KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB: SOLAT DI LUAR GEREJA
SUATU LAGI PERISTIWA DI AL-QUDS
Rujukan: Khalifah Yang Agung Saiyidina Umar Ibnul Khattab r.a., Bismi
Publisher 1986, Luqman Hakim.

Setelah beberapa hari berada di al-Quds atau Baitul Maqdis, Khalifah
Umar al-Khattab r.a. telah pergi ke Gereja al-Qiamah bertujuan
menziarahi Paderi Kristian di sana. Peristiwa ini berlaku setelah
perjanjian damai dengan penduduk Baitul Maqdis dengan pemerintahan
Islam ditandatangani, dalam perjanjian itu Saiyidina Umar r.a.
menjamin kepada penduduk Nasrani bahawa nyawa, harta benda serta
tempat ibadat mereka akan dilindungi oleh pemerintah Islam. Inilah
dasar pemerintahan Islam kerana sebelum ini, di bawah empayar Rom,
penduduk al-Quds tidak pernah mendapat jaminan-jaminan yang seperti
ini.

Menurut perjanjian, gereja-gereja yang terdapat di Baitul Maqdis tidak
boleh dijadikan asrama-asrama tentera Islam apatah lagi dirobohkan
atau dirosakan. Ini sama sekali bertentangan dengan agama Islam. Umat
Islam juga tidak boleh memaksa penganut agama lain memeluk Islam dan
melarang keras umat Islam melakukan kekerasan dan penindasan kepada
penduduk beragama Kristian.

Ketika Khalifah Umar al-Khattab r.a. berbual-bual dan berbincang
dengan Paderi Kristian di dalam gereja, maka masuklah waktu
solat.Paderi mempelawa Khalifah Umar al-Khattab r.a. solat di dalam
gereja tetapi Saiyidina Umar al-Khattab r.a.tidak mahu, beliau
memberitahu Paderi Kristian bahawa dia mahu solat diluar gereja.

Paderi berkata" Mengapa tuan tidak solat di dalam gereja sahaja,
bukankah lebih selesa, lagipun apa salahnya". Jawab Umar al-Khattab
r.a "Benar tuan memang tidak ada salahnya, tetapi saya sengaja hendak
solat diluar sahaja. Saya tidak mahu di belakang hari kelak ada orang
menuduh saya mahu menukarkan gereja kepada masjid lalu perbuatan saya
ini dicontohi pula oleh kaum muslimin"

Demikianlah tingginya akhlak dan jauhnya pandangan Khalifah Umar
al-Khattab r.a. Walaupun tidak salah kalau baginda solat di dalam
gereja tetapi beliau khuatir tindakannya mungkin disalah ertikan oleh
Umat Islam di kemudian hari terutama yang cetek fikirannya. Sebab
itulah Khalifah Umar al-Khattab r.a. yang tinggi ilmunya menolak
tawaran paderi itu dengan sopan.

"Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa'
al-Rasyidin, peganglah dengan sekuat-kuatnya" (Hadith riwayat Abu
Daud)

Wallahu a'lam…..

-- 
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan
Seluruh Alam"

Pak Ngah
http://pakngah70.blogspot.com/


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke