Monday, September 05 @ 10:59:41 MYT
"Surat yang dihantar kepada mereka mengenai perintah di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah Berkait Batu Rakit 1581/05 bagi membantu siasatan"
KUALA TERENGGANU, 5 Sept (Hrkh) Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama enam yang lain telah menerima surat daripada pihak polis supaya menghadirkan diri di ibu pejabat kontinjen polis di sini, jam 10 pagi esok bagi membantu siasatan.
Harakahdaily difahamkan mereka dipanggil untuk membantu siasatan berhubung Ceramah Israk Mikraj yang diadakan di Masjid At-Taqwa, Batu Enam pada 26 Ogos lalu.
Turut dipanggil ialah mereka yang disenaraikan berucap pada majlis itu yang terdiri daripada Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato Harun Taib, AJK PAS Pusat, Dato Wan Abdul Muttalib Embong dan Bendahari PAS negeri, Haji Mohd Abdul Wahid Endut.
Selain mereka ialah tiga pemimpin PAS Kawasan Kuala Nerus iaitu timbalan yang dipertua, Ustaz Ismail Che Dagang selaku pengerusi pada majlis itu, Ustaz Zakaria Dagang (setiausaha) dan Dr Alias Razak (ketua penerangan).
Surat yang dihantar kepada mereka mengenai perintah di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah Berkait Batu Rakit 1581/05 bagi membantu siasatan berkenaan kesalahan di bawah Seksyen 27(5) Akta Polis 1967 (Akta Polis) itu ditandatangani oleh pegawai polis yang berlainan.
(Orang ramai keluar dari Masjid At Taqwa Batu Enam yang diserang dengan gas pemedih mata)
Antara lain, kandungan surat itu menyebut: Tuan adalah diperintahkan supaya menghadirkan diri di Ibu pejabat Kontinjen Terengganu pada 31 Ogos jam 10 pagi bagi membantu siasatan yang dijalankan. Adalah diingatkan bahawa waran tangkap akan dipohon melalui mahkamah sekiranya tuan enggan atau gagal hadir mematuhi perintah yang dikeluarkan.
Bagaimanapun, persetujuan telah dicapai supaya pertemuan tersebut diadakan esok (6 September), bukan sebagaimana yang terkandung dalam surat berkenaan iaitu 31 Ogos lalu.
Pada 26 Ogos lalu, beratus-ratus polis dan anggota FRU telah menembak gas pemedih mata dan air berasid melalui "water canon" (meriam air) ke arah orang ramai yang mendengar satu ceramah PAS di Pekan Batu Enam.
PAS kemudiannya telah mengubah majlis itu ke dalam Masjid At Taqwa Batu Enam.
Tetapi, pihak polis turut menyerang masjid itu dengan gas pemedih mata.
Antara yang berada dalam masjid ketika itu adalah Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan lain-lain pimpinan PAS yang lain.
Ceramah itu diadakan sempena sambutan Israk dan Mikraj serta penjelasan isu Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu yang baru selesai.
Kesemua Adun PAS dijangka berucap pada majlis ceramah itu. Majlis terpaksa dihentikan apabila polis mula menyerang dengan gas pemedih mata.
Sebelum ini, hampir kesemua majlis ceramah PAS di Terengganu diganggu oleh polis.
Orang ramai mulanya lari bertempiaran lari apabila polis menyerang gas pemedih mata.
Namun mereka datang semula dan melempar balik gas pemedih mata yang sedang berasap itu kepada polis.
Ada juga pihak membaling batu, kayu dan botol kepada polis. Tetapi tidak diketahui siapakah mereka.
Ekoran itu, 12 ditangkap dan dikenakan tahanan reman.
Bertemu KPN
Pada 1 September lepas, para pemimpin PAS yang diketuai oleh Presiden PAS sendiri telah menemui Ketua Polis Negara untuk membincangkan hal itu.
Pertemuan itu bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian agar PAS boleh meneruskan aktivitinya di Terengganu tanpa gangguan polis.
Turut serta dalam majlis itu adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu dan para pemimpin PAS yang lain.
Turut dibawa adalah Haji Yusof Ludin, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor yang merupakan bekas pegawai kanan polis di Bukit Aman.
Bekas Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Dato' Amir Yaakub juga dibawa dalam pertemuan itu. Beliau kini adalah aktivis PAS di Melaka.
Dalam pertemuan itu, KPN, Dato' Bakri Omar berjanji akan menyiasat perkara itu.
Sebelum ini, PAS Terengganu juga berusaha untuk bertemu Ketua Polis Terengganu tetapi tidak mendapat persetujuan bahkan surat permohonan juga tidak berjawab.
KAM/ayu/zs
Send instant messages to your online friends http://asia.messenger.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Islam and the west | Islam koran | Different religions beliefs |
| Islam | Divine inspiration |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
