan dan topik-topik yang dipaparkan oleh media massa. Malaysian Idol, Akademi fantasia, Audition. Beat TV, Chit chat Azwan. Bukan calang-calang hebatnya sambutan masyarakat Malaysia. Dan seperti biasa umat Islam menjadi yang paling terkehadapan dalam aspek seperti ini. Belum lagi radio Malaysia yang paling meletup, paling ramai pendengar, radio Era. Majalah yang dipilih pula sudah semestinya Mangga, Media, URTV. Apakah yang hebat sangat dengan program-program ini? Tentulah hiburan santai, gossip ditambah lagi dengan cerita-cerita hits artis kesayangan. Fikiran tidak perlu diperah. Rileks dan yang pentingnya terhibur setelah penat bekerja atau belajar. Perkara-perkara sebeginilah yang menyebabkan umat Islam tidak ada masa lagi untuk mendalami Ilmu agama mereka sendiri. Tidak ada masa lagi untuk memikirkan soal ummah. Tidak ada masa lagi untuk memperjuangkan hak saudara seIslam. Malah tidak mempunyai masa lagi untuk memerhatikan soal iman dan taqwa diri sendiri. Masa yang ada diperuntukkan semata-mata untuk bekerja dan berhibur. Itulah realiti Umat Islam kini. Tidak ramai yang mahu bangkit dan melepaskan diri dari fahaman ini untuk kembali kepada ajaran Islam yang syumul. Bagi yang ingin bangun, cabaran-cabaran persekitaran seperti ini begitu kuat menganggu. Jika memang sedari kecil diterapkan dengan ajaran Islam kemungkinan besar (namun tiada jaminan) perkara ini dapat diatasi namun bagi mereka yang sememangnya dilinkungi dan sentiasa disuap dengan fahaman hiburan, sudah pasti ia menjadi cabaran yang sungguh berat. Inilah yang dikatakan penjajahan pemikiran yang diperturunkan oleh Barat agar umat Islam sentiasa lemah dan terpinggir. Terpana seketika apabila melihat gelagat peserta rancangan Pop Kuiz menjawab soalan dengan begitu cekap dan pantas. Begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh menjawabnya. Bertalu-talu soalan diajukan namun nampaknya kebanyakan soalan dapat dijawab dengan tepat dan bernas. Pendek kata semua aspek dan hal ehwal dunia hiburan terpahat dan tersimpan rapi dalam ingatan. Pelik dan hairan. Bagaimana mereka boleh hafal dan ingat tajuk lagu, cerita-cerita artis, judul filem dan senikata lagu dengan sebegitu mudah? Bagaimana persoalan persoalan hiburan ini bagaikan berada di hujung lidah mereka sahaja? Di sudut hati kecil pula terpalit rasa hiba dan sedih dengan nasib ummah. Inikah senario yang berlaku dalam ummah? Jika fenomena dan situasi sebegini yang akan terus dicorak dan diagumgkan, maka umat Islam sudah pasti tidak akan bangkit jauh sekali menjadi umat yang terulung di muka bumi.
Ili Safuraa Bendahari Uniti Siswi SISMA -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
YAHOO! GROUPS LINKS
|
