Ucapkanlah Dengan Nama Tuhan Mu
Tahun 2005 ini genaplah bagi Negara Malaysia menyambut ulang tahun ke 48 tahun merdeka. Maka pelbagai sambutan diadakan dan banyaklah tiang bendera ditegakkan. Samada dibangunan atau dikenderaan. Syukurlah alhamdulilah kesedaran Islam di tanah air kian meningkat. Jika suatu ketika dahulu menjelang detik kemerdekaan, terutama di Dataran Merdeka, rakyat Malaysia menyambut dengan berbagai acara hiburan yang dinyanyikan oleh penghibur tempatan tetapi kini dikebanyakkan tempat dinyanyikan oleh kumpulan Nasyid dan penyanyi yang bercorak Islamik.
Tetapi soalnya sedemikiankah pengisian kemerdekaan yang benar-benar dikehendaki oleh agama ? Terutama agama Islam yang dianuti oleh majoriti rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu ? Sampai terpekik terlolong macam kena histeria. Biasanya acara hiburan tersebut benar-benar melalaikan sehingga berlanjutan sehingga terbit cahaya matahari pada waktu Subuh.
Hasilnya ketika cahaya matahari menjelang tiba, banyak sampah sarap hasil buangan remaja Malaysia terutama kaum Melayu yang dapat dilihat dengan mata kasar. Terutamanya belon getah yang bukan diisi dengan udara tetapi berisi dengan air. Seolah2 macam pesta seks rambang !!! Demikianlah rapuhnya iman para remaja Islam sekarang. Sampaikan dalam majalah Mastika keluaran terbaru yang menceritakan rosaknya akhlak remaja Melayu di Kuantan Pahang yang boleh dipanggil sebagai Hatyai di Malaysia.
Dimana silapnya? Pada pehak pemerintah atau pada pehak Ulamak? Atau pada pehak penjaga atau remaja itu sendiri yang tidak dididik dengan asas-asas agama. Apatah lagi hubungan dengan mengenal Allah atau takut pada Allah.
Kalau begitu apakah sebenarnya pengertian Kemerdekaan? Bagi saya kemerdekaan bukan bermakna kita bebas berbuat apa-apa sahaja meski pun dikira masih dalam linkungan undang-undang negara atau batasan agama. Apatah lagi bebas berbuat sesuatu dalam lingkungan hawa nafsu yang bergelora dan berpandu pada akal semata-mata walau pun dalam pengertian sebenar kita sebenarnya tertewas dengan bisikan syaitan.
Kemerdekaan yang sebenar ialah apabila berjaya melepasi Titian Siratul Mustaqim pada masa berada di Padang Masyar nanti !!! Selepas berjaya melepasi titian Siratul Mustaqim, maka berketawalah kita, berlompatlah kita malah bergembira atau menjeritlah semahu-mahunya kita. Ucaplah perkataan merdeka! merdeka! merdeka!Itulah erti kemerdekaaan yang sebenarnya. Kalau masih ada lagi bendera mana-mana negara, maka pacaklah di Padang Masyar nanti!!!
Kita boleh melepasi keadaan di Padang Masyar nanti dalam keadaan 2 perkara.Jika berjaya melakukan 2 perkara inilah baharulah di namakan kemerdekaan yang sejati.
1. Habluminallah. Pengabadian yang sebenarnya pada Illahi. Jika boleh menjadi abdi seabdi-abdinya pada Illahi. Pada tahap ini bukan senang bagi manusia untuk menjadikan Allah sebagai Tuannya.Dalam erti kata lain mengenal Allah dengan pengertian yang sebenarnya. Takut pada nerakaNya dan mencintai Illahi melebihi segala-segalanya !!
Seperti dalam firmanNya dalam surah Az Zaariyat ayat 56.
Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku.
Jadi hidup manusia dimuka bumi ini samada secara sedari atau tidak 24 jam dikira beribadah untuk Allah. Tanpa mengira samada pada waktu berdiri, berjalan, berbaring atau pun dalam berkeadaan duduk. Siang atau malam memikirkan Penciptaan Illahi dan menyembahNya samada secara sedari atau tidak.Dan jika boleh mulut kita, hati kita dan tindak tanduk kita 24 jam bertasbih, berwirid, berzikir pada Illahi. Dalam pengertian ini jika dapat dicapai barulah boleh manusia itu di kira sebagai Khalifah Allah di atas muka bumi ini.
Persoalan nya sedemikiankah majoriti umat Islam terutama di Malaysia yang berwatak demikian? Rasa-rasa pembaca sendiri tahu dan sendiri boleh menjawabnya.
2. Habluminanas . Hubungan sesama makhluk terutama manusia. Pada tahap ini sampaikah kasih sayang kita sesama manusia? Apakah kasihnya kita hanya bila di puji , dihormati dan dilambung seperti hero ? Dan bagaimana pula jika dikeji , di caci samada atas perkara yang benar atau bila ditimpa fitnah?
Sekiranya dalam apa jua keadaan samada atas pujian atau kejian , hati dan jiwa kita tidak terasa apa-apa, sebaliknya pulangkan kesemuanya pada Allah Taala. Barulah kita berjaya dalam hubungan Hambluminanas.Hendak mencapai kepada makam begini bukan suatu perkara yang mudah. Kena berguru terutama pada guru mursyid. Bukan senang nak mencari guru mursyid walau pun sudah 48 tahun merdeka!! Yang banyaknya ialah guru munafik!! Dan sekiranya dapat berjumpa dengan guru mursyid , maka cepat-cepatlah mendatangi beliau walau pun dalam berkeadaan merangkak.
Pada guru tersebut yang dapat membimbing kita dalam mencapai erti kemerdekaan yang sebenar-benarnya. Samada dalam hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia.
Sekian sahaja. Wallahuallam.
Moderator SiberMelayu.
Yahoo! Mail
Stay connected, organized, and protected. Take the tour
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
