Dendam Bekas Pensyarah Azhar di Insaniah: Pelajar Mu'adalah (yang layak untuk masuk tahun empat terus di Universiti Al-Azhar) diwajib temuduga sebelum diterima masuk belajar di Universiti Al-Azhar.


Saya baru menghubungi seorang sahabat di
Malaysia bertanyakan masalah Pelajar Mu'adalah wajib lulus temuduga di Al-Azhar Mesir sebelum dibenarkan melanjutkan pelajaran di universiti tertua tersebut.

Saya berpendapat keputusan itu adalah suatu kezaliman. Ini kerana keputusan dibuat tergesa-gesa. Sepatutnya perkara ini perlu diberitahu kepada pihak pusat pengajian yang membuat program pengajian berkembar dengan Univrsiti Azhar sekurang-kurangnya setahun lebih awal. Ia suatu penganiayaan kerana jika pelajar-pelajar tersebut tidak lulus temuduga mereka tidak dibenarkan belajar di Universiti Al-Azhar. Wang telah dihabiskan beribu ringgit datang ke Mesir hanya untuk menghadiri temuduga.

Sahabat saya itu memberitahu bahawa semua pusat pengajian tersebut telah menerima fax daripada Censelor Universiti Al-Azhar, Dr Ahmad Tayyib menyatakan semua pelajar pusat pengajian itu yang ingin melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar wajib menghadiri temuduga di Mesir. Sekiranya gagal dalam temuduga tersebut mereka layak belajar di sanawi Al-Azhar bagi yang tidak memiliki sijil STAM, manakala yang memiliki STAM mereka layak belajar di tahun satu Universiti Al-Azhar. Temuduga tersebut akan diadakan bermula 24 September 2005 ini.

Menurut sahabat saya itu juga, keputusan ini dibuat disebabkan hasutan kepada Dr Ahmad Tayyib oleh bekas pensyarah-pensyarah Universiti Al-Azhar yang telah dipecat dari Insaniah kerana beberapa masalah antaranya malas mengajar, nak makan gaji buta.

Semua pihak pengurusan pusat pengajian tersebut telah megadakan pertemuan di
Kuala Lumpur. Hasil pertemuan tersebut menyatakan bahawa keputusan tersebut hanya dikenakan ke atas enam pusat pengajian yang mengadakan MoU dengan Universiti Al-Azhar seperti Insaniah, KIDU dan 4 yang lain. Bagi pusat pengajian yang lain tidak termasuk dalam syarat itu. Walau bagaimanapun, mereka masih tunggu dan lihat. Jika semua pusat pengajian tersebut tertakluk dalam syarat itu mereka akan memboikot untuk tidak menghantar pelajar ke Mesir.

Syarat wajib temuduga tersebut adalah keputusan daripada Dr Ahmad Tayyib, bukan keputusan pihak pentadbiran Al-Azhar.

p/s: Inilah akibatnya apabila manusia yang banyak ilmu tidak beramal dengan ilmunya.

Komando67…..


Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke