MENUNGGU PEMBEBASAN AL-QUDS YANG KE-3 Al-Quds di mana terletaknya Baitul Maqdis atau Masjidil Aqsa merupakan kota suci bagi umat Islam, bahkan orang-orang Nasrani(Kristian) dan Yahudi juga menganggap al-Quds merupakan kota suci bagi mereka. Silih berganti Masjidil Aqsa ini dikuasai antara ketiga-tiga agama tersebut iaitu Nasrani, Yahudi dan Islam.
Sebagai seorang Muslim, kiblat pertama umat Islam adalah ke arah Baitul Maqdis iaitu ke arah Masjid Aqsa. Menurut sesetengah pendapat umat Islam solat menghadap ke arah Masjidil Aqsa selama 16 bulan dan kemudian Allah memerintahkan Rasulullah s.a.w. mengalihkan arah kiblat ke arah Kaabah, Makkah sepertimana sekarang ini. Peristiwa bersejah itu berlaku ketika Rasulullah s.a.w mengimami solat di sebuah masjid yang dikenali dengan nama Masjid Kiblataini(Masjid dua Kiblat). Menurut Prof Dr Ahmad Shalaby, isra' dari Makkah di mana Nabi Ibrahim a.s. yang membina Kaabah menuju ke Baitul Maqdis yang menjadi pusat seruan agama-agama yang dibawa oleh Nabi Musa a.s., Isa a.s. dan lain-lain Nabi a.s. dianggap satu pengembaraan mengikatkan agama-agama terbesar bermula dari Nabi Ibrahim a.s hingga Nabi Muhammad s.a.w. dan ini merupakan satu peristiharan bahawa penutup rasul-rasul adalah mewarisi semua tempat-tempat suci Rasul-Rasul Allah sebelumnya. Dan bahawa perutusannya adalah meliputi semua tempat-tempat suci itu. Inilah salah satu sebab mengapa umat Islam perlu membebaskan Masjidil Aqsa dari cengkaman Entiti Haram Zionis. Sejarah Islam menyaksikan, al-Quds dibebaskan kali pertamanya oleh Khulafa' ur-Rasyidin yang kedua iaitu Umar al-Khattab r.a. dan pembebasan yang kedua berelaku di masa pemerintahan Salahuddin al-Ayyubi. Kini al-Quds dikuasai semula oleh Regim Zionis setelah tumbangnya Empayar Othmaniyyah pada tahun 1924 membuka ruang kepada Israel menakluki bandar suci Al-Quds pada bulan Jun 1967 di mana dalam masa tidak sampai enam hari umat Islam ditewaskan. Kekalahan yang amat memalukan bagi semua umat Islam.Sehingga sekarang umat Islam masih lagi gagal membebaskan bumi Palestin dari cengkaman Zionis. Sejarah Islam membuktikan bahawa hanya pemimpin yang kuat berpegang teguh pada agama Islam dan merupakan teladan-teladan peribadi dan beramal soleh yang mampu mencipta kejayaan dan mampu menyekat kemaraan musuh yang terdiri dari Yahudi dan Nasrani, musuh utama umat Islam. Khalifah Umar al Khattab r.a. merupakan seorang sahabat yang mempunyai aqidah dan keimanan yang tinggi kepada Allah SWT telah berjaya membebaskan al-Quds. Rasulullah". Rasulullah s.a.w. pernah berdoa iaitu: "Ya Allah, ya Tuhanku, kuatkanlah Islam dengan salah seorang daripada dua Umar." . Umar al-Khattab atau 'Amru bin Hisyam. Ternyata kemasukan Umar al-Khattab ke dalam Islam, menyebabkan dakwah Islam di Makkah dijalankan secara terbuka. Islamnya Umar al-Khattab r.a. telah memberi nafas yang kuat kepada perjuangan Islam. Peristiwa ini dinamakan berterus terang diperingkat kedua dalam perjuangan Islam di Makkah. Muhib bin San'an al-Rumi r.a. menyatakan Islamnya Umar, Islam menjadi terang-terangan. Seruan dakwah dilakukan secara terbuka.Ini merupaka peristiharan terbuka menentang Jahiliyyah. Pembebasan kedua al-Quds berlaku di zaman pemerintahan Salahuddin al-Ayyubi di mana beliau seorang pemimpin yang kuat berpegang pada agamanya, berperibadi mulia dan seorang yang beramal soleh telah berjaya membebaskan al-Quds pada hari Jumaat 27 rejab 583 hijrah. Begitu juga tentera Tartar tumbang kerana Qathaz pemerintah Mesir ketika itu meminta bantuan dua orang ulama' untuk menanamkan lagi aqidah dan keimana kepada tentera Islam sebagai persediaan menghadapi serangan tentera Tartar yang sangat masyhur ketika itu. Islam mencapai kemenangan hanya aqidah dan keimanan kepada Allah SWT. Kemenangan dari sudut kacamata Islam bukanlah dengan terdapatnya suara majoriti yang menjadi penyokong di kalangan rakyat. Tidak juga dengan memiliki teknologi pembangunan yang pesat atau ekonomi yang kukuh mahupun kekuasaan yang padu di dalam jentera pentadbiran negara. Namun pada hakikatnya kejayaan atau kemenangan di dalam Islam ialah kemenangan aqidah Islamiyyah ke atas sistem jahiliyyah. Ia merupakan proses penukaran sistem jahiliyyah kepada sistem Islam keseluruhannya dalam melaksanakan syariat Allah sehinggalah wujud daulah Islamiyyah. Umat Islam mencapai kegemilangannya di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. sehinggalah di zaman khulafa? ur Rashidin dan empayar-empayar Islam selepasnya. Umat Islam dahulu menang kerana mereka adalah merupakan terjemahan amali kepada agama suci ini yang bergerak di atas muka bumi. Apabila umat Islam mula engenepikan agamanya dan meninggalkan ajarannya, mereka telah diserbu oleh berbagai umat lain, mereka telah bertukar menjadi seperti buih di dalam arus. Umat Islam telah ditinggikan oleh Allah dengan Islam dan tidak akan mencapai ketinggian selain dari Islam. -- "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan Seluruh Alam" Pak Ngah http://pakngah70.blogspot.com/ ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
