assalamualaikum; nak joint sekali...tukar2 [EMAIL PROTECTED]
saya x ikut diskusi ni dari awal, so x jelas apa yg dibincangkan..sama ada
soal hadis palsu atau kitab fadail amal maulana Zakaria (rh).
Cuma pandangan saya,

1) Kitab fadail amal yg disusun oleh maulana zakaria itu kalau dikemas
kinikan terjemahannya, ianya amat baik sekali untuk dijadikan bacaan
asas/awal bagi mendidik anak2 kita atau sesiapa shj untuk berjinak2 dgn
Islam.

(i) Saya katakan kena kemaskini, sbb saya dapati terjemahannya agak longgar
dan kurang teliti, contohnya dalam kebanyakan hadis yg dikemukakan oleh
maulana Zakaria, beliau akan memasukkan komentar berkenaan status hadis
tersebut, tapi dalam edisi terjemahan tiada, begitu juga terjemahan hadisnya
kadang2 dibuat secara pukul rata, walau pun dlm teks asal maulana zakaria
memasukkan beberapa hadis yg berlainan riwayat.

(ii) Dan saya katakan ia sgt bagus untuk dijadikan bacaan awal bagi mendidik
org supaya kembali kepada Islam, krn isi kandungnya memang mudah untuk
meningkatkan rasa ghairah untuk beramal.
Tapi keseluruhan isinya bukan hanya tertumpu pd fadilat2 shj...bahkan ada
juga bab peringatan (mau'izah) spt bab yg mengemukakan hukum dan seksa bagi
org yg tinggal solat. saya memang amat tertarik dgn karangannya dan berazam
untuk menjadikan kitab fadail Maulana zakaria ini sbg bahan awal bagi anak2
saya.

(iii) Bagaimana pun saya rasa ada persepsi silap dikalangan pembaca buku
fadail ini, terutama dari sahabat2 kita dari kalangan jama'ah tabligh,
apabila mereka menjadikan kitab2 fadail ini sbg  sumber asas dan utama untuk
memahami agama. Bagi saya kitab ini hanya baik utk dijadikan sbg bahan
bacaan awal, kemudian hendaklah dikembangkan pembacaan itu kepada buku2
ilmiah islam yg lain, atau buku2 siirah, hadis dan tafsir yg dikarang oleh
para ulama' muktabar yg bertebaran dalam pasaran. Barulah dgn itu pemahaman
islam kita akan benar2 luas dan solid untuk menghadapi cabaran zaman.
Mengulang2 isinya untuk taalim dan tazkirah tidak salah...tetapi awas, jgn
hanya terhenti setakat itu sahaja. Apa yg dipaparkan oleh Maulana dlm kitab
itu hanyalah sekelumit kecil dari lautan ilmu islam....! Dan saya amat
yakin, maulana zakaria sbg seorang ulama' sudah tentu tidak bermaksud
menjadikan kitab2 fadail karangannya itu menjadi penghalang atau benteng yg
menyekat kepada perluasan ilmu islam.

Itulah sedikit pandangan saya...mungkin benar dan mungkin salah, kalau benar
jadikanlah sempadan, kalau salah tolonglah betulkan. Maaf kalau ada yg
tersinggung atau marah...kita bincang2 saja disini, bertukar pendangan dan
ilmu ,senyum2 selalu..wassalam.
wallahua'lam.


-----Original Message-----
From: [email protected] [mailto:[EMAIL PROTECTED]
Behalf Of Pak Ngah
Sent: Saturday, September 03, 2005 8:12 AM
To: [email protected]
Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] Hadith Palsu


assalamu alaikum, maaf kerana mencelah, saya juga ada baca kitab
fadail al-amal karangan mauulana Haji Zaklaria, yang dijilid agak
tebal juga. Masih belum habis baca....maulan Haji Zakaria Ilyas ini
kalau mengikut sejarahnya seorang ulama' atau ahli sufi yang hebat
juga. Dia berjaya dalam dakwahnya di India menggunakn kaedah dan
pendekatannya melalui jamaah Tabligh. Buku riwayat hidupnya memang ada
dijual...saya pernah baca sekitar awal tahun 90-an dulu.

Hukum beramal dengan hadith da'if

Para ulama' tidak sependapat dalam menentukan hukum beramal dengan
hadith da'if yang boleh dibahagikan kepada 3 pendapat. Jika hadith
palsu(mawdu') tertolak sama sekali, boleh rujuk kitab Sunan Sittah
iaitu enam kitab hadith yang asas yang diiktiraf oleh ulama' hadith
antaranya sahih al-Bukhari, sahih muslim, sunan nasa'I, sunan Abu
Daud, sunan al-Tarmidhi dan sunan ibnu Majah.

Pendapat ulama' beramal dengan hadith da'if:
1) Pendapat ini dipelopori oleh ibn al-Arabi daripada mazhab Maliki,
al-Bukhari, ibn Hazm, Abu Syamah al-Maqdisi dari mazhab syafi'i dan
lain lagi. Menurut mereka tidak harus beramal dengan hadith da'if
secara mutlak sama ada hadith tersebut berkait dengan hukum-hukum atau
fada'il al-amal.

2) Pendapat diutarakan oleh al-imam Ahmad bin Hanbal, al-imam Abu
Daud, ibn Taimiyyah dan ibn Qayyim al-Jawziyyah. Mereka berpendapat
hadith da'if boleh diamalkan secara mutlak jika tidak ada lain-lain
dalil bagi persoalan yang disentuh oleh hadith tersebut.

3) Pendapat ini disokong oleh antaranya al-imam al-Nawawi dan ibn
Hajar al-Asqalani. Mereka berpendapat hadith da'if boleh dijadikan
hujah dengan persoalan yang berhubung dengan fada'il al-amal, mawa'iz,
qisas, targhib dan seumpamanya. Dalam kes yang berkaitan dengan
perkara aqidah seperti sifat-sifat Allah SWT atau pun dalam persoalan
bukan halal haram, hadith da'if boleh diamalkan sama sekali. Ini
pendapat yang muktamad menurut para ulama' muhaqqiqin dengan
syarat-syarat tertentu. Di antara syarat-syarat beramal dengan hadith
da'if menurut ibn Hajar al-Asqalani ialah:
a) Hendaklah da'if yang ada pada hadith itu tidak keterlaluan.
b) Hendaklah maksud hadith da'if itu selari dengan kaedah umum agama Islam.
c) Hendaklah tidak diiktiqadkan semasa beramal dengannya bahawa hadith
itu thabit dari Rasulullah s.a.w. tetapi diiktiqadkan sebagai
ihtiyati. Tujuannya ialah supaya kita tidak salah menyandarkan hadith
itu kepada Rasulullah s.a.w. tentang sesuatu yang mungkin tidak
disebut oleh baginda s.a.w.


On 8/29/05, Mutalib Ibrahim" <"Abd> wrote:
> Saya nak beri pendapat sedikit tentang kitab fadhail tu.
>
> Sudah lebih kurang 4 tahun saya duduk majlis taklim untuk pembacaan
> kitab tu. Sekali subuh ,sekali asar. Saya dapati kitab ini memang
> betul-betul kitab fadhail. Memberi tahu tentang kelebihan amalan itu dan
> ini. Tapi satu masalah yang saya hadapi ialah, bukan semua yang
> dikatakan itu adalah hadis sahih tambah lagi ada juga hadis yang dhaif
> digunakan untuk galakkan untuk orang beramal. Kitab fadhail dalam bahasa
> rumi yang ada sekarang kadang-kadang tidak ada matan hadis dalam bahasa
> originalnya. Jadi kita pun tidak tahu apa sebenarnya yang dikatakan oleh
> hadis yang dikatakan dari Rasullullah itu. Tambah lagi kadang-kadang
> tidak ada nama perawinya disebut oleh orang yang membacakan kitab itu
> dalam majlis. Juga tidak ada sempadan yang nyata samada ini kata-kata
> Rasulullah atau ulama. Ini penting kerana dalam melakukan amalan soleh,
> sepatutnya yang penting didahulukan daripada yang kurang penting
> dikemudiankan, jika ada konflik masa atau priority.
>
> Tambah lagi kitab fadhail memuatkan amalan-amalan yang saya rasa hampir
> mustahil dilakukan seperti khatam Quran 2 kali dalam sembahyang sunat
> diwaktu malam. Cuba bayangkan. 2 kali khatam bermakna 60 juzuk Al-Quran.
> Satu juzuk dgn bacaan yang tartil dan pantas ( contohnya kalau mad lazim
> kalimi musaqqal mesti 6 harkat, kalau mad jaiz paling kurang 2 harkat,
> kalau idhgam maal ghunnah baca 2 atau 3 harkat) mengambil masa lebih
> kurang 25 minit untuk habiskan satu juzuk. Jadi 25 minit kali 60 juzuk
> ialah 25 jam iaitu satu hari. Satu malam selepas tengah malam hanya ada
> lebih kurang 5 setengah jam sahaja sebelum subuh.
>
> Jadi, yang saya ingin tahu bolehkan kita tokok tambah cerita cerita
> tentang kesolehan ulama dan para Sahabat hanya untuk menambahkan ghairah
> muslimim untuk menambah amalan soleh mereka? Bagi saya, ini sudah diluar
> kemampuan manusia biasa. Bagi saya, ini mungkin amalan para wali yang
> boleh menghentikan perjalan masa semasa mereka bersolat. Dan ini bukan
> ikutan yang baik untuk saya. Saya lebih senang mendengar bacaan dan
> terjemahan AlQuran atau sahih Bukhari, Muslim, etc dari kitab-kitabnya
> terus kerana ianya lebih senang diamalkan dan tidak demanding macam
> kitab fadhail itu. Sekian.
>
>
>
> >>> norita 24/08/2005 10:07:57 >>>
> bISMILLAHHirrahmanirrahimm..
>
> Allah Maha Kuasa, makhluk takde kuasa...Kita umat akhir zaman, kalau
> kita tengok hari nie...zaman faksyak dan mungkar...kebaikan dipandang
> sebagai sesuatu yang janggal dan pelik..dan keburukan dipandang sebagai
> kebaikan...terutama orang yang cuba untuk amalkan sunnah...contoh
> mudah..makan pakai tangan adalah sunnah nabi saw, tapi hari nie...kalau
> kita makan kat hotel mesti disediakan sudu dan garpu...contoh kehidupan
> kita hari ini...saya sendiri pun masih belum dapat amalkan dengan
> sempurna lagi...
>
> Kita semua kena usaha untuk belajar ilmu agama..pertama tentang ilmu
> fadhail, iaitu tentang kelebihan atau ganjaran yang allah swtsediakan
> untuk sesuatu amalan,iaitu karangan Maulana Zakaria rah. Beliau tulis
> hadis berdasarkan rujukan-rujukan oleh maulana2 sebelum ini...Dan yang
> paling penting beliau akan sembahyang sunat 2 rakaat bagi setiap hadis
> yang ditulis..i'allah Allah swt pelihara..setiap tulisan hadis
> tersebut..
>
> Untuk pengetahuan semua, kitab Fadhail amal tersebut telah
> diterjemahkan kepada berpuluh2 bahasa diserata dunia..di mana
> pembacaannya dijadikan amalan bagi setiap rumah orang islam...dan
> dikatakan rumah yang istiqamah adakan pembacaan hadis karangan Maulana
> Zakaria rah. i'allah akan terpelihara daripada fitnah dajjal...
>
> I'allah...saya sendiri masih berusaha untuk mengamalkan pembacaan kitab
> ini setiap hari...saya panggil ia ..baca taklim...
>
> saya hanya berkongsi pengetahuan dan ilmu yang sangat sedikit...kalau
> ada salah dan silap ..saya mohon ampun dan maaf..
>
> i'allah hadis tersebut boleh dijadikan pegangan...
> Segala masalah yang kita hadapi,,,kita balik semula pada allah..
>
> [EMAIL PROTECTED] wrote:
> yes...setuju....kita sendiri pun umat akhir zaman
> ulamak pun bermacam macam.....
>
> dah  baca buku, on the way dengar kaset
> Ustaz Ashari pasal hadis palsu.....
> sebab ada yg suruh......Alhamdulillah...
>
> Pada saya ia terlalu straight foward....
> ada kebenarannya....dari sudut org yg
> belajar dan mengkaji hadis...
> Bagaimana pula dgn ulamak2 lain...
>
> Islam kita dari siapa yg dah berzaman2....
> dari artikel salah seorang saudara kita berkenaan
> ALIRAN SALAFI BERTENTANGAN DENGAN AKIDAH ASWJ
> boleh dijadikan panduan....
>
> siapa yg nak kita ikut.....sebenarnya....
> org arab yg datang mendakwah nenek moyang kita
> yang benar atau pak2 ARAB yg sekarang ni
> dari mata kasar hancus......
>
> siapa yg benar....berapa banyak golongan Islam sekarang
> nak kata kita benar atau mereka yg benar....
>
> sebab tu bagi saya wujudnya ASWJ yg mencari jalan yg
> lebih selamat dan berhati-hati...InsyaALLAH  ALLAH maha mengetahui...
>
> yang masih mencari2 jangan sesat sudah....
>
>
>
>
> ----- Original Message -----
> From: [EMAIL PROTECTED] ; [EMAIL PROTECTED] ;
> [EMAIL PROTECTED]
> To: [email protected]
> Sent: Saturday, August 13, 2005 12:43 PM
> Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] Hadith Palsu
>
>
> Salaam, kalau nak tanya bab hadith.. "Jangan tanya pada satu orang yang
> arif sahaja, walaupun dia pakar hadith, dia juga manusia, dan belum
> tentu dia pakar bab fiqih serta bab2 lain dalam ilmu Islam".. kena tanya
> banyak pakar.. kekadang seseorang yang pakar, mempunyai pendekatan yang
> berbeza.. mengikut aliran, mengikut guru, mengikut fahaman..tu belum
> masuk bab 'alimnya, bab 'amalannya dan bermacam2 lagi..
>
> WALlahu'alam
> ----- Original Message -----
> From: "nik aishah nik aznan"@od23.sharp.co.jp
> To: [email protected]
> Sent: Wednesday, July 20, 2005 9:37 AM
> Subject: RE: Bismillah [hidayahnet] Hadith Palsu
>
>
>
> assalamualaikum..ana setuju ngan waja...
>
> kita tak boleh mengatakan ape yg tidak dikata oleh nabi s.a.w sebagai
> ucapannya...kalau nak quote gak kena mention yg benda tu hanyalah kata2
> n bukan hadith nabi...
>
> renungkan semula hadith pasal amaran Rasululah tu..
>
> pasal bidaah pulak..kena isu tu panjang..nasihat ana...tnyalah pada yg
> lebih arif...ana suggestkan dgr kaset Dr mohd asri zainul abidin (pakar
> hadith)..kasetnye tajuk "bidaah hasanah istilah yang disalah
> fahami"..ada dalam betuk buku gak..
>
>
>
> Peringatan untuk diri sendiri dan semua...pk kan ape itu cinta kpd
> Rasulullah...ia bukan perassan semata2 tetapi seiring dgn ketaatan...ape
> yg sunnah pun susah nak wat...tak perlulah wat benda2 yang tak de
> dasarnye...sape lagi nak kita ikut kalau bukan our role
> model...Rsulullah s.a.w....
>
> Wallahua'lam...
>
>
>
>
>
> ---------------------------------
> Do you Yahoo!?
> New and Improved Yahoo! Mail - 1GB free storage!
>
>
> --------------------------------------------------------------------------
>
> All views expressed herein belong to the individuals concerned and do
> not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless
> sanctioned or approved otherwise.
>
> If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get
> a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
> change your mail delivery settings or email the moderators at
> [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily
> digest".
>
>
>
> SPONSORED LINKS
> Divine inspiration Islam
>
> ---------------------------------
> YAHOO! GROUPS LINKS
>
>
>     Visit your group "hidayahnet" on the web.
>
>     To unsubscribe from this group, send an email to:
>  [EMAIL PROTECTED]
>
>     Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of
> Service.
>
>
> ---------------------------------
>
>
>
>
>
> ---------------------------------
>  Start your day with Yahoo! - make it your home page
>
> DISCLAIMER:
>
> This e-mail (including any attachments) may contain confidential
information. If you are not the intended recipient, you are hereby notified
that any review, distribution, printing, copying or use of this e-mail is
strictly prohibited. If you have received this e-mail in error, please
notify the sender or Bursa Malaysia immediately and delete the original
message. Opinions, conclusions and other information in this e-mail that do
not relate to the official business of Bursa Malaysia and/or its group of
companies ("Bursa Malaysia Group") shall be understood as neither given nor
endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa Malaysia Group accepts no
responsibility for the same. All liability arising from or in connection
with computer viruses and/or corrupted e-mails is excluded to the fullest
extent permitted by law.
>
>
>
>
>
>
> --------------------------------------------------------------------------
>
> All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not
in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
approved otherwise.
>
> If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change
your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
> Yahoo! Groups Links
>
>
>
>
>
>
>
>


--
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan
Seluruh Alam"

Pak Ngah
http://pakngah70.blogspot.com/






--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change
your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links












------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke