TOKOH HADITH TABI'IN SA'ID BIN MUSAYYAB(15H-94H)
Sa'id bin Musayyab dilahirkan pada tahun 15H pada masa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Beliau adalah tokoh hadith dan fiqh dikalangan tabi'in. beliau meriwayatkan hadith daripada ramai tokoh sahabat diantaranya ialah Uthman bin Affan, Ali bin Abu Talib, Zaid bin Thabit, Abdullah bin Abbas, Aisyah binti Abu Bakar dan Muhammad bin Salmah. Di antara anak muridnya yang meriwayatkan hadith dari Sa'id bin Musayyab ialah Muhammad bin Muslim ibn Syihab al-Zuhri, 'Amr bin Dinar, 'Ata' bin Abu Rabah dan Qatadah Da'amah al-Sadusi. Beliau digolongkan ke dalam tujuh tokoh fiqh di Madinah kerana banyak mengetahui hukum-hukum yang telah dipraktikan oleh Rasulullah s.a.w., Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab dan Uthman bin Affan. Ibn Sa'ad mengatakan di dalam kitabnya al-Thabaqat al-Kubra bahawa Sa'id bin Musayyab adalah seorang yang thiqah, warak, banyak meriwayatkan hadith dan tokoh fiqh. Beliau wafat pada tahun 94H di Madinah pada usia 75 tahun MUHAMMAD BIN SIRIN(33H-110H) Menurut al-Dhahabi, Muhammad bin Sirin adalah salah seorang tokoh hadith di kalangan tabi'in yang dilahirkan dua tahun sebelum Khalifah Uthman bin Affan wafat. Beliau dibesarkan di rumah Anas bin Malik kerana bapanya seorang maula iaitu hamba yang dibebaskan oleh Anas bin Malik. Muhammad bin Sirin banyak meriwayatkan hadith dari Anas bin Malik, Zaid bin Thabit, al-Hasan bin Ali, Abu Hurairah, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Umar dan lain-lain. Di antara tabi'in yang meriwayatkan hadith daripada Muhammad bin Sirin ialah Amir bin Syarahil, Abdul Rahman bin Amr al-Auza'i, Malik bin Dinar dan Hasyim bin Hassan. Muhammad bin Sirin dianggap oleh ahli-ahli hadith sebagai seorang yang thiqah dan sangat berhati-hati dalam meriwayatkan hadith. Beliau berkata: "Sesungguhnya ilmu ini (hadith) adalah sebahagian daripada iman, oleh itu hendaklah kiamu sekalian berhati-hati ketika menerimanya" Beliau wafat pada tahun 110H ketika berumur 77 tahun. -- "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan Seluruh Alam" Pak Ngah http://pakngah70.blogspot.com/ ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
