| Merdeka!, Merdeka!, Merdeka…Gaza Posted on Monday, September 05 @ 10:34:25 MYT by admin |
Siapa pernah termimpikan perkara ini?, siapa pernah terfikirkan perkara ini?, siapa pernah terbayangkan perkara yang amat mengejutkan ini akan menjadi realiti?, namun itulah yang telah berlaku. Rejim Zionis Israel telah mengundurkan tentera mereka dan juga penduduk-penduduk haram mereka dari bumi Gaza yang telah dikuasai oleh mereka semenjak tahun 1967. Rumah-rumah yang dibina di penempatan (haram) Gush Katif, Gush Emonim, dan lain-lain Gush lagi, kini menjadi sejarah yang hanya akan dibaca oleh anak-anak Zionis di masa hadapan. Lebih menarik rumah-rumah di kawasan-kawasan yang telah disebutkan itu kesemuanya telah diruntuhkan walaupun kos pembinaannya suatu waktu dahulu menalan beratus juta shekel.
Penjajah umat islam yang dilupakan dan dibutakan oleh umat Islam
Itu bukanlah satu perkara yang besar, segala kos membinanya satu waktu dahulu, kos merobohkannya sekarang dan kos membawa keluar penghuninya akan ditanggung oleh Amerika Syarikat (AS) dari hasil pembayaran hutang negara-negara Teluk yang menjadi "rakan hamba setia" bagi empayar Uncle Sam itu. Yang pasti kewujudan entiti Zionis dan juga kaum Yahudi ekstrimis di Gaza kini hanya tinggal sejarah dan akan menjadi nostalgia yang tidak akan dilupakan oleh kedua-dua pihak Zionis dan juga rakyat Palestin.
Apakah muslihat di sebalik pengunduran?
Soalan ini sering berlegar di dalam media dan juga kotak pemikiran masyarakat antarabangsa. Ada di antara mereka yang menyifatkan pengunduran tentera rejim Zionis daripada Gaza ini sebagai kejujuran Israel untuk menyelesaikan konflik di antara Israel dan Palestin. Bagi mereka yang kebanyakannya ingin bersikap neutral dalam isu ini, usaha unilateral Israel ini menunjukkan komitmen mereka untuk memastikan suasana damai akan segera tercapai di Timur Tengah. Adakah telahan ini benar?, jawapannya sangat mudah, bagi mereka yang berpendapat seperti ini, mereka adalah di kalangan manusia yang rabun sejarah. Isu Palestin bukanlah hanya sekadar isu pertelingkahan dua kaum yang sama-sama mendiami sebuah negara dan kemudiannya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah mereka.
Isu Palestin adalah isu penjajahan sebuah rejim yang zalim dan paling ganas dalam sejarah kurun ke-20 ke atas penduduk sebuah negara yang kini telah dihalau keluar dari negara mereka dan menderita di dalam kem-kem pelarian ataupun merempat di negara asing. Pengunduran dari Gaza hanyalah merupakan pengunduran dari sebahagian kecil yang kurang dari 10% daripada bumi Palestin yang telah dijajah sahaja. Sayangnya, alasan seumpama ini telah mendorong sesetengah negara majoriti umat Islam untuk meneutralkan hubungan diplomasi dengan rejim Zionis.
Ada juga di kalangan masyarakat dunia yang begitu obses dengan teori konspirasi. Bagi mereka apa yang berlaku ini ada muslihatnya. "Tidak Yahudi" tindakan Sharon melakukan pengunduran unilateral tersebut. Antara teori yang nampak seolah-olah ada kebenarannya ialah, penunduran mereka dari Gaza adalah untuk bertapak penuh di Tebing Barat dan menguasai sepenuhnya Baitul Maqdis yang diisytiharkan oleh semua individu yang pernah menjawat jawatan Perdana Menteri di negara rejim tersebut sebagai ibu kota abadi Erez Yizrael. Bagi golongan ini juga, pengunduran tentera rejim Zionis dan juga penduduk Yahudi dari Gaza adalah untuk mengaburi mata dunia dari isu yang sebenarnya. Dengan cara pengunduran tersebut, maka mereka akan mendapat simpati dunia.
Rejim Zionis cintakan kedamaian ???
Mereka juga akan mendapa t keyakinan dunia bahaw mereka adalah dari spesis manusia yang cintakan kedamaian. Ada benarnya juga teori ini, terutamanya media antarabangsa membuat liputan intensif sepanjang dua minggu usaha pengunduran tersebut. Malah isu penunjuk perasaan dari kalangan golongan ekstrimis Yahudi yang memprotes pengunduran tersebut dipaparkan dengan begitu dramatik sehinggakan ramai yang berkata: "kerajaan Israel benar-benar mahukan kedamaian, maka kini Palestin juga harus menunjukkan komitmen mereka dengan menghentikan perjuangan". Persoalannya, adakah teori ini benar 100% oleh kerana logika dan juga kesesuaiannya dengan apa yang berlaku?, jawapannya ialah, kita perlu lebih teliti dan jangan sekali-kali mengenepikan faktor sejarah di dalam menilai sikap Zionis.
Jika yang demikian, apakah sebenarnya yang berlaku???
Israel Semakin Mengecil
Apa yang berlaku sebenarnya merupakan reaksi normal yang pernah berlaku ke atas mana-mana kuasa kolonial dan penjajah. Dalam lipatan sejarah dunia, jarang sekali penjajah yang zalim kekal berkuasa di sesebuah negara yang mereka jajah. Setiap penjajahan pasti akan menemukan noktah terakhirnya. Projek Zionisme merupakan siri terakhir episod penjajahan sebuah kuasa ke atas sebuah negara yang berdaulat di zaman moden ini. Sepertimana penjajahan-penjajahan yang lain, projek Zionis ini juga akan berakhir. Pengunduran Gaza merupakan salah satu daripada bunga-bunga kesudahan rejm yang zalimi ini. Apakah logiknya teori ini?
Pertamanya sejarah membuktikan .... (Dapatkan keseluruhan artikel dari www.palestinkini.info)
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
