ABU HURAIRAH (R.A.)
Rujukan: Ulum Hadith STPM, Joni Tamkin Borhan & Che Zarina Shaari, B.A
dan M.A Syariah UM.

Nama beliau ialah Abdul Rahman bin Sakhar, dilahirkan di Yaman 19
tahun sebelum Hijrah. Berasal dari Qabilah al-Dusi di Yaman dan ke
Madinah pada tahun 7Hijrah untuk memeluk Islam. Ahli-ahli hadith tidak
sependapat tentang nama Abu Hurairah sebelum dan selepas beliau
memeluk Islam. Pendapat majoriti mengatakan namanya sebelum Islam
ialah Abu Syams dan setelah memeluk Islam ditukar oleh Rasulullah
s.a.w. kepada Abdullah bin Abdul Rahman. Beliau lebih dikenali dengan
nama Abu Hurairah.

Beliau adalah sahabat yang masyhur kerana merupakan antara sahabat
yang paling banyak meriwayatkan hadith. Jumlah hadith yang
diriwayatkan ialah 5374 hadith. Antara faktor yang menyebabkan beliau
banyak meriwayatkan hadith ialah kerana beliau sentiasa bersama
Rasulullah s.a.w. iaitu selama tiga tahun atau lebih. Masa selama itu
sudah cukup untuk beliau mengetahui dan menghafal hadith, sedangkan
kebanyakan golongan Ansar dan Muhajirin sibuk dengan urusan mencari
keperluan hidup.

Di awal pemelukan Islam Rasulullah s.a.w. telah melarang beliau
menulis hadith kerana ditakuti akan bercampur dengan al-Quran.
Larangan itu menyebabkan beliau membakar semua hadith-hadith yang
ditulisnya di atas tulang dan kulit unta atau biri-biri. Tetapi
setelah beliau mahir menulis dan lama di dalam Islam, beliau diizinkan
oleh Rasulullah s.a.w. untuk menulis hadith.

Faktor kekuatan daya ingatan dan hafalan telah menolong beliau
menghafal hadith dengan banyak sehingga mengatasi sahabat yang lain.
Walaupun ingatan beliau lemah pada mulanya, setelah itu Rasulullah
s.a.w. mendoakan supaya Abu Hurairah tidak menjadi seorang yang
pelupa. Berkat doa itu beliau menjadi seorang yang kuat daya
ingatannya.

Suatu ketika Gabenor Madinah, Marwan bin Haman bertanya kepada Abu
Hurairah tentang beberapa hadith, sedangkan disebalik tirai terdapat
penulis yang menulis apa yang dikatakan, setahun selepas itu, beliau
telah dipanggil semula dan sekali lagi diminta menceritakan apa yang
pernah ditanyakan kepadanya dahulu. Apabila dibuat perbandingan
diantara ceritanya secara hafalan dengan catatan yang telah dibuat,
didapati tidak terdapat sebarang kesalahan walau sedikit pun dan tidak
terdapat tokok tambah. Ini suatu bukti yang menunjukan kekuatan daya
ingatan Abu hurairah.

Faktor lain yang menyebabkan Abu Hurairah banyak meriwayatkan hadith
ialah kerana beliau tidak terlibat dengan urusan pentadbiran Negara
secara aktif. Ini memberi peluang kepadanya menyampaikan dan
menyebarkan hadith kepada para sahabat dan para Tabi'in. Imam
al-Bukhari mencatatkan terdapat 800 orang Tabi'in yang meriwayatkan
hadith dari Abu Hurairah. Diantara anak murid Abu Hurairah ialah
Hamman bin Munabbih yang menulis hadith-hadith gurunya, Abu Hurairah,
yang dinamakan Sahifah
Hamman ibn Munabbih. Buku ini boleh didapati hingga sekarang dan
dianggap sebagai buku hadith yang tertua sekali.

Abu Hurairah wafat pada tahun 57H atau 59H di Aqia ketika berumur 78
tahun. Ini menunjukan bahawa umur beliau yang panjang selepas
kewafatan Rasulullah s.a.w. memberi kesempatan baginya menerima dan
meriwayatkan hadith kepada Tabi'in diserata pelusok Negara Islam.

-- 
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan
Seluruh Alam"

Pak Ngah
http://pakngah70.blogspot.com/




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke