Pemuda Umno, MCA desak DAP pohon maaf


Pergerakan Pemuda Umno dan MCA hari ini mendesak kepimpinan DAP memohon maaf terhadap penyiaran artikel dalam lamanweb pembangkang itu, yang antara lain menyebut kononnya pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng, turut menyumbangkan ke arah kemerdekaan negara manakala nasionalis Umno sebenarnya bersekongkol dengan penjajah British.

Artikel yang diterbitkan Jumaat lalu, yang ditulis Setiausaha Antarabangsa DAP, Ronnie Liu itu antara lain mendakwa, sejarah kemerdekaan negara yang dijadikan rujukan di sekolah-sekolah sebagai tidak tepat.

Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Pemuda mahu kepimpinan DAP menjelaskan pendirian mereka secara rasmi berhubung artikel itu dan mengeluarkan ia daripada lamanweb tersebut, serta mengambil tindakan terhadap penulisnya.

"Pemuda menganggap perkara itu serius dan ia adalah satu artikel yang jahat. Menafikan sejarah adalah satu perkara yang tidak boleh dibenarkan sama sekali," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno di Ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur hari ini.

Sambil menyelar pembangkang sebagai hipokrit, Hishammuddin berkata apa yang ditulis itu bukan satu perkara yang kecil, dan ia juga sangat jelas membuktikan bahawa mereka cuba memperlekehkan pemimpin negara serta menidakkan pengorbanan pemimpin terdahulu terhadap kemerdekaan negara.

‘Gimik politik’

Artikel itu menyebut bahawa tanpa tekanan daripada Chin Peng, British tidak akan berlembut hati untuk memberikan kemerdekaan itu manakala Tunku Abdul Rahman serta tiga lagi bekas Perdana Menteri selepasnya, dianggap sebagai "sahabat" British kerana mereka semua pernah bekerja dengan penjajah.

Sementara itu, Setiausaha Agung pergerakan Pemuda MCA Wee Ka Siong berkata DAP perlu berhenti daripada menggunakan kenyataan itu sebagai gimik politik dalam usaha mempengaruhi generasi muda terhadap pandangan mereka mengenai peranan yang dimainkan oleh permuafakatan di kalangan pemimpin dalam memperjuangkan kemerdekaan negara suatu ketika dahulu.

"Saya rasa adalah tidak kena bagi kita untuk memberi pengiktirafan kepada PKM. Ia salah sama sekali. Cuba fikirkan tentang mangsa PKM dan ribuan orang yang dibunuh mereka," katanya.

Menurut laporan Bernama, Wee berkata, negara memperolehi kemerdekaan menerusi usaha pakatan tiga parti utama iaitu Umno, MCA dan MIC yang membentuk pentadbiran bersama.

"Saya ingin ingatkan Ronnie bahawa kerakyatan beliau serta hak beliau untuk menyertai politik di negara ini adalah disebabkan oleh usaha yang dijalankan oleh pengasas kita, yang juga merupakan pemimpin politik Umno, MCA dan MIC ketika itu," katanya.


Yahoo! Mail - now with Autocomplete that helps fill email addresses.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke