Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Merdeka: Dr Lo lo dilarang ke HKL, Mufti Perak dilarang ke Selangor
ROSLAN SMSSemalam seluruh warga Malaysia dengan gembira dan bangga merayakan ulangtahun ke 48 kemerdekaan negara. Sudah masuk tahun ke 48 negara bebas dari jajahan mana-mana kuasa asing dan tampuk kekuasaan dalam negara telah diserah kembali kepada tangan anak-anak bangsa.
Dalam kita menikmati erti kemerdekaan rupa-rupanya samada kita sedar ataupun tidak mentaliti dan sisa-sisa peninggalan penjajah masih berdaki dan berkurap ditubuh beberapa kerat dari kalangan kita.![]()
Baru-baru ini ada laporan mengatakan bahawa SS Mufti Perak tidak dibenarkan menghadiri satu majlis forum di negeri Selangor. Alasannya kerana komen dan pandangan beliau dikira keterlaluan dan tidak selari dengan hasrat kerajaan negeri.
Tokoh agama yang dilantik oleh Sultan dan kerajaan negeri sungguh pun bernaung di bawah kerajaan persekutuan, namun kebebasannya seolah-olah kini disekat. Seorang ilmuan sudah tidak bebas bergerak dalam negaranya sendiri, dan baru semalam kita terpekik-terlolong menlaungkan kata-kata keramat MERDEKA!
Semalam saya menerima salinan surat Dr Lo lo bt Dato Ghazali (yang ditujukan kepada Pengarah HKL) Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat yang telah menganjurkan Program Piknik dan Ziarah Merdeka Wanita BA baru-baru ini bersempena ulangtahun kemerdekaan negara. Salah satu acara program tersebut adalah menziarahi para pesakit di Hospital Kuala Lumpur ataupun HKL.
Malangnya disaat-saat akhir menurut Dr Lo lo Pengarah HKL telah memaklumkan bahawa kebenaran tidak dapat diberikan. Alasannya ARAHAN DARI PIHAK ATASAN.
Di dalam surat terbukanya Dr Lo lo menyebut:
Adalah amat dikesalkan semasa perayaan merdeka pihak Tuan masih tidak bebas dan tidak merdeka lagi dari mentaliti yang dijajah sehingga membuat keputusan menolak permohonan rasmi lawatan dan sumbangan cenderahati dari pimpinan parti politik yangberfdaftar secara sah di Malaysia.
Demikianlah keadaannya dalam negara Malaysia merdeka pada hari ini. Anehnya kalau kita amat-amati, senarai kes-kes yang seumpama ini sebenarnya apabila dikumpulkan boleh berjela-jela jadinya. Kita belum lagi membincangkan darihal tahanan politik yang ditahan tanpa bicara, sekatan-sekatan lain yang dikenakan terhadap parti-parti politik, akhbar dan lain-lain.
Kesimpulannya benar kita telah 48 tahun merdeka, namun realitinya kita masih jauh dari suasana merdeka dalam erti kata yang sebenarnya. Negara telah 48 tahun bebas merdeka dari kuasa penjajahan, namun rakyat berterusan dikenakan sekatan dan tekanan kerana para penjajah tadi telah mewariskan anak-anak didik mereka untuk meneruskan kuasa di tanahair tercinta ini yan sekulit dan sebangsa dengan kita.
Aduhai Merdeka... [EMAIL PROTECTED]SILA KUNJUNGI BLOG ROSLAN SMS__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
