Pilihanraya kampus: Pertembungan dua kumpulan pelajar bermula...
Beh Lih Yi -

Terjemahan Ketika pilihanraya kampus semakin hampir, kumpulan pelajar yang didakwa ‘anti-kerajaan’ akan sekali lagi berdepan dengan cabaran calon kumpulan pro-kerajaan yang didakwa mendapat sokongan dari pihak universiti.

Kementerian Pengajian Tinggi belum lagi mengumumkan tarikh pilihanraya teresbut, tetapi ramai yang menjangka ia akan diadakan serentak di 17 universiti di seluruh negara pada hujung bulan ini atau awal bulan depan.

Pada masa ini, para pelajar sedang bercuti seminggu dan majoriti daripada mereka akan menyambung semula pengajian Isnin ini.

Calon-calon yang bakal bertanding sebagai anggota Majlis Perwakilan Pelajar telahpun membuat persiapan untuk berkempen.

Adalah juga difahamkan, kumpulan pro-kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan aspirasi kerajaan dan kumpulan anti-kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan mahasiswa idealis, kini dalam peringkat akhir memilih calon masing-masing.

Kumpulan aspirasi kerajaan dikatakan ditaja oleh pihak berkuasa universiti dan disokong oleh kerajaan, manakala kumpulan mahasiswa idealis dilihat cenderung kepada pembangkang.

Pilihanraya kampus sentiasa mendapat perhatian ahli-ahli politik kerana ia mencerminkan sokongan pelajar kepada pelbagai parti politik di negara ini.

Era reformasi
Pada tahun 1998, berikutan pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kelahiran gerakan reformasi, kumpulan mahasiswa idealis berjaya menguasai beberapa buah universiti.

Bagaimanapun, kumpulan aspirasi kerajaan berjaya menguasai semula sejak dua tahun lalu di tengah-tengah dakwaan wujudnya salahlaku, politik wang dan taktik ugutan sewaktu pilihanraya kampus.

Pada masa ini, tiga universiti utama dikatakan dikuasai oleh kumpulan mahasiswa idealis.

Seorang pemimpin pelajar berkata, tekanan dikenakan ke atas calon kumpulan mahasiswa idealis dan penyokongnya serta peraturan pemilihan yang tidak adil digunakan sepenuh oleh pihak berkuasa kampus untuk memastikan kemenangan kumpulan aspirasi kerajaan.

“Kita mempunyai asas dan bukti untuk menyokong dakwaan kami itu. Peraturan pemilihan yang tidak adil pada masa lalu, termasuklah pengundian secara elektronik, nombor siri kertas undi dicatat, serta menaikkan jumlah wang deposit dan kelayakan akademik calon,” katanya yang tidak mahu namanya disebut.

(Di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti, pelajar dilarang bercakap kepada pihak media kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada naib canselor).

Di Universiti Malaya, calon-calon kumpulan mahasiswa idealis telah memulau pilihanraya kampus selepas pegawai universiti didakwa enggan mengesahkan borang pencalonan mereka tanpa memberi sebarang sebab.

Sebelum ini, pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) membantah keras pelaksanaan sistem pengundian elektronik yang didakwa kurang ketelusan.

Sistem pengundian itu yang diperkenalkan pada tahun 2003, telah membolehkan calon-calon aspirasi kerajaan menang besar dan untuk pertamakalinya tahun itu, menguasai Majlis Perwakilan Pelajar.

Ibu bapa calon diugut
Tahun lalu, dua perwakilan pelajar UPM mendakwa mereka diugut dan ibu bapa mereka juga menerima ugutan melalui telefon apabila mereka bertanding dalam pilihanraya kampus mewakili kumpulan mahasiswa idealis.

Manakala calon-calon terdiri daripada pelajar Cina turut menjadi sasaran apabila risalah yang menuduh mereka sebagai ‘pengganas’ disebarkan secara meluas.

Kumpulan mahasiswa idealis turut mengadu yang bilik asrama mereka digelidah oleh para pegawai universiti setiapkali pilihanraya kampus hampir tiba.

Para pelajar juga diugut tidak akan dibenarkan tinggal di kolej kediaman universiti jika mereka mengundi menyokong kumpulan mahasiswa idealis.

Terdapatnya dakwaan wujudnya sumbangan kewangan dari Umno dan calon-calon dijanjikan ganjaran dalam bentuk wang dan telefon bimbit.

 

Dasar UIA merugikan diri sendiri
Generasi Moden UIA -

 

Saya terpanggil untuk menulis apabila membaca tulisan Heidi Mehdi bertajuk UKM semakin primiti

Pengalaman saya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) juga menarik. Biasanya jika seseorang pensyarah memilih untuk meletak jawatan, mereka akan 'didendami' dan tidak akan diberi laluan untuk mengajar secara sambilan di UIA. Walhal, khidmat dan kepakaran pensyarah tersebut amat diperlukan bagi melahirkan ilmuwan terbilang.

Contohnya, saya pernah diberitahu bahawa Prof Madya Dr Daud Bakar, bekas Timbalan Rektor UIA yang meletakkan jawatan, tidak diberi laluan untuk mengajar di UIA secara sambilan.

Kepakaran Prof Madya Dr Daud Bakar dalam perbankan Islam dan Takaful amat dikagumi bukan sahaja oleh pengamal perbankan di Malaysia, malah oleh masyarakat antarabangsa.

Jadi, tidak mustahil beliau dilantik sebagai konsultan syariah di Arab Saudi, Dubai dan lain-lain negara. Beliau juga turut diundang untuk menjadi pensyarah pelawat di universiti di Switzerland dan Singapura. Alangkah ruginya dasar UIA yang sedemikian.

Sepatutnya, UIA menimbang semula dasar itu yang telah berlangsung semenjak sekian lama. Hal ini amatlah merugikan, bukan sahaja kepada cita-cita UIA untuk menjadi universiti terunggul di dunia, bahkan merugikan para pelajarnya yang bakal memimpin generasi akan datang.

 

UKM semakin primitif
Heidi Mehdi -


Cadangan Canselor Universiti Malaya (UM) Sultan Azlan Shah semasa Konvenkesyen Universiti Malaya (UM) baru-baru ini supaya skim perkhidmatan tenaga akademik di IPTA digubal semula bagi membolehkan tempoh persaraan mereka dilanjutkan, saya kira amat bertepatan dengan falsafah dan aspirasi penubuhan universiti itu sendiri.

Justeru, dari saranan ini, saya merasa terpanggil untuk berkongsi bagaimana pembaziran kepakaran dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kementerian Pengajian Tinggi apabila menamatkan sambungan kontrak Profesor Matematik-Fizik yang produktif, Dr Shaharir Mohamad Zain.

Beliau yang bersara apabila kontrak tahunannya ditamatkan pada pertengahan tahun ini, telahpun meninggalkan sejumlah kepakaran yang sukar ditampung oleh generasi baru.

Lebih malang lagi, beliau pergi dalam suasana yang amat tidak disenangi. Hal ini juga diceritakan secara sinis oleh beliau dalam ‘kata pengenalan’ salah sebuah buku terbarunya, Tabii Zarah Atom: Penjana Sains Matematik dan Terserlah Alam Metafizik (2004). Di sini, beliau dengan insaf mengungkapkan kewujudannya di UKM tidak lagi diperlukan angkara telatahnya yang tidak direstui oleh ‘Raja rimba raya semasa’.

Pada saya ini sebenarnya bukan isu satu-dua peribadi, sebaliknya menjangkau kepada persoalan yang jauh lebih besar. Kerana hal ini, kita lihat autonomi universiti mula tergugat akibat pengaruh-pengaruh luar.

Kini apa yang terpapar, nilai intelektualisme haruslah sejajar dengan kehendak politik, bukannya sejajar dengan semangat keilmuan. Kritikan dan pandangan tenaga akademik – sekalipun atas konsep ilmu – semestinya mengikut telunjuk orang atasan. Saya fikir, ini cara pandang yang sangat primitif sekali. Adakah kita mahu kembali ke zaman Dark Ages?

Prof Shaharir, yang disingkir secara diam-diam, tanpa pembelaan yang sewajarnya, pada hakikatnya masih amat-amat diperlukan lagi oleh dunia akademik tanahair, lebih-lebih lagi di UKM. Malah, kekuatan ilmu beliau telah diiktiraf sehingga menjadi Felo Institute of Mathematics and its Applications (FIMA)-UK sejak 1989 lagi, selain turut menjadi Felo Akademi Sains Malaysia (ASM). Bagi dunia akademik tanahair, ini satu pencapaian yang hebat bila mana ada institusi barat menghargai sumbangan tokoh negara dari kita.

Lebih menarik lagi, sejak awal tahun 1980-an, beliau, melalui Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI), telah memperkenalkan gagasan “PengIslaman ilmu” dan “Pemeribumian ilmu” sebagai usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Komitmen beliau telah dimanifestasikan dalam buku-bukunya yang kesemuanya ditulis dalam bahasa Melayu dengan satu cara penulisan yang tersendiri. Hasilnya memang menarik. Lantaran itu, hanya orang yang tidak betul sahaja menyingkirkan tokoh sepertinya? Jelas, ia pada saya merupakan satu tidak yang tidak rasional sama sekali.

Apa yang kita bimbangkan, jangan-jangan projek untuk memuluskan lagi penggunaan bahasa Inggeris di UKM bagi mengantikan pengantar bahasa Melayu telah mendorong keputusan ini. Apatah lagi, Prof Shaharir antara akademia yang mengkritik tajam, bernas, konsisten terhadap dasar yang tidak langsung sedang berjalan ini.

Jika UKM yang menjadi benteng penggunaan bahasa Melayu dalam pendidikan tidak lagi meneruskan dasar ini, maka siapa lagi yang kita mahu harapkan? Barangkali inilah yang dimaksudkan oleh Prof Shaharir tentang ‘telatah’nya yang tidak disenangi itu.

Pada saya, penyingkiran tenaga akademik yang mempunyai reputasi besar ini saya iringi dengan hati yang amat sedih dan sebak. Beliau telah meninggalkan kenangan-kenangan yang amat indah, sukar dilupakan serta rajin mendidik generasi-generasi baru tentang makna menjadi seorang intelektual - melalui imunya yang merentasi displin-displin ilmu. Beliau merendah diri meskipun pernah menjadi Timbalan Naib Canselor UKM, senang dengan mahasiswa tanpa mengira masa dan sifat-sifat sebegini sukar ditemui di kalangan tenaga akademik yang baru.

Namun memang sayang sekali, lazimnya orang yang seperti ini dianggap tidak berguna (atau sampah dalam politik universiti). Benarlah titah Sultan Azlan Shah, kadangkala umur persaraan 56 tahun adalah tidak memadai untuk dimanfaat kematangan para tenaga akademik, walhal ‘semakin tua warga akademia ini, semakin berisi ideanya’. Maaf, sebab itu saya fikir, warga universiti di Malaysia dewasa ini, termasuk di UKM, tidak lebih dari ‘seekor robot’ yang hanya menurut perintah.

Persoalannya, bagaimana budaya yang seperti ini – eksploitasi kuasa ke atas tenaga akademik yang senja - boleh membarah dalam dunia intelektualisme tanahair. Usia kontrak mereka ini ditentukan atas nilai sejauh mana ketaatan mereka sanggup untuk menjadi ‘seekor robot’. Dalam tradisi intelektual, ini sesuatu yang amat memalukan. Ya, mungkinkah YB Dr Shafie Salleh ada jawapannya?

 

Dr Shafie tidak konsisten
Cakap bin Bikin -

 

Seorang ahli politik biasa, menggunakan ayat yang tidak konsisten dengan kenyataan, kerana mereka mahu melihat kenyataan dalam konteksnya, bukan pada pandangan orang ramai.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Shafie Salleh, dalam Utusan Malaysia, 24 Ogos lalu, ketika mengulas mengenai ura-ura rombakan kabinet, dipetik sebagai berkata: “Saya ini jarang marah dan jarang hendak pijak atau bergesel dengan mana-mana pihak, kerana itu orientasi saya sejak dahulu.”

Kenyataan itu tentunya tidak konsisten dengan kebenaran kerana beliau secara jelas marahkan Naib Canselor UPM, Datuk Prof Dr Zohardie Bardaie dan mahukan beliau meletakkan jawatan.

Dr Shafie juga bergesel dengan Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Zulkifli Mohd Ghazali sehingga menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat salahlaku Naib Canselor itu, kononnya melakukan penyelewengan dan menyembunyikan beberapa perkara.

Kebanyakan ahli politik, khususnya di kalangan Pemuda mengetahui yang Dr Shafie juga bergesel dengan Setiausaha Parlimen, Datuk Dr Adham Baba, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Yahya Nordin dan Pengerusi Biro Pendidikan Umno, Ikmal Hisham.

Selain itu, beliau juga dikatakan tidak sehaluan dengan rakan kabinetnya seperti Datuk Mustapa Mohamad dan Datuk Dr Jamaluddin Jarjis. Menurut kisahnya, ini kerana Dr Shafie terlalu percaya nasihat isterinya, Datin Profersor di KUIM.

Oleh itu, kenyataan Menteri ini seakan-akan mengiyakan pantun popular yang diperkenalkan oleh Usman Awang dan pernah dibaca oleh Dr Zohardie: ‘Siakap gelama ikan duri, bercakap bohong bolehkah jadi Menteri.’

Memang bercakap bohong boleh menjadi ahli politik kerana banyak ahli politik sanggup menggunakan agama demi menjayakan apa sahaja rancangannya.

Ahli politik yang terhormat, mestilah seseorang yang konsisten dalam pengucapan dan amalannya, seperti diperlihatkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pak Lah telah memperlihatkan contoh yang jelas. Misalnya, apabila beliau bercakap mengenai pentadbiran yang bersih dan politik yang sihat, maka beberapa orang yang terbabit dalam kes rasuah telah dihadapkan ke mahkamah.

 

Masa depan universiti tempatan malap
Graduan Sains Politik IPTA -


Berita penamatan perkhidmatan profesor sains politik Dr P Ramasamy daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) amat mengecewakan saya sebagai rakyat yang cintakan kebebasan akademik dan juga bekas mahasiswa jurusan sains politik.

Ini membuktikan kepada kita semua bahawa regim baru pimpinan Abdullah Badawi adalah teruk daripada Dr Mahathir Mohamad.

Implikasi buruk yang bakal dihadapi oleh rakyat ialah negara kita sedang menuju kepada zaman kegelapan seperti yang dialami oleh umat Eropah satu ketika dahulu yang menutup segala pintu kebebasan akademik.

Dengan pemecatan Ramasamy ini, saya akan membatalkan kemasukan saya dalam program sarjana di sebuah universiti tempatan dan sebaliknya menyambungkan pengajian di luar negara sebagai lambang protes.

 

UKM’s Ramasamy sacking most puzzling
Tim Bunnell -

 

I refer to the report UKM terminates top academic

In a globalising world of rapid obsolescence, academia is surely one space in which the wisdom that only comes with experience and seniority must continue to be valued. As such, I think it is commendable that public universities in Malaysia have made it possible for academic contracts to be extended beyond the age of 56.

This enables the retention of senior scholars, or at least those whose energies are directed towards intellectual pursuits rather than improving their golf.

I was therefore puzzled to read about the recent termination of Professor P Ramasamy’s contract at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). To me, as a junior academic, Rama is something of a role model.

This is a scholar whose internationally-published work is theoretically-informed and engaged with current debates in his field; this is an activist whose research is not confined to the ‘ivory tower’ but who contributes to social and public policy both in Malaysia and overseas.

He is a public intellectual whose views and expertise have been sought in efforts to resolve some of the most complex (geo)political conflicts of our time, most notably in Aceh and Sri Lanka.

And let us not forget, this is a teacher who has been, and remains, a mentor to innumerable students and young researchers – the critical thinkers and actors of the future.

Based as I am in an academic institution outside of Malaysia, I am in no position to evaluate suggestions of favouritism or ‘cronyism’ in the selection of senior professors for contract extension at UKM or elsewhere. 

But as a researcher of Malaysia myself over the past decade, I have met few scholar-activists whose place is more urgently needed in academia today than professor P Ramasamy.

 

The bumiputra academic’s dilemma
Wan Sou Hai -


In ‘M'sian academia must gnaw on its political leash’ (May 15), Prof P Ramasamy argued that the academic community should play a more pro-active role and engage in such political discourses as may be necessary to de-hegemonise the present ideological and political system and expose its unequal and unjust manner of control and domination.

 

At the same time he conceded that a particular academic's "response to deal with these will be determined by what is termed as our prevailing mental map - that is how we interpret and analyse the events in the backdrop of our political and ideological socialisation over the years."

In the light of this, I ask whether, between a bumiputra and the non-bumiputra academic, there can exist a common view on the necessity to oppose (say) politics of racial hegemony?

 

A non-bumiputra academic's view, like that of the writer, is probably straightforward - a colour-blind absolutism that any form of racial discrimination or its corollary, hegemony is wrong.

 

But what about a bumiputra academic intellectual's position? He is often in a dilemma.

 

In the first place, he probably had the opportunity to attain his academic qualifications and position by reason of the affirmative or, as the writer would have it, hegemonic policies. How could he then, as beneficiary, oppose the policies that patently benefited his community, and him personally? From whence is the objectivity to come from?

 

At the far reaches of his mind, he understands the feelings of those reversibly discriminated by these policies. He may even have a gnawing discomfit in the thought that although the target group is intelligent yet these policies have presumptively determined them disadvantaged and unable to achieve parity without assistance. He wonders about the psychological impact.

He may, as an intellectual, understand deep down that the fundamental challenge any person faces in life arises not from his racial condition, but from our common human condition.

 

Because we share this problem of human condition that may be same in essentials but different only in details, we should try to transcend racial and cultural differences, to forge a mutual empathic understanding of our respective experiences and travails, and confront the challenges of existence together from common perspective, in unity and not across racial and cultural boundaries.

 

Yet - here is the paradox - how does he discard the immediate personal benefits of such policies and counter them based on the deeper existential view for benefit of all in long term?

 

As with academicians, so the same argument here applies mutatis mutandis to politicians in respect to hegemonic political policies.

To the writer, I would of course ask how our local academics can effectively play a role to counter hegemonic order when they themselves are divided as a result of such order in prior existence itself? They may as well continue researching further knowledge which does not lead to a political practice that makes a difference, but make a difference to their promotions up the academic hierarchy.

Send instant messages to your online friends http://asia.messenger.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Islam and the west Islam koran Different religions beliefs
Islam Divine inspiration


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke