RASULULAH S.A.W MENYAMPAIKAN DAKWAH SECRA TERUS-TERANG.
RUJUKAN: FIQH AL-HARAKAH DARI SIRAH NABAWIYYAH, OLEH HAJI ABDUL HADI
AWANG, 1988, DPF, JILID 1

Berterus-terang itu bukanlah maknanya membawa hakikat Islam dengan
cara meliarkan orang daripada Islam dengan kekerasan tanpa pedoman.
Bukan juga kita menyembunyikan kenyataan yang ada di dalam al-Quran
tetapi mestilah disampaikan kenyataan dan ajaran yang sempurna,
merangkumi segala hakikat aqidah dengan sejelas-jelasnya.

Berbagai langkah diambil oleh Musyirikin Makkah untuk menghalang
dakwah Islamiyyah di antaranya:
•       Sendaan dan penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w. seperti fitnah
mengatakan pembohong, gila, ahli sihir, pemecah belah masyarakat
bertujuan melumpuhkan kepercayaan orang-orang Islam dan menghilangkan
kepercayaan orang bukan Islam.
•       Cuba mengelirukan ajaran Islam dengan menimbulkan dakyah palsu
seperti ajaran Nabi Muhammad s.a.w. berlainan dengan ajaran
nenek-moyang dan berbeza dengan ajaran agama terdahulu. Malah mereka
menuduh al-Quran sebagai rekaan dan dongeng semata-mata.
•       Mengemukakan tawaran bertolak ansur dengan Rasulullah s.a.w. supaya
mengakui kebatilan mereka atau mendiamkan diri terhadap kebatilan
mereka. Umpamanya mereka mencadangkan Rasulullah s.a.w. menyembah
tuhan mereka dan mereka pula bersedia menyembah Tuhan yang disebut
Rasulullah s.a.w.
•       Melakukan kezaliman terhadap Rasulullah s.a.w dan penganut Islam
dengan berbagai tindakan termasuklah tindakan cuba membunuh Rasulullah
s.a.w.
•       Menggoda dengan janji-janji kesenangan dunia seperti pangkat, harta
dan wanita.

Bukanlah kerja Islam berdamai dengan tasawwur jahiliyyah yang ada di
atas mukabumi ini kerana jahiliyyah tetap jahiliyyah dan Islam tetap
Islam. Walau apa pun namanya Komunisme, sosialisme dan apa-apa bentuk
isme-isme yang lain. Mereka mengambil sistem-sistem, peraturan dan
undang-undang, adapt resam dan sikap menilai sesuatu di dalam
kehidupan dari sumber yang lain daripada sumber Ilahi. Islam tetap
dengan peranannya menyelamatkan manusia dengan memindahkan mereka dari
jahiliyyah kepada Islam.

Inilah makna berterus-terang yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
sehingga menggoncangkan seluruh struktur jahiliyyah di Makkah kemudian
seluruh Semenanjung Arab dan akhirnya seluruh dunia.

Seringkali berlaku di kalangan pendokong organisai Islam hari ini,
mereka yang lemah iman terperangkap di dalam pujuk rayu yang
menyebabkan lupanya kepada kekuatan dan pertolongan Allah SWT, lalu
mengadakan uslub yang terlalu longgar mengenai pergantungan kepada
aqidah dan berselindung disebalik perkataan hikmah sehingga meletakkan
sebab-sebab kemanusiaan mengatasi anasir Rabaniyyah di dalam
menjayakan cita-cita dakwah Islamiyyah. Seterusnya mereka hanyut ke
dalam arus dan akhirnya mendapat kedudukan dan mencari keridhaan
makhluk dengan memilih jalan yang difikir mudah kononnya untuk
kepentingan Islam.

Wallah hu a'lam….

-- 
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan
Seluruh Alam"

Pak Ngah
http://pakngah70.blogspot.com/


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke