u are right Carls, biarkan mereka terjun dgn labu2nya....kot2 Mr Ananda Krishnan dan bangsa Cina lain mau tlg lemparkan pelampung plak kat diorang....mcm2 hal, mcm2 peristiwa dah berlaku, tapi yg satu ni susah nak berubah, iaitu perangai memburuk2an org Melayu yg nak berjaya, apa saja yg bangsa sendiri cuba buat mesti ada salah...x salah kot sini, salah kot sana...tapi x pernah perfect la kita bangsa Melayu ni...yg perfect pada diorang bangsa lain...macam la bangsa lain tu elok sgt cara derang nak berjaya pun....ntah2 ananda krishnan tu bkn gelak tgk mawi & af3, tapi gelak tgk org Melayu yg cuba jatuhkan melayu yg lain....suka hati korang la....

"carl s"@yahoo.com wrote:
salah satu kelemahan orang melayu yang anda dengan bangganya war-warkan
ialah, SIFAT YANG ANDA BERDUA TUNJUKKAN !  saya tak da masa nak taip
panjang2, cukuplah sekadar anda baca ulasan yang banyak berkaitan kenapa Tok
Guru Nk Aziz jatuh hati pada MAWI dan mengajak beliau berhibur secara
dibenarkan dalam islam ke Kelantan...

Nilai diri anda sendiri siapa, Tok Guru siapa ? dan baca juga pandangan
orang terkenal seperti Zurinah Hassan (jawapan kepada Astora JB) dan  ramai
lagi...

peduli apa dengan Ananda Khrishnan dan orang Cina lainnya, sekaya dan
serajin mereka pun, mereka tetap tak beriman !!!!  Harta dunia bukan kekal
lama ! Hidup di dunia pun sementara, yang kekal abadi alam akhirat....
Pastikan anda mengejar akhirat, insyaallah Dunia akan kejar anda atau cari
anda !  yang penting buat apa pun mesti IKHLAS (itulah yang Allah kira!)

Dan jangan asyik nak memburukkan orang lain, melayu macam anda memang
ramai... sepatutnya anda berusaha cari jalan menyumbang usaha dan tenaga
atau buah fikiran  bagaimana mengatasi masalah sosial ini.... yang seperti
anda senaraikan itu.

tanya diri sendiri, apa yang telah aku buat setakat ini untuk membantu ?
orang seperti anda yang memang ramai... hanya tahu menyalah, mengalah dan
mengeluh.....

fahami kenapa nabi berpesan :" Didik anak kamu ikut zaman dia hidup, bukan
ikut cara di mana zaman kamu dibesarkan " :   Formula mengatasi berbagai
masalah perlu sentiasa berubah dan disesuaikan mengikut peredaran masa.....

Islam suka yang bersederhana.....  sebelum kes MAWI , kenapa anda tak
bising2 pun ?




>From: Ahmad Fadzli Reply-To: [email protected]
>To: [email protected]
>Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] AF3 tetap haram, Mawi tetap tertipu
>dengan fitnah dunia
>Date: Thu, 1 Sep 2005 20:05:58 -0700 (PDT)
>
>  MEMANG MELAYU ISLAM MUDAH LUPA.....
>
>  Kita merasa kesal dgn fenomena yg melanda Umat Islam
>di negara Islam Malaysia akhir2 ini; semakin lama
>semakin [EMAIL PROTECTED]
>  Contoh yg nyata betapa mudahnya Umat Islam di
>malaysia ni yg majoritinya Melayu , begitu mudah
>'dipukau' oleh sekumpulan anak2 muda yg majoritinya
>Melayu beragama Islam ; hinggakan menjadi ikutan;
>perbualan harian; gilakan Mawi , gilakan si anu; dan
>lain2...Bukan saja diluar bangunan bahkan di Pejabat2
>K'jaan & Swasta pun ; org2 Melayu ni asyik bercerita
>ttg AF - topik perbualan hangat sepanjang hari; dari
>pagi ke petang, ditambah dgn menonton video Klip AF yg
>didownload ke PC,sampai terlajaklah Solat Zuhur lalu
>'dihimpunkan ke Asar' ....menghamburkan puji2an kepada
>Mawi kerana Mawi w/pun menyanyi , World2 jugak , Mawi
>alim ,sembahyang , ......
>Apakah matlamat menghalalkan cara..?????????
>
>  MEMANG MELAYU ISLAM MUDAH LUPA..........
>
>  Ananda Krishnan & bangsa cina di negara ini pasti
>ketawa besar melihat gelagat hodoh Org Melayu Islam
>ni.
>Semasa 'demam ' AF kononnya ; kedai2 & restoran yg
>siar AF secara 'live' menjadi tumpuan ramai, tua &
>muda;yg awal2 lagi dah sampai utk booking tempat .
>
>  TETAPI masjid & surau tetap kosong , cuma kelibat
>beberapa org muka yg sama setiap hari.
>
>  Apakah sudah hampir benar HARI KIAMAT itu..??????
>
>  Kita tahu salah satu tanda2 hampirnya kiamat -
>Hiburan menjadi satu kemestian , penyanyi2 menjadi
>pujaan, bertambahnya penyanyi2 wanita....ajaran agama
>& halal-haram tidak lagi menjadi keutamaan....seruan
>azan tidak dipedulikan..
>
>  Sedihnya kita melihat diri kita & bangsa kita .....
>
>  Sama2 lah kita bermuhasabah diri kita ; sudahkah kita
>menyempurnakan segala perintah Allah & hak Allah ???
>
>  Ingatlah....setiap hari kita melafazkan : ' AKU
>BERSAKSI TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH ; DAN AKU
>BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH' ...
>
>  Saya berasa segan & malu dgn seorang kenalan mualaf
>berbangsa Cina ; yg sembahyangnya lebih khusyuk dari
>kita ; pengetahuan & ibadat agamanya lebih banyak dari
>kita yg sedia ISLAM sejak dilahirkan. Barangkali jika
>dia melihat perlakuan umat Islam di negara ini sejak
>akhir2 ini ; mungkin dia berasa kesal memeluk agama
>Islam ..........
>
>  KAJIAN MENUNJUKKAN LEBIH DARIPADA 90% DLM PERKARA2
>BERIKUT ADALAH DILAKUKAN / MELIBATKAN OLEH ORANG
>MELAYU BERAGAMA ISLAM.
>
>  * Skinhead , punk , black-metal dll
>  * Seks bebas, rogol , rogol mahram ,
>  * Bercouple2 ditempat gelap
>  * menonton konsert percuma spt Sure Heboh , Ambang
>    Kemerdekaan , dsb..
>  * Menagih dadah , hisap gam
>  * Lumba motor haram - rempit
>  * bergaduh di sekolah
>  * lari dari rumah ; ikut boyfriend
>  * Melepak sambil usik awek / main gitar kapok
>  * Pegawai2 kerajaan/penguatkuasa yg menerima RASUAH
>  * TUKAR AGAMA. ( peratus bangsa lain bertukar ke
>    Islam adalah rendah berbanding Melayu tukar ke
>agama
>    lain.. !!!!!!)
>  * dan berbagai fenomena lain.......
>
>  INGATLAH !!!! ISLAM TIDAK PERNAH MENERIMA KONSEP : '
>MATLAMAT MENGHALALKAN CARA ' Apa yg haram , tetap
>haram !!!
>
>  SEMEMANGNYA MELAYU ISLAM MUDAH LUPA...
>
>  Renungkanlah........
>
>
>
>--- [EMAIL PROTECTED],
>[EMAIL PROTECTED] wrote:
>
> > "Tsunami telah melanda. Ramai yang mati. Jerebu juga
> > sudah melanda. Ramai yang sakit. Akademi Fantasia
> > sudah dilanda. Mawi juga yang tertipu.
> >
> > Jika hendak diikutkan pendapat, soal mencarut,
> > menghina, mengadu domba, memberi pendapat adalah
> > satu lumrah kepada kita manusia yang suka
> > bercakap-cakap. Masakan Rasulullah tidak bersabda,
> > ramai yang masuk neraka kerana lidah yang lembut.
> > Kerana mulut, nanti kita juga yang terseksa di dalam
> > api neraka yang jahannam.
> >
> > Perhatian rakyat Malaysia yang terlalu menumpukan
> > perkara yang tidak sepatut diberi penumpuan telah
> > menjadi perkara biasa dan ini telah dapat dibaca
> > oleh ahli-ahli politik yang ingin mengekalkan kuasa.
> > Benda yang remeh dan tidak mengancam kepada
> > kesihatan negara perlu dijadikan besar,
> > sebesar-besarnya seakan akan menghancurkan negara
> > yang dicintai. Pelik lagi ajaib, masih ramai rakyat
> > yang ditipu bulat bujur dengan isu yang sebenarnya
> > tiada isu langsung untuk dipaparkan pada khazanah
> > orang yang suka membuat isu.
> >
> > AF3 Mawi. Unicorn. Ahli Kelab Mawi. Mereka ini jika
> > tidak wujud, akan mundurkah rakyat Malaysia? Akan
> > porak perandakah sistem kerajaan kita yang berada
> > dalam naungan wang?
> >
> > Jika Mawi menang sekali lagi AF4 pula, akan turunkah
> > harga minyak petrol negara? Akan terwujudkah hukum
> > Islam dibumi Malaya, Sabah dan Sarawak ini? Akan
> > dinaikkan kembalikah Khalifah Islam yang sepatutnya
> > adalah fardhu ain kepada setiap Muslim untuk bekerja
> > mewujudkan kembali kepimpinan Islam?
> >
> > Inilah sebenarnya yang ingin saya ketengahkan kepada
> > rakyat marhain. Isu yang sepatutnya tiada,
> > disebabkan telah dijadikan isu, perlulah juga dibuat
> > isu untuk menutup kembali isu yang sepatutnya tiada
> > di dalam kamus rakyat Malaysia yang suka berisu-isu.
> > Sehinggakan pemimpin-pemimpin gerakan Islam pun ada
> > yang termakan dengan isu-isu yang tah apa-apa tahlah
> > itu.
> >
> > Tidak perlu sepatutnya kita hendak mengucapkan
> > tahniah kepada Mawi kerana telah menjadi johan dan
> > juara AF3. Sepatutnya kita mengucapkan takziah
> > kepada beliau kerana telah gagal dalam cubaan yang
> > Allah turunkan kepada beliau dengan keseronokan di
> > dunia. Beliau sepatutnya bertaubat nasoha dan
> > beristighfar banyak-banyak kerana telah melakukan
> > dosa yang besar dan juga telah menanggung dosa
> > tempias peminat-peminatnya yang telah leka kerana
> > terlalu berkenankan kepada beliau. Meninggalkan
> > solat. Pada Syafie ianya dosa yang melampau-lampau
> > besarnya. Pada Hanafi, murtad! Tidak kiralah dia
> > malas atau pemalas solat. Berduduk-duduk dan
> > bersama-sama perempuan bukan mahram. Haram! Untuk
> > menghapus kembali dosa, bukan setakat bertaubat
> > sorang-sorang, tetapi kena menyatakan dengan lantang
> > kepada seluruh rakyat Malaya, Sabah, Sarawak,
> > bahawasanya Akademi Fantasia itu adalah haram dan
> > selama-lamanya haram. Buat satu 'press statement'
> > dan hebahkan kepada seluruh rakyat Malaya, Sabah,
> > Sarawak yang
> >  sebenarnya konsert yang dihadiri oleh
> > peminat-peminatku tempoh hari adalah haram dan
> > peminatku wajib untuk bertaubat nasoha. Benci kepada
> > AF dan tidak akan mengulangi perbuatan.
> >
> > Jangan hendak ditipu sehingga lapan ratus kali wahai
> > umat Islam. Bunga-bunga kata Mawi seorang yang
> > reformis lagi Islamis hanyalah episod ulangan
> > Syarifah Aini yang berkelulusan 4 senawi ingin
> > melanjutkan pelajaran ke Al-Azhar ketika menjuarai
> > kejohanan lagu RTM 70-an dahulu. Jangan hendak
> > mengulang kata Mawi itu tukang azan padahal Nash
> > Lefthanden adalah johan membaca lagu Al-Quran yakni
> > juara Qori, lagilah hebat. Semua ini adalah episod
> > ulangan yang diulang tayang oleh perosak-perosak
> > Islam yang niatnya semata-mata hendak menjustifikasi
> > untuk menghalalkan benda yang terang-terangan haram.
> > Tiada isu yang perlu dikupas, walau pemimpin kita
> > terlepas kata hendak menjemput Mawi ke Kelantan,
> > namun sebenarnya tiada faedah kita mengulangi
> > tersekongkol dengan agenda-agenda manusia yang
> > jahat. Tiada faedah juga bekas ketua Pemuda hendak
> > bermain isu Mawi kerana pada firasat politik negara,
> > ianya tiada isu baik untuk golongan belia begitu
> > juga dengan golongan tua untuk menaikkan nama Islam
> >  pada dada umat belia Islam yang telah sesat jalan
> > mencari kedamaian yang palsu.
> >
> > Hentikanlah isu ini wahai umat Islam. Hentikanlah.
> > Dan bertaubatlah kepada Allah SWT kerana perbuatan
> > dosa kita ini. Bertaubatlah Mawi. Jangan engkau
> > tersesat seperti tersesatnya orang-orang yang
> > tersesat kerana sesungguhnya laluan kamu ini
> > terang-terangan sesat lagi menyesatkan. Ikhlas dari
> > saya hamba Allah bernama Mazwandi, ingin memujuk
> > iman saudara Asmawi, bertaubatlah kamu wahai sahabat
> > seIslamku.
> >
> >
> >
> > ---------------------------------
> >  Start your day with Yahoo! - make it your home page
>
>
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around
>http://mail.yahoo.com
>
>
>

_________________________________________________________________
Get your mobile ringtones, operator logos and picture messages from MSN
Mobile http://msn.smsfactory.no/



Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke