assalamu'alaikum..

Saya tidak pasti samaada tulisan nih sudah disebarkan di sinie atau 
belum.....tulisan nih baik untuk difikir2kan..dan relate jua dengan 
isu mawi......

syukran..;o)

TREND MENGURANGKAN RASA BERDOSA 

Saya benar-benar kebingungan. Bagi seorang yang hidup 11 tahun di 
perantauan, kembali ke Malaysia di era seperti hari ini, memang 
membingungkan. Semasa di Ireland, saya sudah mendengar tempias 
American Idol yang sesekali menghiasi dada akhbar Irish Independent 
dan lain-lain. Talk of the town kadangkala diisi dengan isu siapakah 
yang sepatutnya mewakili Ireland ke acara Eurovision Contest yang 
sememangnya tempat pertama pertandingan itu sinonim dengan penyanyi 
dari Ireland zaman berzaman khususnya penyanyi seperti Johnny Logan. 
Namun ia hanya acara biasa. Kerja-kerja harian orang ramai 
berlangsung seperti biasa... tiada yang luar biasa. 

Saya terkasima semasa bersiap-siap untuk pulang ke tanah air for 
good, ketika membaca pengumuman nama Rais Yatim diberikan peranan 
sebagai Menteri Kebudayaan kabinet Pak Lah yang baru. Hairan bin 
Ajaib, apa yang saya kenal tentang Rais Yatim, menimbulkan tanda 
tanya. Mengapakah seorang menteri yang begitu genius khususnya dalam 
hal ehwal berkaitan undang-undang, tiba-tiba ditempatkan sebagai 
menteri di sebuah kementerian yang menguruskan hal ehwal zapin dan 
joget, pesta budaya dan orang filem Malaysia yang sering berbalah 
sesama sendiri. Adakah ini menjadi langkah ke arah memandulkan 
politik Rais Yatim? 

Namun, kehairanan saya terjawab apabila saya membaca temuramah 
bersama Rais Yatim di akhbar The Star bersama HL Wong [17 April 2004] 
di bawah tajuk "Stop `Arabising' Malay Culture" atau "Berhenti 
MengArabkan Budaya Melayu". Tegasnya, temuramah itu menggambarkan 
misi Rais Yatim yang mahu mengembalikan semula identiti Melayu yang 
padanya telah terpadam oleh proses Islamisasi yang diterjemahkannya 
sebagai Arabisasi. Antara budaya Melayu yang mahu ditonjolkan kembali 
adalah budaya tari menari. Orang Melayu tak mungkin dapat dipisahkan 
daripada tari menari kerana ia telah mendarah daging di dalam tubuh 
kita, tegas beliau. 

Nampaknya apa yang dinyatakan oleh beliau benar-benar terealisasi di 
dalam masyarakat kita. Usahlah pergi jauh, kampung saya sendiri telah 
terasa kesannya. Seingat saya, kali terakhir kampung saya dihiruk-
pikukkan oleh Joget Lambak ialah semasa saya masih di bangku sekolah 
rendah. Itu bererti Joget Lambak telah pupus di kampung saya semenjak 
20 tahun yang lalu. Tetapi pupusnya Joget Lambak bukanlah kerana 
kampung saya telah diArabkan seperti bangsa Sudan. Bangsa Sudan 
membuang bahasa asli mereka dan mengambil sepenuhnya Bahasa Arab 
sebagai bahasa pertuturan mereka. Kampung saya masih 
pekat 'kome', 'mike' dan sambal belacannya. Namun yang pasti, apabila 
masjid makin ramai yang datang, perempuan makin ramai yang tutup 
aurat, emak ayah makin gemar menghantar anak ke kelas fardhu 'ain, 
maka dengan sendirinya Joget Lambak terketepi dan terhakis dari 
keMelayuan orang kampung saya. Tetapi saya kekal sebagai salah 
seorang daripada beberapa orang anak kampung yang reti Bahasa Arab. 

Tetapi, selepas 11 tahun saya meninggalkan kampung, saya dikejutkan 
dengan suatu pengalaman pahit di malam itu. Hanya beberapa ratus kaki 
dari rumah saya, kenduri kahwin jiran yang siang tadi diTahlilkan dan 
di'doa selamat'kan oleh Imam kampung, malam ni berjoget terlambak-
lambak. Berdentam-dentum dram dan gitar, anak-anak muda terloncat-
loncat dan lebih mendukacitakan saya, ia berlaku bersebelahan masjid. 
Aduh... gelisah saya sepanjang malam di samping anak-anak saya yang 
tidak boleh tidur akibat kebisingan mereka yang berlanjutan hingga ke 
tengah malam. Walaupun anak saya lahir di bandar yang penuh orang 
mabuk dan saling berbunuhan sesama sendiri (di Belfast), namun 
fitrahnya masih merintih kedamaian yang dibunuh 'orang kahwin' malam 
itu. 

RAKYAT KETAGIH HIBURAN 

Fenomena hiburan melampau sememangnya menakutkan saya. Kalau di 
Ireland, rancangan realiti TV mencari bakat baru berlangsung satu 
demi satu, tetapi di Malaysia, lima program berjalan serentak. Ada 
untuk remaja, ada untuk kanak-kanak, ada untuk ibu bapa dan ada juga 
untuk orang tua yang sudah senja. Lagu-lagu lama muncul kembali 
supaya jiwa rakyat yang hari ini telah beruban, terusik kembali untuk 
mengenang zaman remaja mereka di taman-taman bunga. Semua berhibur, 
semua berkhayal dan semua terbang ke cloud nine masing-masing. 

Iklan mesti menghiburkan, pendidikan mesti menghiburkan, ring tone 
telefon bimbit juga mesti berlagu hiburan, malah ceramah agama juga 
mesti ada unsur hiburan. Mana-mana agenda yang tiada unsur hiburan 
dengan sendirinya terpinggir. Kehidupan masyarakat kita 
sudah 'entertainment centered'. Segala keperluan hidup diarahkan 
kepada hiburan malah wang yang dicari dengan penat lelah, amat mudah 
ditaburkan kepada sms demi memenangkan idola masing-masing. Akhirnya 
terhibur menjadi tujuan hidup! Mana-mana yang tidak menghiburkan, 
tiada makna dan tiada nilai. 

Namun, mungkin akibat desakan kemahuan Islam yang masih ada nyawa, 
suara-suara menegur masih kedengaran walaupun tidak begitu 
diendahkan. Mufti berfatwa, pendakwah menegur, pemimpin mengeluh. 
Namun untuk berundur daripada dunia hiburan, jiwa sudah ketagihan. 
Bagai penagih yang keluar masuk pusat serenti, begitulah rakyat yang 
sudah ketagih hiburan. Sembahyang, sembahyang juga. Tapi kemudian 
kembali berhibur. Tarian dan lagu-lagu pathetic terus didendangkan, 
namun nama-nama Tuhan diselitkan jua. Akhirnya muncullah suatu trend 
baru dalam masyarakat kita di mana Islam menjadi kosmetik paling 
murah tapi laku. 

Persoalannya, salahkah berhibur? Tentu tidak salah... namun hiburan 
yang bagaimana? Mentor saya memberikan analogi yang menarik. Katanya, 
nasyid umpama iklan. Iklan yang berkesan adalah iklan yang berjaya 
meningkatkan penjualan produk. Tetapi jika yang dikenang hanyalah 
iklan dan kecantikan paras rupa modelnya, sedangkan barangan tidak 
terjual malah tersisih dari pasaran, maka iklan itu sudah tersasar. 
Produk yang diiklankan, pelakon iklan yang naik saham! 

Nasyid menjadi wadah 'mempromosikan' Islam dengan citarasa yang 
kontemporari. Nasyid bertujuan 'memperkenalkan' Tuhan. Namun bagi 
yang mendengar nasyid cintan cintun dan rap sampah sarap hari ini, 
berapa ramai yang 'membeli' Tuhan? Adakah cinta kepada Ilahi 
meningkat selepas menghayati nasyid seperti itu? Walaupun ada 
penyanyi wanita tergamak mengheret jubah dan tudung ke pentas tari 
menari, atau yang lelaki menyelitkan kalimah-kalimah Arab di celah 
caca merba nyanyiannya itu, persoalannya yang manakah yang laku? 
Adakah Islam semakin laku? Adakah Tuhan semakin dibesarkan? Amat 
pelik, jika nasyid itu kononnya mempromosikan Islam tetapi Islam 
tetap tidak laku di pasaran. Jika ia sebuah iklan, maka nasyid hari 
ini menjadi contoh iklan yang tidak berkesan. Iklan laku, barang tak 
laku. Nasyid laku, Tuhan tetap terpinggir dan dilupakan. 


APAKAH SEMUA INI? 


Inilah soalan yang membingungkan saya. Kita melihat bagaimana 
menyebut kalam-kalam iman seperti Insya Allah, Alhamdulillah, Syukur, 
Ameen dan lain-lain sudah menjadi seperti adat. "Semoga Tuhan 
memurahkan rezeki saya dalam bidang ini!", Tuhan mana yang 
mengurniakan kemurahan rezeki dalam bentuk maksiat dan kebinasaan 
jati diri? Kepada Tuhan manakah, si artis tadi berdoa? Habis, apa 
ertinya mereka yang berpenat lelah melawan hawa nafsu dan syaitan 
dalam kehidupan sedangkan dalam keadaan menaja maksiat, Tuhan masih 
mengurniakan kemurahan rezeki? Saya masih ingat bagaimana salah 
sebuah kumpulan ditemuramah oleh televisyen tentang rahsia kejayaan 
dan keyakinan diri mereka. Mereka menjelaskan bahawa mereka ada 
sejenis meditation. Apabila diminta membuat demonstrasi, mereka yang 
terdiri daripada beberapa lelaki dan seorang perempuan berpegangan 
tangan membentuk bulatan dan... AL-FATIHAH! Selepas itu ketua 
kumpulan membacakan doa sambil menadah tangan, memohon supaya Allah 
melindungi band mereka dari kekalahan dan mala petaka bahaya. 
Terpegun saya menontonnya. Wartawan tersebut pula mengucapkan syabas 
kerana walaupun kumpulan tersebut menyanyikan lagu kontemporari dan 
moden, tetapi masih tidak lupakan agama! 

Bingung saya memikirkan hal ini. Apakah sebenarnya kefahaman mereka 
tentang Islam? Adakah mereka benar-benar memaksudkan bahawa Allah, 
Tuhan Muhammad, Tuhan Abu Bakr, Tuhan Imam Syafie, adalah Tuhan yang 
sama boleh mengurniakan keredhaanNya kepada acara henjut-henjut 
mereka di dalam konsert tersebut? Apakah pelajar-pelajar Akademi 
Fantasia benar-benar percaya bahawa di alam bukan Fantasia, Allah SWT 
telah menghalalkan perlakuan mereka hanya kerana sebelum jamming, 
mereka memberikan salam? Seperti orang yang makan daging yang 
unknown, baca sahaja Bismillah dan baham! Lantaklah daging tu babi ke 
atau lembu mati dilanggar kereta, yang penting tadi Bismillah telah 
dibaca. Err... saya benar-benar kebingungan. 

Akhirnya, saya sampai kepada suatu kesimpulan. Saya terkenangkan 
kepada hadith riwayat Huzaifah, bahawa Nabi Muhammad SAW telah 
memperingatkan bahawa di akhir zaman, kebenaran itu masih bertahan 
tetapi bezanya dengan Islam di zaman silam ialah, Islam di akhir 
zaman ini berdebu, samar-samar dan berasap. Jika realiti di akhir 
zaman ini begitu, ini bererti Islam tidak boleh dinilai dengan 
pandangan mata biasa kerana di dalam suasana yang berdebu lagi 
berasap, dua biji mata di kepala ini akan kemerah-merahan, kabur, 
berair dan kelam penglihatannya. 

Sesungguhnya yang perlu dicelikkan demi mencari kebenaran di akhir 
zaman, adalah mata hati! Hati telah kenal Tuhan kerana dia datang 
dari Tuhan. Dia tahu di mana nilai kebenaran. Sebab itu Nabi Muhammad 
SAW menyuruh kita meminta pandangan hati dalam menilai kebenaran. 
Dosa itu adalah apa yang mendatangkan keresahan di hati dan kebaikan 
pula mententeramkan jiwa. Asalkan hati itu bersih, ia akan meilhat 
dengan pandangan Allah. Pandangan Allah itu adalah world view yang 
berasaskan tauhid. Tauhidic Mindset itu adalah suatu pandangan yang 
menilai kehidupan ini berasaskan pandangan Tuhan. Apa yang baik di 
sisi Allah, baiklah padanya, dan apa yang keji di sisi Allah, kejilah 
terhadap dirinya. Hakikat ini tidak dapat dicapai oleh mata kasar, 
namun yang perlu disuburkan adalah pada mata di hati yang kenal Tuhan 
dan tahu ke mana ia patut pergi. 

Oleh yang demikian, adanya rap dan pop yang dinasyidkan, adanya 
penari dan penyanyi yang bertudung dan berjubah, adanya juara Akademi 
Fantasia yang berlatar belakangkan agama, hanyalah kosmetik Islam. 
Kita masih mahu berhibur tetapi kita sedar yang kita sudah terlalu 
terhibur. Kita sedar hiburan kita sekarang adalah dosa. Maka dengan 
adanya kosmetik Islam tersebut ia dapat mengurangkan rasa berdosa. 
Sama seperti seorang artis yang pergi umrah. Menangis-nangis di depan 
Kaabah dan kemudian balik ke KL berdansa semula. Namun diceritakan 
kepada wartawan perasaannya semasa berumrah itu. Sedangkan tidak 
sedikit pun kemungkarannya yang ditinggalkan. Namun, dengan 
menggunakan hasil nyanyian itu untuk mengerjakan umrah, ia dapat 
mengurangkan rasa berdosa tersebut. Sama juga seperti orang yang 
menyamun harta orang lain, menipu dan menindas, kemudian sedekah 
sedikit hasil kerjanya itu kepada rumah kebajikan. Kurang sedikit 
rasa berdosa. 

Sedangkan apa yang saya belajar, apa yang Imam al-Ghazali tegaskan di 
dalam pengajarannya ialah: Membuat sesuatu yang tujuannya adalah 
untuk sekadar mengurangkan rasa berdosa sedangkan diri masih 
dibiarkan bergelumang dengan dosa, adalah DOSA YANG PALING BERDOSA! 
Allah.. selamatkan kami dari fitnah akhir zaman. 


@ ABU SAIF 

Cheras, Kuala Lumpur 

17 Ogos 2005 

yahoogroup..ingatan..


--- In [email protected], Mohamed Shahren wrote:
> Hissh kecohnya pasal Mawi ni....Apa teruk sangat dunia hiburan kat 
Malaysia tu?..Apakah semua yang mengkritik adalah bekas artis yang 
pernah melalui segala keburukkan dalam dunia hiburan?
> ...Kalau Mawi yg dibekalkan dengan ilmu agama yang baik dan 
sebagainya walau dimana(samada dunia hiburan atau sebaliknya) pun dia 
berada insya'allah jika tetap niat ikhlasnya akan dapat atasi apa jua 
rintangannya.
> Kesempatan harus diberi kepada sesiapa jua dan kita jangalah suka 
melabelkan seseorang hanya kerana sesuatu perkara yang kita sendiri 
tidak pasti akan kesudahannya.
> Mawi dan penggemarnya hendaklah menerima segala macam kritikan ini 
dengan tabah dan anggaplah ini semua sebagai kata2 nasihat dari 
abang2 dan akak2 yang prihatin.
> Kepada Mawi saya doakan agar dapat maju dan tercapai niat murninya 
itu tanpa melakukan apa jua perkara yang melanggar hukum2 agama,kena 
sentiasa check nafsu beb!
> Jangan mudah lupa diri dan prinsip2 agama......carik duit banyak2 
no problem beb tapi sedekah pun lebih2 jugak beb.
> Sekian semoga maju jaya semua anak sebangsa & seagama.
> 
> [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
> tu sbb la kita jgn cpt menghukum seseorg....kasi chance la kat 
dia...kalau suka dengar/tegk dia nyanyi...kalau x suka suruh diorang 
dok dendiam....bkn susah...bosan dengar org x abis2 mengkondem org yg 
cuba membaiki nasib....
> 
> [EMAIL PROTECTED] wrote: kita belum tahu, dia baru naik nama...
> 
> kalau dah nampak belang...baru kita tahu
> 
> zamira yasmin wrote: saya rasa pendapat awak ni salah. Awak 
menghukum sbl kita tau seorang itu bersalah atau tidak. Dah sah2 awak 
nampak apa yg cuba  Mawi lakukan, mengajak belia kearah yg lebih 
baik. Belum lg terbukti yg dia terjerumus kelembah hina, awak dah 
kata dia gagal...?Saya ingat awak x payah minta maaf kat sini, awak 
cari la Mawi dan minta maaf kat 
dia....Innamala'mallubinniyyat...Tujuan Mawi mencari rezeki utk ibu 
bapa dan keluarganya, dan tujuan nya mencari pembaharuan dlm berkarya 
untuk mencari sesuap nasi, dan dlm waktu yg sama menyalurkan mesej 
Islam dan kebenaran kepada peminat2nya, tapi pandangan awak terlalu 
sempit......agaknya awak rasa awak dah terlalu berjaya sbg belia, 
sebab itu awak memandang hina dan amat rendah sehingga melabelkan 
Mawi belia yg gagal...jadilah seorang Melayu Baru yg menyokong sesama 
sendiri, dan membetulkan jika ada salah, bukan berhasad dengki 
seperti ini...sekian...yang baik itu datangnya dari Allah SWT, dan yg 
buruk itu saya akui diatas
>  kelemahan saya sendiri....wasallam....
> 
> damai nyer <[EMAIL PROTECTED]> wrote: 
> Assalamualaikum...
> 
> melihat rakan2 lain menulis di ruangan ini, terasa diri pun ingin 
menyumbang sama..    tapi minta maaf banyak2 la sbb tak pandai 
menyusun kata dan bicara..
> 
> malaysia hari ini dikejutkan dengan fenomena mawi...   mana2 pegi 
pun org cerita pasal mawi..  apa istimewanya dia ni??...   sampaikan 
dapat anugerah sukan, balik kg disambut beribu2 peminat...   (sampai 
ada yg jatuh longkang).. selama ni org tak pandang pun dia ni...    
terfikir di minda, kalau la tokoh agama yg balik dari mekah ke ..   
mcm ni ke sambutan org malaysia?
> 
> mcm2 barangan jenama mawi yg ada skrg kat jln tar... antaranya 
tudung mawi ( mawi tak pakai tudung pun!) ..  t-shirt dll...   
sekelip mata dia jadi popular hasil penangan astro..  
> 
> bagi saya mawi ni tak lebih daripada contoh seorang pemuda islam/ 
melayu yang gagal..    gagal mencari jalan hidup nya..   daripada 
seorang pemuda lulusan tahfiz, pandai berzanji, azan, bertukar 
menjadi 'idola' dlm bidang yg penuh ngan dosa kalau cepat 
melatah...    tapi boleh jadi juga dia ni pandai menggunakan platform 
itu utk mengajak peminatnya ke arah kebaikan...   mcm rabbani, 
raihan, dan kumpulan nasyid yg lain...   kita doakan saja lah....   
> kalau produa ada myvy
> proton ada savvy
> astro ada lah mawi
>  
> kalau penghujung 2004 dulu kita dikejutkan ngan tsunami
> tahun 2005 ni kita terkejut ngan sumawi...
> lps ni apa la pulak agaknya...
>  
> saya minta maaf kalau ada peminat mawi yg marah ngan tulisan saya 
ni..  ini sekadar luahan/pendapat saya shj..   sesungguhnya yg baik 
itu dari Allah taala dan yg buruk itu datangnya dari saya sendiri...
> 
> 
> 
> 
> Send instant messages to your online friends 
http://uk.messenger.yahoo.com 
> 
> 
> --------------------------------------------------------------------
------
> 
> All views expressed herein belong to the individuals concerned and 
do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless 
sanctioned or approved otherwise. 
> 
> If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to 
get a daily digest of emails by logging-on to 
http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or 
email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 
> 
> 
> 
> 
> SPONSORED LINKS 
> Islam and the west Islam koran Different religions beliefs Islam 
Divine inspiration 
> 
> ---------------------------------
> YAHOO! GROUPS LINKS 
> 
> 
>     Visit your group "hidayahnet" on the web.
>   
>     To unsubscribe from this group, send an email to:
>  [EMAIL PROTECTED]
>   
>     Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of 
Service. 
> 
> 
> ---------------------------------
> 
> 
> 
> 
> 
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
> http://mail.yahoo.com







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke