Assalamualaikum semua,
Kalau pasal Mawi di beasr2kan mengapa national Quran reading competition
tidak dibuat sebegitu rupa esp.for we people at Sarawak/Sabah and the of
the competition only published di media cetak only 1 day for us.sorry if
I'm worng!!!!! and back to AF again kalau di teliti secara rational , sorry
hang bukan kaki/kutu AF interm of quality candidate from Kelantan was still
the best but unlucky for her tak banyak supporters this is reality.Now AF
is not go for quality but not more than money.
 wassalam. 

Original Message:
-----------------
From:  "Abd Mutalib Ibrahim"@tm.net.my
Date: Wed, 24 Aug 2005 15:55:56 +0800
To: [email protected]
Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] *Mendeka! Mendeka! Mendeka!*


Kalau rakyat punya fikiran waras yang tersendiri, segala kehodohan dan
kepinchangan yang nampak sekarang tidak lah teruk sangat. Rakyat,
terutamanya Melayu amat mudah di kelentong oleh pemimpin, emosi mereka amat
mudah dieksploitasikan pada bila-bila masa dan apa-apa sahaja keadaan.
Apa saja isu hangat yang dibawa oleh akhbar perdana akan diikuti dengan
penuh perhatian. emosi dan keprihatinan.
Paling terbaru ialah cerita Mawi. Disana sini orang bercerita tentang Mawi.
Sebelum itu Ayah Pin. Disana sini orang bercerita tentang Ayah Pin.
Sebelum Ayah Pin, orang bercerita tentang AP. Disana sini orang bercerita
tentang AP.
Dan banyak lagi sebelum itu, sebelum itu, sebelum itu....

DARI CONTOH DIATAS, TIDAKKAH ANDA NAMPAK BAHAWA AMATLAH MUDAH SEKALI UNTUK
MENGEKSPLOITASI MINDA RAKYAT MALAYSIA?

Tidak ada kemerdekaaan jika segala bentuk tingkahlaku, pemikiran dan tabiat
boleh dibentuk oleh orang yang punya kepentingan untuk diri mereka sendiri.

Kemerdekaan yang hakiki bagi insan adalah apabila mereka mengabdikan diri
mereka kepada Penciptanya iaitu Allah Subhanahuwataala.

     

>>> Amir Hamzah  18/08/2005 21:21:09 >>>
'Mendeka! Mendeka! Mendeka!'
Tuesday, August 16 @ 12:23:53 MYT


Oleh Lanh
 SEMASA remaja dulu, sekali-sekala saya memegang batang cangkul dan sabit,
menolong 'orang tua' berkebun. Saya membantu menanam pokok tebu, serai dan
tanam-tanaman kampung lain. Ketika itu tidaklah terasa sakit badan selepas
bekerja kerana tenaga masih banyak dan badan 'fit'.


Tetapi sekarang, pada usia 40-an, apabila saya berkebun semula selepas
memiliki sebidang tanah 'sekangkang kera', tidaklah dapat saya gambarkan
kesakitan badan termasuk lenguh-lenguh anggota, sendi dan tulang selepas
'aktiviti' menebas atau mencangkul.
Penat sungguh berkebun atau menjadi petani ini, keluh saya. Patutlah tak
ramai anak-anak muda kita nak jadi petani. Selain penat menebas, mencangkul
dan menyemai, benih yang ditanam dirasa lambat pula membesar dan membuahkan
hasil. Jika tanaman menjadi, kena fikir pula cara memasarkannya. Jika tidak
tahu, hasil tanaman akan berlonggok atau membusuk di kebun.
Sebaliknya, jika kerja bergaji, hujung bulan insya-Allah akan dapat
habuannya. Pendeknya, tidak perlu fikir apa-apa, duit sudah di'bank in'.
Selesai sudah masalah perbelanjaan anak yang bersekolah, belanja dapur dan
sebagainya.
Tetapi bertani banyak masalah yang memerlukan kesabaran tinggi.
Penghasilannya bukan boleh ditetapkan pada setiap hujung bulan. Kalau tak
berduit pada hujung bulan bagaimana mahu menyediakan belanja rumah tangga,
anak-anak dan membayar bil. Pening kepala memikirkannya.

Penat menebas, saya pun beredar ke perdu serumpun pisang. Peluh membasahi
seluruh anggota badan termasuk di muka. Cuaca jam 10.00 pagi itu sungguh
panas. Di bawah pokok pisang keadaan redup. Saya pun mula merehatkan diri.
Botol air dicapai. Pada masa yang sama tangan sebelah lagi menyelak akhbar.
Gambar seorang menteri kanan menarik perhatian saya. Wanita berbaju kurung,
tak bertudung itu kelihatan sedang melarikan diri daripada diburu wartawan.
Dapat saya bayangkan bagaimana bunyi kasut tumit tingginya, tap, tap, tap.
Nampaknya dengan tersiarnya gambar itu bermakna wartawan (jurugambar) kita
hebat juga. Orang lari dari pintu belakang pun dapat dikesan mereka.
Hairan juga saya mengapa menteri yang amat 'senior' ini melarikan diri dan
menutup muka. Setahu saya, yang 'buat aksi macam tu', tertuduh dalam kes
berat seperti edar dadah, rogol orang dan bunuh orang.
Jadi 'apasal' menteri kanan berkenaan buat macam tu. Ooo, baru saya
teringat, ada 'orang lebih hebat' daripadanya (kini bekas bos), menuduh dia
bercakap tidak benar (dalam bahasa Inggeris digunakan perkataan
misleading). Ini 'bahasa lembut' kalau bahasa kasar, ia bermakna
'berbohong'.
Bermakna menteri kanan itu dituduh berbohong. Ini baru tuduhan, tetapi
kenapa menteri itu takut benar. Kalau setakat tuduhan, apa nak ditakutkan
sangat sebab sebelum ini pun 'berbakul' tuduhan sudah dilemparkan kepadanya.
Peribahasa ada menyebut 'berani kerana benar'. Jadi kalau menteri itu faham
peribahasa ini, tentulah dia tidak akan melarikan diri atau takutkan
sesuatu apa pun kecuali Allah.
Saat itu saya teringat kata-kata yang sering dilontarkan oleh seorang
sahabat: "Seorang cendekiawan memberitahu Rajanya, 'Tuanku, jika Tuanku
hilang kerajaan, Tuanku masih ada diri Tuanku, jika Tuanku hilang
kesihatan, tuanku sudah hilang separuh daripada diri Tuanku, tetapi jika
Tuanku hilang harga diri, Tuanku sudah hilang segala-galanya."
Advertising


Koleksi Buku, CD, Kaset dan Kad Tunjuk untuk kegunaan pembelajaraan
anak-anak
Klik di sini untuk maklumat lanjut

Alangkah malu dan sebalnya diri jika dituduh pembohong, bukan oleh musuh
tetapi orang yang kita sanjung dan dianggap sebagai bapa sendiri. Seorang
musuh menuduh kita pengkhianat, ia tidak menjadi kudis, tetapi jika tuduhan
dibuat oleh sahabat baik atau pasangan hidup kita, lukanya amat dalam dan
mungkin tidak sembuh sehingga ke akhir hayat. Jika dituduh pembohong, di
manakah muka ini dapat disorokkan?
Dalam saya kembali meneruskan kerja menebas-nebas rumput dan lalang sebelum
balik ke rumah, saya pun berfikir: "Biarlah aku penat berkebun, biarlah
peluh membasahi diriku, biarlah tegang urat-urat dan sendiku, biarlah
diriku berbau tanah dan busuk, jika cara ini aku dapat mencari rezeki halal
daripada dituduh pembohong, dituduh tidak amanah dan pelbagai tuduhan lagi.
"Biarlah aku hidup dalam 'kemerdekaan' ini, daripada terkurung, terbelenggu
dan terperangkap oleh perasaan sendiri walaupun hidup ditimbuni emas perak,
wang berpeti-peti dan pangkat tinggi melangit."
Dalam perjalanan pulang, jerebu berarak membelah ruang angkasa. Pada ketika
negara membilang hari dan detik untuk menyambut Hari Kebangsaan ini, saya
terkenang betapa mudahnya sesetengah pemimpin melaungkan semangat patriotik
dan meminta rakyat berbuat demikian, tetapi apabila jerebu melanda, mereka
dan keluarga masing-masing yang pertama berangkat meninggalkan tanah air,
bercuti di Los Angeles atau ke Australia dengan duit berguni-guni.
Tak tahulah apa tindakan mereka jika meletus huru-hara dan perang. Agaknya
mereka yang pertama hantar keluarga masing-masing ke 'oversea', biarlah
rakyat hadapi kemelut itu. Berjuanglah rakyat ke titisan darah terakhir,
kata mereka.
Pada ketika kehidupan rakyat meruncing dan terpaksa mengikat perut
disebabkan kenaikan harga barang-barang, ramai daripada anggota keluarga
terhormat ini masih ber'shopping' di London, Paris dan Dubai.

Masih ramai yang menunjukkan kemewahan dengan kenduri kahwin macam 'pesta
puteri kayangan' atau macam anak Raja Donan - 40 hari 40 malam dan wang
hantaran RM20,000 - RM30,000.
Mereka terus boros berbelanja sedangkan rakyat disuruh 'jimat, jimat,
jimat' dan pada masa yang sama majalah, surat khabar dan TV terus
menyiarkan kisah dan gambar perkahwinan 'luar biasa' ini. Apakah ini untuk
dicontohi oleh rakyat yang saban hari bersarapan cekodok, lempeng, ubi
rebus, nasi sejuk dan lauk lebihan semalam dengan kopi O panas atau pun air
suam saja disebabkan gula dan kopi sudah naik harga?
Dan pada saat negara akan menyambut ulang tahun kemerdekaan, sibuklah
sesetengah daripada mereka melaungkan kata-kata keramat: "Kita lupakan
perbezaan dan sengketa politik, marilah kita sama-sama sambut hari
kemerdekaan."
Sedapnya mulut mereka bercakap, 'bersama-sama merayakan kemerdekaan' *
kemerdekaan apa yang mereka maksudkan itu? Selepas mereka puas 'menjarah
sana, menjarah sini' (senarai ini panjang, antaranya dalam isu bahasa, ISA,
AP, DEB, Pasti, hak asasi, penyelewengan tender, kenaikan harga minyak
serta barang dan pencabulan demokrasi), rakyat diminta untuk bersama-sama
berada di pentas mereka, mengibarkan bendera dan melaungkan kata-kata
keramat: "Merdeka! Merdeka! Merdeka!"
Kalau hanya untuk mengibar bendera dan melaungkan kata-kata itu, anak saya
yang berumur tiga tahun pun boleh, cuma sebutannya tersasar sedikit -
"Mendeka! Mendeka! Mendeka!."



        
---------------------------------
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo!
Security Centre.

DISCLAIMER:

This e-mail (including any attachments) may contain confidential
information. If you are not the intended recipient, you are hereby notified
that any review, distribution, printing, copying or use of this e-mail is
strictly prohibited. If you have received this e-mail in error, please
notify the sender or Bursa Malaysia immediately and delete the original
message. Opinions, conclusions and other information in this e-mail that do
not relate to the official business of Bursa Malaysia and/or its group of
companies ("Bursa Malaysia Group") shall be understood as neither given nor
endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa Malaysia Group accepts no
responsibility for the same. All liability arising from or in connection
with computer viruses and/or corrupted e-mails is excluded to the fullest
extent permitted by law.







--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not
in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links



 



--------------------------------------------------------------------
mail2web - Check your email from the web at
http://mail2web.com/ .






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke