From: muslimah1903
Sent: Wednesday, June 22, 2005 6:08 AM
Subject: wahai kakakku...bacalah..

"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik
berteman tangis dan sendu sahaja."

Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;

"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan
sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh x ternilai
andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai
adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki... menjadi 'izzah' yg plg
gah bahkan lebih gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya
wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun. Duhai adikku,
lembut wanita itu bukan lemah, tp senjata."


Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi...

"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."

Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.

"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya? Wahai para
lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman
lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg beriman, tundukkanlah
pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapa
terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yg bergelar
ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak
mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd dirinya. Dan tidak
ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana
disitu lah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga
bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka
kecuali pd para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg
suci. Namun... wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi
martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa'
sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita yg beriman yg
solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh."

Adik masih x puas ati.

"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka
merasa malu??"

Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna. Adus, semakin
terasa mendalam kasih sayang pd penghuni jannah ini!

"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap insan. Wujudnya
seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada
diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila
mana al-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri
menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri
tidak cukup menarik... merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri
mereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi psikologi. Namun
adikku... wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dr
perbuatan murahan itu."

Adik garu2 kepala.

"Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini? Bagaimana
hendak adik kenali mereka???"

Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati
mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri."Wahai adikku. Di
zaman Rasulullah, diperintahkan wnaita2 yg beriman itu untuk
menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai
wanita yg bermaruah. Maka demikianla adikku menilai mereka. Tp perlu
juga dilihat pd hatinya... pd akhlaknya...

Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah dan yg toleh.
Namun adikku... jgn dikau cemuh wanita yg toleh itu... kerana dlm
hati2 mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan cinta pd
ALLAH... Kerana fitrah cinta pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa
insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali pd
jalan yg mereka th hak ALLAH. Cuma kadang2 term solehah itu terasa
berat di bahu mereka... Kadang mereka takut pd persepsi wara dan
alim. Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara' itu
bermaksud menjaga.

Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara'. Alim itu maksudnya
mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka dia adalah alim dlm
bidangnya. Persepsi yg salah pd dua perkataan ini menjadikan mereka
takut untuk berubah kepada stage yg lebih baik. Kerena begitulah
persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH tidak menjadikan
makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak
zalim kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan hawa itu dari
rusuk adam... Dia telah mengetahui apakah sebaik2nya buat makhluk
bergelar Hawa ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini...
Tapi sayang... golognan HAWA ini kadang2 merendahkan martabat mereka
yg ALLAH jdkan penuh kemuliaan...

Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita.

Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan debu2 kilauan pasir.

Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yg x berkualiti...amat
mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah... Tapi epal yg tak
mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai.
Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia
merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah.
Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi
martabatnya.

Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... elok sifatnya... sehinggakan
tiada siapa yg berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar2 hebat
sahaja bisa memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tp mungkin
di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia... asalkan cinta ILAHI
mengiringinya...tak semestinya dipetik di taman dunia rite? Tp lebih
bermakna bile ALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utk
memetik di taman akhirat kelak."


Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yg besar
dengan buah2 epalnya yg kemerahan??

Sang bidadari lalu bangkit.
Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti kan dia sambung
perbualannya dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku... sungguh
tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak2 adalah
penghuni2 syurga!

Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya bidadari berwajah
manusia... berhakkah menjadi bidadari syurga? Wallahu'alam.









--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke