Tokoh-tokoh sezaman payah hendak berkawan
Lebih-lebih lagi payah hendak memuji satu sama lain
Kalau bertemu pun secara kebetulan bukan sama-sama
perlu-memerlukan
Kerana biasanya satu sama lain hasad dengki
kecuali mereka yang bertaqwa kepada Tuhan

Tokoh-tokoh itu tidak kira apa bidangnya sekalipun mereka ulama
Mereka kalaupun dapat pujian oleh orang yang datang kemudian
Kerana orang yang datang sebagai generasi kemudian
mereka tidak dapat cabaran
Bahkan memuji tokoh sebelumnya dia dapat untung pula
kerana mengisytiharkan dia ada pengetahuan
Dia tidak ada penyakit hasad dengki tapi ada penyakit
riyak dan megah
Sama-sama bersalah cuma kesalahan itu tidak sama
Mazmumah tetap mazmumah, ia tetap Tuhan murka dan benci

Begitulah budaya manusia kebanyakan setiap generasi
Begitulah berlaku kepada manusia bila tidak takutkan Tuhan semesta
Puji-memuji di masa hidupnya sesama tokoh jarang berlaku dan terjadi
Kecuali kalau tokoh itu sudah mati
Begitulah berlaku kepada Imam Shafie dan Imam Ghazali
dan lain-lain lagi


Yang memuji ialah tokoh-tokoh atau ulama-ulama yang selepasnya
Kalau ada pun yang mencaci selepasnya sedikit sekali
Kecuali musuh-musuh Islam yang iri hati
Serta Kristian dan Yahudi

Nukilan:Ust Hj Ashaari Muhammad

13.6.2005
Selepas Zuhur   



Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke