|
----- Original Message -----
From: Majlis Syura
Muslimun UK & Eire
Sent: Saturday, August 27, 2005 1:25 AM
Subject: Tazkirah hati dan Amal (dr Dr Hati: Ibnu Jauzi)
Friday, August 26, 2005Tazkirah hati dan Amal (dr Dr Hati: Ibnu Jauzi)
1) Pengarang kitab "al-Fawaid", Ibnu
Qayyim telah menerangkan mengenai simpang-siur kehidupan dunia.
Beliau menjelaskan bahawa setiap perbuatan manusia, biasanya didahului
oleh i] lintasan- lintasan (khawatir) atau gagasan. Faktor inilah yang kemudiannya mengundang munculnya ii] tasawwur (gambaran). Selepas itu muncul pula iii]iradah (kemahuan) yang selanjutnya mendorong kehadiran iv]perbuatan (amal). Apabila perbuatan itu terjadi berulang kali, maka ia akan menjadi v]kebiasaan. 2) Oleh kerana itu, Ibnu Qayyim menegaskan, "i] Lawanlah setiap lintasan buruk. Ini ialah kerana jika dibiarkan, ia akan berubah menjadi fikrah (gagasan) yang buruk. ii] Singkirkanlah fikrah buruk itu, kerana jika dibiarkan, ia akan berubah menjadi iradah atau 'azimah (tekad) yang buruk. iii] Perangilah tekad yang buruk itu, kerana jika dibiarkan, ia akan berubah menjadi perbuatan buruk. iv] Dan jika perbuatan buruk itu tidak dilawan, bahkan dilakukan secara berulang-ulang, maka ia akan berubah menjadi kebiasaan buruk. v] Bila perbuatan buruk itu sudah menjadi kebiasaan, maka kita akan merasa sukar untuk meninggalkannya". 3) Mengucap lafaz "istighfar" dan segera mengingat balasan hari akhirat adalah cara yang dicadangkan untuk menghapuskan lintasan-lintasan buruk yang berada dipemikiran kita. Undang2nya mudah; samada menuju kebaikan atau kejahatan: Lintasan hati -> fikrah pemikiran -> tekad keinginan -> amal perbuatan -> kebiasaan/perangai/habit Tidaklah kita hairan melihat manusia yg sudah sebati dengan kebaikan atau kejahatan, sehingga nasihat itu menambahkan keimanannya dan menginsafkannya ataupun nasihat itu tidak mengubah apa2 pun pada kebusukan amalannya ![]() Majlis Syura
Muslimun UK & Eire
Website: http://www.msmonline.org.uk
Weblog : http://msmukeire.blogspot.com/ Forum : http://www.aimsonline.org.uk eGroup : http://groups.yahoo.com/group/msm-net/ email :[EMAIL PROTECTED]
-------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". YAHOO! GROUPS LINKS
|

