PENGKLASAN AL-HADITH
Rujukan : Ulum Hadith STPM, Joni Tamkin Borhan & Che Zarina Shaari
B.A, M.A. Syariah (UM).

Hadith boleh diklaskan dalam 2 jenis iaitu:
1.      Hadith al-Mutawatir
2.      Hadith al-Ahad

HADITH MUTAWATIR

Mutawatir dari sudut bahasa bermakna berturut-turut. Dari sudut
istilah ia bermakna hadith yang diriwayatkan oleh sebilangan
besar(ramai) periwayat pada setiap Tabaqat(tingkatan) dan tidak
diterima akal dan adat yang mereka berkomplot memalsukan hadith
berkenaan atau berdusta ke atas Rasulullah s.a.w. Syarat ini mesti
dipenuhi di sepanjang rantaian(sanad) daripada asal periwayatan
berkenaan hinggalah ke akhirnya(kepada periwayat terakhir yang
menyalin hadith secara rasmi ke dalam kitab hadith).

SYARAT-SYARAT HADITH MUTAWATIR

1.      Hadith itu hendaklah diriwayatkan daripada sekumpulan periwayat
kepada periwayat yang lain berdasarkan tangkapan pancaindera iaitu
hasil daripada pendengaran atau penglihatan sendiri. Umpamanya kata
mereka, "Kami mendengar…" atau "Kami melihat…" atau "Kami merasa…"
2.      Jumlah periwayat dalam setiap tabaqat mencapai bilangan yang
menurut akal atau adat, ahli-ahli hadith berbeza pendapat tentang
bilangan periwayat yang mencapai had mutawatir pada setiap tabaqat
seperi berikiut:
•       4 orang periwayat
•       5 orang periwayat
•       10 orang periwayat
•       11 orang periwayat
•       20  orang periwayat
•       40  orang periwayat
•       70 orang periwayat
•       313  orang periwayat
Pendapat yang Rajih ialah bilangan periwayat di dalam setiap tabaqat
mestilah menurut akal dan adat , mustahil merteka berdusta ke atas
Rasulullah s.a.w.

3.      Terdapat perseimbnagan jumlah periwayat dalam setiap tabaqat. Dalam
kes sesebuah hadith yang diriwayatkan oleh 10 orang sahabat telah
diterima oleh 5 orang Tabi'in dan seterusnya diterima 2 orang Tabi'
Tabi'in, maka hadith itu tidak boleh diklasifikasikan sebagai hadith
mutawatir.

KLASIFIKASI HADITH MUTAWATIR

1.      Mutawatir lafzi(pada perkataan)
2.      Mutawatir Ma'nawi

Hadith Mutawatir Lafzi

Hadith yang diriwayatkan secara mutawatir oleh para periwayat pada
setiap tabaqat dengan lafaz dan makna yang sama. Misalnya hadith yang
dikelurkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada riwayat Abu Hurairah
r.a. daripada Rasulullah s.a.w. bermaksud " Sesiapa yang membuat
pendustaan ke atasku dengan sengaja, maka sedilah tempat duduknya
dalam neraka".
Hadith tersebut diriwayatkan oleh 62 orang sahabat dengan sama 
susunan dan maknanya. Hadith begini bilangannya sangat sedikit.

Hadith Mutawatir Ma'nawi

Hadith yang diriwayatkan secara mutawatir pada setiap tabaqat secara
maknanya sahaja. Sebaliknya para periwayat tersebut menggunakan lafaz
yang berbeza. Umpamanya hadith yang berkenaan dengan mengangkat tangan
ketika berdoa. Hadith ini telah diriwayatkan lebih daripada 100 hadith
dengan lafaz yang berlainan tetapi mempunyai persamaan dari sudut
makna dan pengertiannya. Antaranya ialah hadith yang diriwayatkan oleh
imam Ahmad, al-Hakim dan imam Abu daud yang bermaksud "Adalah
Rasulullah s.a.w. mengangkat kedua-dua tangannya(ketika berdoa)
sehingga ke paras bahu"

Hukum Hadith Mutawatir

Ahli-ahli hadith telah sepakat memutuskan bahawa kedua-dua hadith
Mutawatir Lafzi dan Ma'nawi melahirkan ilmu pengetahuan yang
meyakinkan, wajib beramal dengan hukum di dalamnya dan kufur kepada
sesiapa yang mengingkarinya.


(HADITH AHAD AKAN DISAMBUNG PADA ARTIKEL AKAN DATANG)

-- 
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan
Seluruh Alam"

Pak Ngah
http://pakngah70.blogspot.com/


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke