Pemuda PAS sahkan 12 artis akan turun dalam perlawanan bola sepak persahabatan
Thursday, September 08 @ 15:17:25 MYT


Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) hari ini mengesahkan 12 artis yang akan turun padang menetang pasukan Pemuda PAS dalamperlawanan persahabatan 10 September ini di Padang Seksyen 17 Shah Alam.

Menurut Naib Ketua Pemuda PAS, Mazlan Aliman, perlawana itu akan dimulakan pada jam 5.00 petang Sabtu ini dan akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Beliau berkata demikian sebentar tadi ketika mengadakan sidang media khas di Pejabat Editorial Harakah, Jalan Pahang dalam mengumumkan perlawanan bola sepak antara pasukan artis dengan Pemuda PAS.

Bagaimanapun beliau enggan mengumumkan nama-nama artis yang bakal menghadiri perlawanan persahabatan itu.

Advertising

Koleksi Buku, CD, Kaset dan Kad Tunjuk untuk kegunaan pembelajaraan anak-anak
Klik di sini untuk maklumat lanjut

"Kita boleh pastikan bahawa mereka ini adalah artis yang terkenal.Tetapi nama mereka saya tak boleh sebutkan sekarang.Ini satu kejutan untuk semua,

"Pada mulanya kita nak jemput Asmawi Ani (Mawi) untuk melakukan sepak mula dengan Ustaz Nasharudin, tetapi oleh kerana Mawi ada komitmen lain yang tak dapat dielak, beliau tidak dapat hadir," katanya.

Sementara itu beliau turut mengumumkan barisan pemain dari pasukan Pemuda PAS.

Antaranya ialah, bekas Ketua Pemuda PAS, Haji Mahfuz Omar; Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob; Naib Presiden PAS, Haji Muhammad Sabu dan Husam Musa, serta pemain dari kalangan Exco Pemuda PAS.

"Kita juga menjemput bekas pemain bola sepak negara, Radhi Mat Din sehingga kini beliau belum menolak jemputan itu," katanya.

Beliau menyeru orang ramai hadir beramai-ramai bagi menyaksikan perlawanan bersejarah itu di Shah Alam Sabtu ini.-wn.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Islam and the west Islam koran Different religions beliefs
Islam Divine inspiration


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke