saya dah banyak dengar kisah macam ni, berhati2 lah...seorang teman 
diajarkan zikir 50000 x sehari, then tiba2 dia rasa badan dia kuat 
boleh bersilat sendiri..etc etc..pendek cerita dia kena cari ustad 
nak buang ilmu tu sebab wife dia dah mula di'tiduri' oleh makhluk 
yang berupa dia...ghairah sangat nak belajar 
--- In [email protected], cahaya malam wrote:
> assalaamualaikum wrwb,
> sekedar sharing.
> inshallah apa yang disampaikan ini benar, bahwa tipu daya jin itu 
sngat halus terutama bagaiamana seolah-olah memberikan "maunah" 
kepada orang mukmin. saya, keluarga dan teman-teman pernah mengalami 
mendapat tulisan atau seolah-olah petunjuk alquran dalam mimpi. dan 
ketika diamalkan di alam real benar-benar ada buktinya. tetapi lama-
lama yang kami rasakan adalah bahwa kami tidak berharap langsung 
pada Allah tapi seakan-akan menunggu petunjuk dari mimpi-mimpi itu. 
inilah yang sedikit demi sedikit menyeret kepasrahan kami pada 
selain Allah. Kemudian saya dan keluarga, mencari dan membuka hadist-
hadist shaahih untuk mencocokkan apakah ayat atau bacaan tadi pernah 
dibaca atau dicontohkan Rasulullah untuk diamalkan; ternyata tidak 
ada. atau meskipun ada tidak tertentu jumlhanya harus sekian ribu 
untuk waktu-waktu tertentu. lalu kami semua berpikir bahwa mana 
tinggi kedudukan orang yang menyerupai ulamak itu dalam mimpi dengan 
Rasulullah. ya tentu Rasulullah, jadi waktu itu amalan itu kami
>  hentikan. ketika kami hentikan kami mendapat banyak cobaan dan 
kesedihan krn dulu kalau ada susah-susah kami baca dan dapat jalan 
keluar, tapi kami pasrah pada Allah untuk tidak mengamalkan bacaan 
itu lagi. kata Ustadz yang menasehati kami itu adalah upaya mereka 
untuk menarik kami kembali mengamalkan amalan bid'ah itu. padahal 
bid'ah tempatnya di neraka
>  
> Laailaaha illa anta subhanaka inni kuntu minadz dzaaalimin.
> wassalam alaikum wrwb
> 
> [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
> Ilmu dari mimpi tipu helah iblis
> SOALAN:
> 
> Saya telah beberapa kali bermimpi, didatangi oleh seorang lelaki 
memegang tasbih, berjubah hijau dan memakai serban. Lelaki ini, 
dalam mimpi yang ketiga, yang berlaku dalam tempoh lebih kurang tiga 
minggu memberi sepotong ayat untuk diamalkan. Ayat ini pada mulanya 
tidak dapat saya ingati apabila terjaga, tetapi akhirnya ayat itu 
dapat saya ingati lalu saya perdengarkan kepada seorang ustaz, di 
mana ustaz tersebut menyatakan bahawa ayat tersebut adalah benar.
> 
> Saya telah mengamalkan ayat tersebut, terutamanya selepas 
sembahyang fardu, seperti yang diajar dalam mimpi tersebut pada 
pertemuan yang tidak dapat dijelaskan waktunya. Persoalan saya ialah 
adakah mimpi saya itu baik, tidak mendatangkan masalah kepada saya, 
termasuk iktikad saya? Setakat ini saya telah menggunakan ayat-ayat 
tersebut untuk mengubati orang sakit, dan berjaya. - Salmi, Kota 
Bharu.
> 
> JAWAPAN:
> 
> Perlu diperjelaskan bahawa bukan mustahil apa yang berlaku ke atas 
saudara merupakan satu keistimewaan yang diberi oleh Allah ke atas 
hamba-Nya yang ikhlas, beriman lagi bertakarub kepada-Nya. Banyak 
cara Allah s.w.t. apabila Dia hendak menolong hamba-Nya. Allah 
apabila mahukan sesuatu itu berlaku ke atas hamba-Nya, maka akan 
terjadilah di mana ia tidak digagahi oleh sesiapa pun.
> 
> Walaupun demikian, setiap orang yang beriman itu perlu ditadbir 
oleh mereka yang berilmu. Kedua-duanya mimpi daripada iblis dan 
syaitan, dan ketiganya ialah mimpi mainan tidur.
> 
> Iblis dan syaitan diberi keistimewaan oleh Allah dapat melihat 
manusia, namun sebaliknya manusia tidak boleh melihat makhluk ini. 
Walaupun demikian, dalam keadaan tertentu manusia dapat melihat jin 
apabila penutup yang menghalang penglihatan manusia itu dibuka oleh 
Allah iaitu di kalangan mereka yang menuntut ilmu yang berkaitan 
dengan jin, membela, bersahabat atau bersaudara, mereka yang 
diganggu oleh jin (gangguan), atau mereka yang menghadapi masalah 
sihir, juga oleh sesiapa pun di mana hijab yang berlaku selama ini 
dibuka oleh Allah.
> 
> Jin tidak berupaya untuk berkomunikasi secara terus dengan 
manusia, kerana nature kejadian makhluk ini adalah berbeza. Manusia 
dijadikan oleh Allah daripada saripati tanah, manakala jin dijadikan 
Allah daripada api yang sangat panas. Manusia mempunyai jasad, 
tetapi jin tidak mempunyai jasad kasar seperti manusia. Ini adalah 
di antara sebab yang menjadi perbincangan atau perbalahan ahli-ahli 
falsafah kenapa manusia dan makhluk jin ini tidak dapat berhubung 
secara fizikal.
> 
> Walaupun demikian, makhluk halus ini berupaya berhubung dengan 
manusia ketika tidur melalui mimpi. Makhluk ini berupaya menyakiti 
manusia ketika hendak terlelap tidur, dengan mendatangkan pelbagai 
gangguan, menyebabkan seseorang itu berasa seolah-olah dihempap batu 
besar, ditikam di perut dengan benda tajam, berasa seolah-olah biji 
mata dipatuk oleh paruh burung yang besar, dicekik dan diselam dalam 
air menyebabkan orang yang tidur berkenaan tidak bernafas atau sesak 
nafas, menggigil ketakutan dalam keadaan berpeluh-peluh dan 
sebagainya.
> 
> Ketika sedang tidur makhluk ini boleh datang dalam mimpi, 
menyerupai binatang hitam yang menakutkan, menggigit, membelit dan 
sebagainya yang menyebabkan seseorang itu takut hendak tidur, lalu 
akhirnya jatuh sakit, atau sakitnya menjadi bertambah teruk.
> 
> Mengenai kes saudara, makhluk ini mendatangi saudara ketika dalam 
mimpi, dengan berjubah hijau dan sebagainya seperti yang saudara 
jelaskan. Jubah adalah lambang seorang yang alim apatah lagi 
dikaitkan dengan biji-biji tasbih di tangan. Warna hijau pula adalah 
warna kesukaan Nabi s.a.w. Keadaan seumpama ini adalah semata-mata 
untuk menarik minat saudara untuk mempercayai bahawa apa yang 
berlaku itu adalah pertolongan Allah, atau sekurang-kurangnya tidak 
ada kaitan dengan liku-liku atau helah jin, apatah lagi sekiranya ia 
berlaku ketika saudara dalam keadaan banyak berzikir, berdoa dan 
mendirikan sembahyang di keheningan malam.
> 
> Makhluk yang menjelma dalam bentuk atau rupa manusia alim ini 
begitu bijak. Ia tidak akan memberi doa sekali gus membolehkan 
saudara terus mengingati ayat-ayat yang diberi, tetapi ia akan 
memberinya sedikit buat permulaannya. Begitu juga yang dilakukan 
pada ketika yang lain, menyebabkan saudara begitu ghairah untuk 
mendapatkan doa yang ditayang-tayang dalam beberapa pertemuan mimpi.
> 
> Hidayah
> 
> Dalam keadaan apa sekalipun, selepas beberapa sesi mimpi yang 
terlalu mengharap, saudara akhirnya dapat ayat sepenuhnya seperti 
yang saudara jelaskan, dan didapati benar apabila saudara 
perdengarkan kepada orang yang faham mengenainya.
> 
> Dalam keadaan seperti ini, saudara akan terus-menerus mengamalkan 
apa yang disarankan oleh lelaki yang menjelma tadi. Dalam pertemuan 
yang lain, saudara akan dinasihatkan supaya memperbanyakkan lagi 
sedekah, perbanyakkan puasa Isnin dan Khamis, pergi umrah dan 
sebagainya. Semuanya ini menyebabkan saudara terus berkeyakinan 
bahawa apa yang berlaku tidak ada kaitan dengan jin atau jin-jin, 
tetapi merupakan ``maunah'' Allah, ataupun hidayah Allah, yang tidak 
diperoleh oleh semua orang.
> 
> Perjalanan saudara tidak berakhir begitu sahaja. Mungkin saudara, 
ataupun orang yang berpengalaman seperti saudara pada satu ketika 
pergi ke sekolah untuk mengajar seperti biasa. Ketika rehat salah 
seorang daripada guru perempuan teman saudara dengan tiba-tiba 
pening kepala lalu pengsan. Oleh kerana saudara dianggap sebagai 
seorang yang banyak ilmu agamanya, rajin berkata-kata mengenai 
agama, lalu teman-teman lain meminta jasa baik saudara supaya 
menolong teman yang sedang pengsan tadi.
> 
> Dalam keadaan kelam-kabut saudara rasa terdorong untuk menolong 
teman tadi, iaitu dengan membacakan doa yang saudara pelajari ketika 
tidur dan mengamalkan menurut panduan yang diberi dan didapati orang 
yang tidak sedarkan diri itu sembuh seperti sedia kala.
> 
> Terlalu banyak peristiwa seperti ini boleh berlaku yang melibatkan 
saudara yang akhirnya saudara menjadi seorang ``tok bomoh'', atau 
lain-lain julukan diberi oleh kawan-kawan, yang semuanya menghela 
kepada keyakinan diri bahawa saudara berupaya melakukan rawatan 
kepada pesakit.
> 
> Mungkin pada waktu lain, guru yang sama dengan tidak semena-mena 
pengsan, lalu mengeluarkan suara yang lain daripada suaranya, dan 
berkata dengan perkataan-perkataan yang tidak disangka-sangka, 
tetapi ada kebenarannya. Dan apabila saudara datang mendekatinya, 
membacakan doa yang saudara amalkan dalam segelas air, pesakit 
menjadi sembuh setelah minum.
> 
> Hal yang sama mungkin berlaku ketika saudara balik kampung, atau 
ke majlis-majlis perkahwinan, di mana pengantin perempuan dengan 
tidak semena-mena menjerit lalu tidak sedarkan diri. Dalam keadaan 
panik, dan tercari-cari orang yang pandai mengubat, memulihkan 
pengantin, saudara akhirnya terdorong untuk merawat pengantin yang 
pengsan tadi, dan sembuh.
> 
> Pada diri saudara, apa yang berlaku memberi keyakinan. Diyakini 
bahawa apa yang saudara dapat adalah daripada pertolongan Allah, 
apatah lagi ketika itu saudara selalu melakukan sembahyang di waktu 
malam, puasa Isnin dan Khamis, banyak bersedekah dan sebagainya, 
tetapi dari satu sudut lain, apa yang berlaku adalah hasil dari 
permainan dan tipu helah syaitan.
> 
> Guru yang sakit yang pengsan di sekolah, ataupun pengantin yang 
tidak sedarkan diri meracau ketika bersanding itu berlaku kerana 
angkara jin yang sama, iaitu perbuatan jin yang datang menjelma 
dalam mimpi saudara. Iaitu jin yang datang berjubah hijau, memegang 
tasbih berserban. Setelah memberi doa kepada saudara, lalu perasaan 
rasa yakin diri itu tersemat dalam diri, jin yang sama datang kepada 
guru yang ada di sekolah tempat saudara mengajar, lalu mencekik atau 
menyakitinya, dan meresap dalam tubuhnya. Makhluk jin ini dalam masa 
yang sama mendorong saudara untuk memulihkannya, lalu saudara 
berjaya memulihkannya.
> 
> Begitu juga yang berlaku ketika pengantin perempuan bersanding di 
mana masalah yang timbul adalah angkara jin yang sama. Walaupun 
demikian, apa yang berlaku tidak mudah diketahui atau disedari oleh 
manusia kerana tindak-tanduk, dan tipu helah jin atau iblis syaitan 
musuh manusia itu terlalu besar muslihatnya.
> 
> Terlalu banyak tipu helah makhluk halus yang menyebabkan seseorang 
itu sesat, tetapi merasakan dirinya mendapat maunah atau hidayah 
Allah. Makhluk ini secara tidak langsung mengajar dan membantu 
manusia melakukan rawatan dengan pelbagai kaedah, termasuk mengajar 
manusia atau berhubung dengan manusia ketika tidur. Setelah saudara 
benar-benar yakin, makhluk ini berkemungkinan meresap dalam diri 
saudara, menyebabkan saudara, ataupun orang yang mempunyai 
pengalaman seperti ini melakukan rawatan dalam keadaan menurun, di 
mana makhluk ini menggunakan jasad manusia untuk melakukan rawatan, 
mencari barang hilang, memberi petua penerang hati dan sebagainya. 
Fenomena seperti ini hakikatnya banyak berlaku di kalangan mereka 
yang melibatkan diri dengan ilmu kebatinan hingga sekarang ini tanpa 
disedari.
> 
> Perbicaraan mengenai ilmu yang diperoleh dalam mimpi banyak 
berlaku. Sukar untuk membezakan antara mereka yang mendapat maunah 
atau hidayah benar-benar daripada Allah. Biar dalam keadaan apa 
sekalipun, saya berkeyakinan bahawa kebanyakan mereka yang 
memperoleh ilmu melalui mimpi hakikatnya adalah daripada tipu helah 
iblis dan syaitan untuk menyesatkan manusia.
> 
> PEMBACA yang ada kemusykilan alamatkanlah soalan kepada:
> 
> Dr. Amran Kasimin
> 
> 
> 
> ---------------------------------
> Meet your soulmate!
> Yahoo! Asia presents Meetic - where millions of singles gather 
> 
> 
> -------------------------------------------------------------------
-------
> 
> All views expressed herein belong to the individuals concerned and 
do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless 
sanctioned or approved otherwise. 
> 
> If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish 
to get a daily digest of emails by logging-on to 
http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or 
email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 
> 
> 
> 
> SPONSORED LINKS 
> Islam and the west Islam koran Different religions beliefs Islam 
Divine inspiration 
> 
> ---------------------------------
> YAHOO! GROUPS LINKS 
> 
> 
>     Visit your group "hidayahnet" on the web.
>   
>     To unsubscribe from this group, send an email to:
>  [EMAIL PROTECTED]
>   
>     Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of 
Service. 
> 
> 
> ---------------------------------
> 
> 
> 
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
> http://mail.yahoo.com






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke