Pendedahan eksklusif majalah Mastika keluaran terbaru dengan tajuk Kuantan Hatyai Pantai Timur sememangnya amat memalukan rakyat negeri Pahang, namun tidak pula mengejutkan kerana ia bukanlah isu baru kepada penduduk Kuantan mengenai moral dan perilaku remaja di sini.
Malu dan menjengkelkan kerana artikel tersebut membongkar, betapa tubuh wanita (disebut kebanyakannya remaja Melayu anak peneroka Felda) boleh diperolehi dengan mudah dengan harga antara RM5 RM50, atau belanja makan dan bawa jalan-jalan saja. Tubuh-tubuh genit dan mongel ini bersepah-sepah di Taman Esplanade atau pantai Teluk Chempedak.
Tidak mengejutkan pula, kerana penduduk ibu negeri Pahang ini telah lama maklum dengan senario berleluasanya pelacur-pelacur remaja ini cuma ia jarang-jarang didedahkan. Juga perkara ini sudah boleh dijangkakan kerana ketiadaan tindakan tegas serta lemahnya penguatkuasaan oleh pihak berkuasa.
Penulis sendiri pernah bertanyakan hal ini kepada pihak berkuasa agama, namun alasan mereka ialah kurangnya kakitangan penguatkuasa (dulunya disebut pencegah maksiat). Jika benar, ini menggambarkan betapa tidak seriusnya kerajaan dalam membasmi barah masyarakat ini.
Terlalu banyak pesta hiburan
Antara puncanya lagi ialah terlalu banyak penganjuran majlis percampuran dan amalan pergaulan bebas lelaki-perempuan ditaja secara berlesen seperti pesta hiburan. Kata orang, kekerapan konsert-konsert artis dan pelbagai petunjukan hiburan yang rendah moralnya di Kuantan ini, sudah setanding dengan Kuala Lumpur.
Bahkan trend penganjuran ekspo-ekspo dan pesta membeli-belah di sini, kebanyakannya disertakan sekali dengan program hiburan. Demikian juga dengan majlis sambutan pesta kemerdekaan baru-baru ini yang sarat dengan program hiburan. Ini sudah tentu tidak langsung menyumbang ke arah pembaikan sosial, malah lebih mudah mendorong remaja kepada berhibur melampau dan melampiaskan nafsu syahwat masing-masing.
Justeru itulah akhbar-akhbar harian pada 1 September baru-baru ini menyiarkan berita 10 pelajar yang terdiri daripada anak-anak peneroka Felda berdekatan Kuantan ditangkap berkhalwat di bandar ini.
Sementara akhbar Jun lalu pula mendedahkan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), telah menerima 44 kes kelahiran anak luar nikah sejak Januari lalu yang kebanyakannya membabitkan remaja belasan tahun dan awal 20-an.
Mereka yang terlibat dalam kemungkaran ini kebanyakannya anak-anak peneroka Felda berdekatan atau generasi kedua yang telah terpengaruh dengan budaya luar. Apakah ini kejutan kemajuan sehingga mereka terpanggil mengamalkan budaya hedonism, atau terdesak kerana masalah kekurangan wang akibat amalan cara hidup sedia ada?
Malang sekali, ini menggambarkan kegagalan kerajaan menangani generasi kedua Felda. Sepatutnya dana dan kewangan Felda yang banyak itu tidak dibazirkan kepada benda lain, sebaliknya digunakan untuk melabur dalam pembangunan insan di samping menyediakan peluang pekerjaan yang selesa untuk mereka.
GRO Kuantan bawa HIV?
Semua penduduk Kuantan arif, bahawa terlalu banyak pusat hiburan seperti kelab malam dan kelab dangdut di Jalan Wong Ah Jang, Jalan Gambut, Jalan Beserah, Jalan Alur Akar dan Jalan Teluk Sisek di sini yang beroperasi sehingga menjelang dinihari. Realiti ini menyebabkan Kuantan menjadi tumpuan remaja perempuan seluruh Pahang (dalam artikel tersebut dikatakan anak peneroka Felda) berpusu-pusu datang menawarkan khidmat seks atau GRO. Dari situlah membiaknya aktiviti persundalan dan pelacuran.
Bayangkan dalam artikel tersebut dinyatakan: Cadangan kami kepada lelaki-lelaki gatal, kalau nak merasa kena HIV, langganlah GRO di Kuantan. Mudah-mudahan hasrat itu termakbul.
Kenyataan itu mungkin satu gurauan, namun tetap pahit dan menyedihkan untuk ditelan penghuni daerah yang menunggu masa saja untuk dimasyhurkan sebagai bandaraya ini. Sementelah pula, banyak papan tanda-papan tanda berslogan Pahang membangun bersama Islam Hadhari dipacakkan di sini.
Yang amat menyedihkan kita, ramai dari pekerja-pekerja seks ini terdiri daripada orang Melayu. Sesuatu perlu dilakukan dengan tegas. Begitu juga dengan pondan-pondan yang berkeliaran mengusahakan perniagaan terkutuk di belakang lorong pasar Kuantan.
Tidak ada tindakan tegas
Apa yang diharapkan, kerajaan negeri tidak berlepas tangan dalam menyelesaikan kemelut yang melanda masyarakat. Sebaliknya berusaha lebih serius dan bersungguh-sungguh mengekang gejala sosial ini
Pihak kerajaan dengan kekuasaan yang ada, boleh menguatkuasakan akta, enakmen atau undang-undang bagi memastikan amar makruf nahi mungkar dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Penguatkuasaan bersepadu yang turut melibatkan pencegah maksiat, anggota polis dan penguatkuasa PBT dapat memantau acara hiburan yang tidak terkawal, perjudian, kes penagihan dadah, arak, judi, sumbang mahram, rogol, pembunuhan, serta jenayah lain yang membabitkan umat Islam.
Sistem Pendidikan yang gagal
Sebagaimana yang difahami umum, sistem pendidikan di sekolah telah gagal. Sistem pelajaran yang berorientasikan peperiksaan hanya melahirkan pelajar yang banyak permasalahan sosial termasuk salah laku di sekolah, kehamilan, pengguguran anak, pelacuran, penyalahgunaan dadah, lumba haram, keganasan seksual dan kecelaruan jantina. Jika tidak dibendung mulai sekarang, sistem pelajaran yang ada hanyalah mendidik sambil meruntuh.
Ibu bapa juga mesti prihatin
Sejarah membuktikan bahawa antara punca kejatuhan dan kelemahan sesebuah kerajaan atau bangsa kerana berleluasanya maksiat atau penyakit masyarakat seperti rasuah dan kezaliman. Di sinilah ibu bapa bertanggungjawab dan berperanan besar terhadap anak dalam pemeliharaannya.
[EMAIL PROTECTED] wrote:
Saya bekerja disyarikat Bumiputra.. Majoriti 99% adalah berbangsa
Melayu.. termasuk lah Bos saya... Yang ingin saya tegaskan sekarang
ni ialah kelakuan Bos saya...
Dalam ofice kami tak berapa suka dgn dia.. Bayangkanlah.. Bila
menjelang hari jumaat.. dia asyik terperap jer kat opis.. tak pernah
solat jumaat... Dah la macamtu.. siap suruh kami jadi penipu lagi,
kalau ader costemer ker atau sesapa call dia, kami di suruh cakap dia
pg solat jumaat, padahal mengangkang kat kerusi sambil rokok 2,3
batang kat tgn.. 1. Dah jadi penipu..
Ok Hari lain plak.... dia masuk awal, tapi biasanya tak.. panggil
salah sorang staff kami suruh beli no ekor, kalau tak ikut arahan
dia.. haa tak lama lah tu... 2. Bersubahat.
Bulan Pose la plak.. Ya Allah langsung tak hormat kami staff dia ni
ha.. Dah la tak pose, siap bawa geng plak dengan berbungkus2 makanan
kat tangan, Dan yg paling dasyat lagi, member saya ni jugak lah
menjadi mangsa entah ke berapa kalinya untuk membeli makanan dia..
Member sorang ni pose, bayangkan lah... kalau tak ikut cakap
dia...Nasib nya maki hamun jer la terima...
Bukan kami taknak berenti.. sebab sayang sgt kerja kat sini, dia pun
bukan bapak dia punya syarikat cuma merangkap pengurus jer... Tapi yg
geram nye Big bos tak leh buat apa.. sebab ni hal peribadi..
Rasa2 korang apa yg patut kami buat bagi dia sedar diri skit.. Bila
dgr bercerita bukan main lagi Topic agama jer,.. Tapi Nak muntah
kitaorang bila lihat perangai dia..
So.. Camana yer?
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
