PENGKLASAN AL-HADITH (SAMBUNGAN) Rujukan : Ulum Hadith STPM, Joni Tamkin Borhan & Che Zarina Shaari B.A, M.A. Syariah (UM), (m/s 107-135)
Hadith boleh diklaskan dalam 2 jenis iaitu: 1. Hadith al-Mutawatir 2. Hadith al-Ahad HADITH AHAD Dari sudut bahasa, Ahad bermaksud satu. Dari sudut istilah(terminology), Hadith Ahad bermakna hadith yang bilangan periwayatnya tidak mencapai bilangan hadith Mutawatir. Hukum Hadith Ahad 1. Boleh diterima sebagai hujah syarak jika didapati periwayatnya mempunyai syarat-syarat penerimaan yang cukup. Sebaliknya, hadith itu tidak boleh diterima sebagai hujah jika tidak memenuhi syarat-syarat penerimaan tersebut. 2. Menurut sesetengah ahli hadith, hadith ini hanya boleh dipakai dan wajib beramal dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan fardhu seperti ibadat dan kafarat tetapi tidak boleh dipakai dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aqidah kerana perkara-perkara yang berkaitan dengan aqidah mestilah berasaskan dalil qat'i. Klasifikasi Hadith Ahad 1. Hadith Masyhur- Dari sudut bahasa, masyhur bererti ramai. Hadith Masyhur ialah hadith yang diriwayatkan oleh tiga atau lebih orang periwayat atau sehingga boleh dianggap mutawatir. 2. Hadith Aziz- adalah hadith yang diriwayatkan oleh dua orang riwayat sama ada dalam satu tabaqat atau beberapa tabaqat sanad. 3. Hadith Gharib- hadith yang diriwayatkan oleh seorang periwayat sahaja. HADITH SAHIH, HASAN DAN DA'IF Secara ringkasnya hadith sahih, hasan dan daif ialah : 1. Hadith Sahih ialah hadith yang diriwayatkan oleh periwayat-periwayat yang adil dan dabit(mempunyai ketepatan dangan ingatan yang kuat), sementara sanadnya(periwayatnya) pula hendaklah bersambung-sambung serta tidak cacat (illah) dan tidak syaz(janggal) yang bermula dari awal sanad hingga akhir. 2. Hadith Hasan ialah hadith yang bersambung-sambung sanadnya dari awal ke akhir, periwayatnya bersifat adil tetapi kurang sifat dabitnya, tidak terdapat illah dan syaz pada matannya. 3. Hadith da'if ialah hadith yang tidak memenuhi syarat-syarat qabul bagi mencapai taraf hadith Sahih dan Hasan. -- "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan Seluruh Alam" Pak Ngah http://pakngah70.blogspot.com/ ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
