Semua suami muslimin mesti boleh jadi imam sekurang-kurangnya kepada
isteri dan anak masing masing. Cerita tak tau baca Fatihah, tajwid tak
betul atau lutut longgar, itu masalah nombor 2. Kalau ditakdirkan sakit
jantung atau darah tinggi masa mencuba nak jadi imam pada keluarga
masing-masing, itu nak buat macam mana. Allah yang lebih tahu.
Experience lutut longgar masa jadi imam ni saya rasa banyak orang dah
rasa. Tinggal lagi orang yang tak pernah mencuba tak tau macam mana rasa
longgarnya lutut dan pitamnya rasa berdiri kat depan tu tambah lagi
kena baca kuat kuat pulak tu.....
Ya Allah... pengalaman yang amat menakutkan.
>>> ruzaihan.junit 22/08/2005 08:39:16 >>>
Assalamualaikum warahmatullah...
Saya tertarik dengan artikel ni. Ternyata penulis adalah seorang yang
kreatif. Tapi suka saya ingatkan. Lebih baik si suami bersolat jemaah
sebagai makmum di masjid dari jadi imam di rumah. Sebab Nabi saw
pernah
mengingatkan bahawa tiada solat untuk tetangga masjid melainkan solat
di
masjid. Ni tertakluk kepada solat fardhu sahaja. Untuk solat sunat
boleh
lah dilakukan secara berjemaah dengan isteri (Baginda saw juga amalkan
begini).
Mengenaik isu ini, saya memang bersetuju. Walaupun ke masjid sebagai
makmum, adalah lebih baik si lelaki menyediakan dirinya sebagai imam.
Kerana mungkin suatu hari nanti mereka terpaksa bersafar dan sisuami
terpaksa menjadi imam. Kan ke haru. Lagipun belajar memperbetulkan
bacaan
dalam solat adalah wajib atas setiap individu. Tak sepatutnya ada
dalih.
Kepada para lelaki, ini adalah cabaran untuk anda. Tapi buat kerana
Allah,
bukan kerana dicabar. Dan kepada para isteri, galakkanlah suami anda
untuk
belajar.
tahniah kepada penulis atas penulisan yang menarik ini.
Wassalamualaikum warahmatullah...
[EMAIL PROTECTED]
.na.xom.com To:
[email protected]
Sent by: cc:
[email protected] Subject:
Bismillah [hidayahnet] Berapa ramai suami yang boleh jadi imam???
08/12/2005 09:04 AM
Please respond to hidayahnet
From: "azura" <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Thu, 11 Aug 2005 17:29:36 +0800
Subject: Berapa ramai suami yang boleh jadi imam???
Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam??
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar.
Kalau
lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan
nanti
mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan
sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat
belajar
memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh
menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di
asrama,
peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur
membantu
ibunya.
"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan
penuh
semangat.
"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga
sibuk
belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu
jawab
si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya
tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.
Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti
boleh
menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin
ramai
wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan
ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna
pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan
penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing
lagi
gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai
raja
tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari
ilmu
menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih
perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu
handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh
perlu
boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah
ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki
juga.
Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada
keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan
juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?"
Dengus
teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan
sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama,
selain
keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini
kepada
beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut
bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan
isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri
sembahyang
sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya
yang
rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan
wanita
perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh
menjadi
imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau
menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.
Jika
wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do
not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless
sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get
a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily
digest".
Yahoo! Groups Links
DISCLAIMER:
This e-mail (including any attachments) may contain confidential information.
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review,
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited.
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and
other information in this e-mail that do not relate to the official business of
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is
excluded to the fullest extent permitted by law.
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/