Saham Amanah : Modal Terhad, Pulangan Lumayan 

'Menabunglah untuk masa depan anda.' Semua orang tahu ini tetapi masalahnya 
ramai menganggap remeh dan menangguhnya - aahh...esoklah, bulan depanlah, tahun 
depanlah, tak apalah tunggu umur 30, 40, akhirnya 55 tahun. 
Mengharapkan duit simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ata pencen 
sahaja tidak cukup untuk menyara hidup yang semakin hari semakin tinggi 
perbelanjaannya. Pelaburan bijak harus dibuat untuk memastikan wang penat lelah 
dilaburkan pada tempat yang membolehkan wang itu berkesan memberi pulangan 
tinggi. 
Antara cara digemari ialah melabur dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Bagi 
mereka yang tidak berpeluang melabur dalam BSKL, saham amanah (Unit Trust) cara 
paling sesuai untuk mendapatkan pulangan tinggi seperti bursa saham. Tetapi, 
kita haruslah faham mengenai saham amanah dahulu sebelum membelinya. 
Sebenarnya saham amanah wujud sejak kurun ke-18 di kota London tetapi hanya 
terkenal di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia pada tahun 70-an. Di 
Malaysia, saham amanah pertama diperkenal pada 1959, iaitu First Malaysian 
Fund, ia dilancarkan Malaysian Unit Trust Ltd iaitu syarikat saham amanah yang 
pertama di Malaysia. 
Selepas itu beberapa jenis saham amanah dilancarkan tetapi tidak mendapat 
sambutan hinggalah pada 1981, Amanah Saham Nasional (ASN) diperkenalkan 
kerajaan untuk menolong meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor 
pelaburan. Sejak itu, saham amanah mula digemari kerana pulangannya 
memberangsangkan. 
Hingga 31 Disember, 1999, ada 95 dana diurus 32 buah syarikat membabitkan 47.3 
billion unit bernilai lebih kurang RM33.7 billion. 
Saham amanah dikhususkan untuk mereka yang bermodal terhad dan tidak ingin 
ketinggalan mendapat pulangan lumayan tetapi tidak mampu mengambil risiko 
tinggi dengan melabur terus dalam saham terbuka. Wang golongan ini dikumpul 
menjadi satu dana amat besar bernilai berbillion-billion ringgit. Kemudian 
dilaburkan dalam pelbagai sektor pelaburan seperti pasaran saham, sekuriti 
kerajaan, bon, simpanan tetap, hartanah dan pelaburan lain yang dibenarkan 
Suruhanjaya Sekuriti. 
Saham amanah bukan untuk pelaburan jangka pendek seperti pasaran saham yang 
keuntungan diperolehi dalam masa sehari dua, seminggu ataupun sebulan. Ini 
kerana harganya ada pertalian dengan indeks komposit yang kerap turun dan naik. 
Saham amanah dicadangkan untuk jangka masa sederhana tiga hingga lima tahun 
atau jangka panjang lima hingga 20 tahun. Pada jangka panjang, dengan 
terkumpulnya bonus dan dividen setiap tahun, saham amanah terbukti memberi 
pulangan lebih baik daripada pasaran terbuka. 
Lazimnya, wang ini hasil tabungan yang tidak akan dicuit kerana ia bermatlamat 
tertentu seperti simpanan hari tua atau untuk membeli rumah impian, melancong 
di luar negara atau kegunaan perbelanjaan anak melanjutkan pelajaran. Apabila 
melabur dalam saham amanah, pejam mata dan biarkan wang itu berganda setiap 
tahun daripada bonus dan dividen. 

hubungi saya jangan malu dan jangan segan 012-2876814
 <[EMAIL PROTECTED]>
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke