TREND MENGURANGKAN RASA BERDOSA (???)
Saya benar-benar kebingungan. Bagi seorang yang hidup 11 tahun di
perantauan, kembali ke Malaysia di era seperti hari ini, memang
membingungkan. Semasa di Ireland, saya sudah mendengar tempias American
Idol yang sesekali menghiasi dada akhbar Irish Independent dan lain-lain.
Talk of the town kadangkala diisi
dengan isu siapakah yang sepatutnya mewakili Ireland ke acara Eurovision
Contest yang sememangnya tempat pertama pertandingan itu sinonim dengan
penyanyi dari Ireland zaman berzaman khususnya penyanyi seperti Johnny
Logan.
Namun ia hanya acara biasa. Kerja-kerja harian orang ramai berlangsung
seperti biasa... tiada yang luar biasa.
Saya terkasima semasa bersiap-siap untuk pulang ke tanah air for good,
ketika membaca pengumuman nama Rais Yatim diberikan peranan sebagai Menteri
Kebudayaan kabinet Pak Lah yang baru. Hairan bin Ajaib, apa yang saya kenal
tentang Rais Yatim, menimbulkan tanda tanya. Mengapakah seorang menteri
yang
begitu genius khususnya dalam hal ehwal berkaitan undang-undang, tiba-tiba
ditempatkan sebagai menteri di sebuah kementerian yang menguruskan hal
ehwal zapin dan joget, pesta budaya dan orang filem Malaysia yang sering
berbalah sesama sendiri. Adakah ini menjadi langkah ke arah memandulkan
politik Rais Yatim?
Namun, kehairanan saya terjawab apabila saya membaca temuramah bersama Rais
Yatim di akhbar The Star bersama HL Wong [17 April 2004] di bawah tajuk
"Stop âArabisingâ Malay Culture" atau "Berhenti MengArabkan Budaya
Melayu". Tegasnya, temuramah itu menggambarkan misi Rais Yatim yang mahu
mengembalikan semula identiti Melayu yang padanya telah terpadam oleh
proses Islamisasi yang diterjemahkannya sebagai Arabisasi. Antara budaya
Melayu yang mahu ditonjolkan kembali adalah budaya tari menari. Orang
Melayu tak mungkin dapat dipisahkan daripada tari menari kerana ia telah
mendarah daging di dalam tubuh kita, tegas beliau.
Nampaknya apa yang dinyatakan oleh beliau benar-benar terealisasi di dalam
masyarakat kita. Usahlah pergi jauh, kampung saya sendiri telah terasa
kesannya. Seingat saya, kali terakhir kampung saya dihiruk-pikukkan oleh
Joget Lambak ialah semasa saya masih di bangku sekolah rendah. Itu bererti
Joget
Lambak telah pupus di kampung saya semenjak 20 tahun yang lalu. Tetapi
pupusnya Joget Lambak bukanlah kerana kampung saya telah diArabkan seperti
bangsa Sudan. Bangsa Sudan membuang bahasa asli mereka dan mengambil
sepenuhnya Bahasa Arab sebagai bahasa pertuturan mereka. Kampung saya masih
pekat 'kome', 'mike' dan sambal belacannya. Namun yang pasti, apabila
masjid makin ramai yang datang, perempuan makin ramai yang tutup aurat,
emak ayah makin gemar menghantar anak ke kelas fardhu 'ain, maka dengan
sendirinya Joget Lambak terketepi dan terhakis dari keMelayuan orang
kampung saya. Tetapi saya
kekal sebagai salah seorang daripada beberapa orang anak kampung yang reti
Bahasa Arab.
Tetapi, selepas 11 tahun saya meninggalkan kampung, saya dikejutkan dengan
suatu pengalaman pahit di malam itu. Hanya beberapa ratus kaki dari rumah
saya, kenduri kahwin jiran yang siang tadi diTahlilkan dan di'doa
selamat'kan oleh Imam kampung, malam ni berjoget terlambak-lambak.
Berdentam-dentum dram
dan gitar, anak-anak muda terloncat-loncat dan lebihmendukacitakan saya, ia
berlaku bersebelahan masjid. Aduh... gelisah saya sepanjang malam di
samping anak-anak saya yang tidak boleh tidur akibat kebisingan mereka yang
berlanjutan hingga ke tengah malam. Walaupun anak saya lahir di bandar yang
penuh orang mabuk dan saling berbunuhan sesama sendiri (di Belfast), namun
fitrahnya masih merintih kedamaian yang dibunuh 'orang kahwin' malam itu.
RAKYAT KETAGIH HIBURAN
Fenomena hiburan melampau sememangnya menakutkan saya. Kalau di Ireland,
rancangan realiti TV mencari bakat baru berlangsung satu demi satu, tetapi
di Malaysia, lima program berjalan serentak. Ada untuk remaja, ada untuk
kanak-kanak, ada untuk ibu bapa dan ada juga untuk orang tua yang sudah
senja. Lagu-lagu lama muncul kembali supaya jiwa rakyat yang hari ini telah
beruban, terusik kembali untuk mengenang zaman remaja mereka di taman-taman
bunga.
Semua berhibur, semua berkhayal dan semua terbang ke cloud nine
masing-masing.
Iklan mesti menghiburkan, pendidikan mesti menghiburkan, ring tone telefon
bimbit juga mesti berlagu hiburan, malah ceramah agama juga mesti ada unsur
hiburan. Mana-mana agenda yang tiada unsur hiburan dengan sendirinya
terpinggir. Kehidupan masyarakat kita sudah 'entertainment centered'.
Segala keperluan hidup diarahkan kepada hiburan malah wang yang dicari
dengan penat lelah, amat mudah ditaburkan kepada sms demi memenangkan idola
masing-masing.
Akhirnya terhibur menjadi tujuan hidup! Mana-mana yang tidak menghiburkan,
tiada makna dan tiada nilai.
Namun, mungkin akibat desakan kemahuan Islam yang masih ada nyawa,
suara-suara menegur masih kedengaran walaupun tidak begitu diendahkan.
Mufti berfatwa, pendakwah menegur, pemimpin mengeluh. Namun untuk berundur
daripada dunia hiburan, jiwa sudah ketagihan. Bagai penagih yang keluar
masuk pusat serenti, begitulah rakyat yang sudah ketagih hiburan.
Sembahyang, sembahyang juga. Tapi
kemudian kembali berhibur. Tarian dan lagu-lagu pathetic terus
didendangkan, namun nama-nama Tuhan diselitkan jua. Akhirnya muncullah
suatu trend baru dalam masyarakat kita di mana Islam menjadi kosmetik
paling murah tapi laku.
Persoalannya, salahkah berhibur? Tentu tidak salah... namun hiburan yang
bagaimana? Mentor saya memberikan analogi yang menarik. Katanya, nasyid
umpama iklan. Iklan yang berkesan adalah iklan yang berjaya meningkatkan
penjualan produk.
penjualan produk.
Tetapi jika yang dikenang hanyalah iklan dan kecantikan paras rupa
modelnya, sedangkan barangan tidak terjual malah tersisih dari pasaran,
maka iklan itu sudah tersasar. Produk yang diiklankan, pelakon iklan yang
naik saham!
Nasyid menjadi wadah 'mempromosikan' Islam dengan citarasa yang
kontemporari.
Nasyid bertujuan 'memperkenalkan' Tuhan. Namun bagi yang mendengar nasyid
cintan cintun dan rap sampah sarap hari ini, berapa ramai yang 'membeli'
Tuhan? Adakah cinta kepada Ilahi meningkat selepas menghayati nasyid
seperti itu?
Walaupun ada penyanyi wanita tergamak mengheret jubah dan tudung ke pentas
tari menari, atau yang lelaki menyelitkan kalimah-kalimah Arab di celah
caca merba nyanyiannya itu, persoalannya yang manakah yang laku? Adakah
Islam semakin laku? Adakah Tuhan semakin dibesarkan? Amat pelik, jika
nasyid itu kononnya mempromosikan Islam tetapi Islam tetap tidak laku di
pasaran. Jika ia sebuah iklan, maka nasyid hari ini menjadi contoh iklan
yang tidak berkesan. Iklan laku, barang tak laku. Nasyid laku, Tuhan tetap
terpinggir dan dilupakan.
APAKAH SEMUA INI?
Inilah soalan yang membingungkan saya. Kita melihat bagaimana menyebut
kalam-kalam iman seperti Insya Allah, Alhamdulillah, Syukur, Ameen dan
lain-lain sudah menjadi seperti adat. "Semoga Tuhan memurahkan rezeki saya
dalam bidang ini!", Tuhan mana yang mengurniakan kemurahan rezeki dalam
bentuk maksiat dan
kebinasaan jati diri? Kepada Tuhan manakah, si artis tadi berdoa? Habis,
apa ertinya mereka yang berpenat lelah melawan hawa nafsu dan syaitan dalam
kehidupan sedangkan dalam keadaan menaja maksiat, Tuhan masih mengurniakan
kemurahan rezeki?
Saya masih ingat bagaimana salah sebuah kumpulan ditemuramah oleh
televisyen tentang rahsia kejayaan dan keyakinan diri mereka. Mereka
menjelaskan bahawa mereka ada sejenis meditation. Apabila diminta membuat
demonstrasi, mereka yang terdiri daripada beberapa lelaki dan seorang
perempuan berpegangan tangan membentuk bulatan dan... AL-FATIHAH!
Selepas itu ketua kumpulan membacakan doa sambil menadah tangan, memohon
supaya Allah melindungi band mereka dari kekalahan dan mala petaka
bahaya. Terpegun saya menontonnya.
Wartawan tersebut pula mengucapkan syabas kerana walaupun kumpulan tersebut
menyanyikan lagu kontemporari dan moden, tetapi masih tidak lupakan agama!
Bingung saya memikirkan hal ini. Apakah sebenarnya kefahaman mereka tentang
Islam? Adakah mereka benar-benar memaksudkan bahawa Allah, Tuhan Muhammad,
Tuhan Abu Bakr, Tuhan Imam Syafie, adalah Tuhan yang sama boleh
mengurniakan
keredhaanNya kepada acara henjut-henjut mereka di dalam konsert tersebut?
Apakah pelajar-pelajar Akademi Fantasia benar-benar percaya bahawa di alam
bukan Fantasia, Allah SWT telah menghalalkan perlakuan mereka hanya kerana
sebelum jamming, mereka memberikan salam? Seperti orang yang makan daging
yang
unknown, baca sahaja Bismillah dan baham! Lantaklah daging tu babi ke atau
lembu mati dilanggar kereta, yang penting tadi Bismillah telah dibaca.
Err... saya benar-benar kebingungan.
Akhirnya, saya sampai kepada suatu kesimpulan. Saya terkenangkan kepada
hadith riwayat Huzaifah, bahawa Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan
bahawa di akhir zaman, kebenaran itu masih bertahan tetapi bezanya dengan
Islam di zaman silam ialah, Islam di akhir zaman ini berdebu, samar-samar
dan berasap. Jika realiti di akhir zaman ini begitu, ini bererti Islam
tidak boleh dinilai dengan pandangan mata biasa kerana di dalam suasana
yang berdebu lagi berasap, dua biji mata di kepala ini akan
kemerah-merahan, kabur, berair dan kelam penglihatannya.
Sesungguhnya yang perlu dicelikkan demi mencari kebenaran di akhir zaman,
adalah mata hati! Hati telah kenal Tuhan kerana dia datang dari Tuhan. Dia
tahu di mana nilai kebenaran. Sebab itu Nabi Muhammad SAW menyuruh kita
meminta pandangan hati dalam menilai kebenaran. Dosa itu adalah apa yang
mendatangkan keresahan di hati dan kebaikan pula mententeramkan jiwa.
Asalkan hati itu bersih, ia akan meilhat dengan pandangan Allah. Pandangan
Allah itu adalah world view yang berasaskan tauhid. Tauhidic Mindset itu
adalah suatu
pandangan yang menilai kehidupan ini berasaskan pandangan Tuhan.
Apa yang baik di sisi Allah, baiklah padanya, dan apa yang keji di sisi
Allah, kejilah terhadap dirinya. Hakikat ini tidak dapat dicapai oleh mata
kasar, namun yang perlu disuburkan adalah pada mata di hati yang kenal
Tuhan dan tahu ke mana ia patut pergi.
Oleh yang demikian, adanya rap dan pop yang dinasyidkan, adanya penari dan
penyanyi yang bertudung dan berjubah, adanya juara Akademi Fantasia yang
berlatar belakangkan agama, hanyalah kosmetik Islam. Kita masih mahu
berhibur tetapi kita sedar yang kita sudah terlalu terhibur. Kita sedar
hiburan kita
sekarang adalah dosa. Maka dengan adanya kosmetik Islam tersebut ia dapat
mengurangkan rasa berdosa.
Sama seperti seorang artis yang pergi umrah. Menangis-nangis di depan
Kaabah dan kemudian balik ke KL berdansa semula. Namun diceritakan kepada
wartawan perasaannya semasa berumrah itu. Sedangkan tidak sedikit pun
kemungkarannya yang ditinggalkan.
Namun, dengan menggunakan hasil nyanyian itu untuk mengerjakan umrah, ia
dapat mengurangkan rasa berdosa tersebut. Sama juga seperti orang yang
menyamun harta orang lain, menipu dan
menindas, kemudian sedekah sedikit hasil kerjanya itu kepada rumah
kebajikan. Kurang sedikit rasa berdosa.
Sedangkan apa yang saya belajar, apa yang Imam al-Ghazali tegaskan di dalam
pengajarannya ialah: MEMBUANG RASA BERDOSA KETIKA MASIH MELAKUKAN DOSA
ADALAH
SEBESAR-BESAR DOSA! Allah.. selamatkan kami dari fitnah akhir zaman.
@ABU SAIF
Cheras, Kuala Lumpur
17 Ogos 2005
Di petik daripada: www.saifulislam.com/

Do you Yahoo!?
New and Improved Yahoo! Mail - 1GB free storage!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.