Fwd: Berita baik untuk kite Assalamu'alaykum
Ingatan buat diri dan ummah Kematian mengejut dalam jumlah yang ramai disebabkan bencana alam. Peringatan atau nasihat untuk orang orang mukmin dan hukuman bagi orang orang kafir. Inilah trend baru bumi yang kita huni sekarang. Dua tiga tahun kebelakangan ini kejadian gempa bumi kerap terjadi. Kini boleh dikatakan setiap hari ianya berlaku cuma beza pada skalanya sahaja. Dulu semasa kecil sekitar tahun 60an aku selalu mendengar cerita cerita Dajjal yang menguasai muka bumi dengan kehebatan kehebatannya, fitnah fitnahnya. Yakjuj wa Makjuj yang sangat merosakkan itu. Rupa rupanya kini aku sudah berada didalam zaman ini. Kematian mengejut dalam jumlah yang ramai rasanya sudah tersangat hampir. Kiamat Kubra padaku sebenarnya sudah bermula. Tsunami dan Katrina itulah permulaannya. Ingatlah.. tanda2 kemusnahan telah makin kerap berlaku.. bila lagi hendak berubah? usia sudah lanjut dan masih tidak istiqomah dalam solat? budak sekolah rendah pun solat? tak puasa? lalai? leka? masih hendakkan hiburan, keseronokkan? tidakkah kita tahu yang dunia ini sementara sahaja? usia cuma ada dalam 60-80 tahun, bila lagi nak ber'amal ibadat, mengumpulkan bekalan diakhirat kelak yang tiada pengukur tahun kerana ianya selama-lamanya? Mengapa tidak menunaikan perintah Allah SWT? mengapa liat dalam melaksanakan perintah Tuhan, tapi amat senang berbuat maksiat, dosa.. bukankah kita telah diingatkan jalan menuju kebahagian di akhirat.. dan jalan Syaitan yang menuju ke Neraka? Mengapa kita tahu tapi tak berubah? Itulah tanda-tanda bahawa hati kita telah hitam, kotor.. adakah Allah telah melupakan kita dan tidak memberi kita petunjuk hidayat lagi.. kita tidak lagi minat kepada kehidupan beragama, kehidupan yang betul yang diperintah oleh Allah SWT, yang kita mengakui, mengimani Tuhan kita dan juga panduan cara hidup yang ditunjukkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Bila kita tidak berubah, tidak insaf dan tidak mengambil peduli... jelaslah kita telah termasuk golongan yang rugi.. golongan yang akan dihumbankan ke Neraka. naudzubiLlah... Menutup aurat adalah perintah wajib, sepertimana solat. Ramai wanita melayu Islam tidak dapat membezakan antara perintah Allah, yang dituntut dalam Islam dengan kemahuan diri. Mereka selalu memberi alasan berbuat baik adalah lebih penting dibandingkan menurut perintah Allah. Bertudung belum tentu solat, belum tentu berperangai baik dsbnya tetapi, bertudung adalah salah satu langkah dalam menutup aurat walaupun ramai bertudung tetapi tidak menutup aurat akibat jahil dalam ilmu cara menutup aurat. Tutup aurat termasuklah rambut, leher, lengan, susuk tubuh, bahagian punggung-dada dan apa jua yang mengiurkan bagi wanita .. dan harus kita memakai pakaian longgar.. bagi laki antara pusat dan lutut...walaupun lebih bersopan dan beradab menutup badan dan betis juga.Rajin solat tetapi tidak menutup aurat diluar, seperti seorang hamba yang mempersenda2 kan hukum Allah. Mengapa solat itu sendiri tidak mendidiknya? Jahil dalam hukum-hakam agama? Solat yang tanpa ilmu, tidak memberi natijah, pengajaran serta didikan kepada sipembuatnya, malah nafsunya lebih mengawal dirinya daripada akalnya, kerana orang yang menggunakan akal, akan mengetahui akan perkara yang benar dari yang batil dalam Islam dan menurutinya. Setiap email dihantar, diforward.. tetapi satu pun yang tidak mengubah kita untuk merubahkan diri kita untuk menjadi hamba Allah yang ta'at dan soleh... Ingatlah, setiap email itu nanti akan menjadi saksi kepada kita bila berdepan dengan Allah SWT, menyatakan bahawasanya, kita ini telah diperingatkan berkali-kali tetapi kita engkar dari menuruti kehendak Allah SWT.... jangan kita salah Allah SWT sekiranya kita ini diazab di dalam neraka-NYA, naudzubiLlah...ingatlah.. orang yang memberi peringatan supaya mengikut perintah Allah adalah menuju kepada keredhaan-NYA insha Allah tetapi orang yang memberi alasan, melonggar-longgarkan hukum qatie yang diperintahkan Allah SWT, akan mengundang dirinya ke azab Neraka.. Beberapa Peringatan Allah SWT dalam al-Quran (sila click ke laman untuk mencari lagi ayat2 Allah memberi amaran, peringatan dsbnya>> http://quran.al-islam.com/ ..antara maksudnya Surah al Baqarah ayat 86: "Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat) dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan." al-Baqarah ayat 123 "Dan peliharalah diri kamu dari (huru-hara) hari kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikitpun dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat dan orang-orang yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab sengsara). " ayat 212 "Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). " ayat 281 "Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun. " Surah A-li Imraan ayat 30 (Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya) dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (Ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan (ingatlah juga), Allah Amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya. Surah A-li Imraan ayat 77.. ALlah tidak akan memandang hamba-NYA yang engkar dengan-NYA "Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari kiamat dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa) dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya" ayat 106.. mereka yang mengaku beriman tetapi engkar dengan perintah Allah (solat, tutup aurat, melaksanakan hukum Allah dsbnya) "(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa Neraka disebabkan kekufuran kamu itu. " ayat 185... manusia yang niat untuk mengumpul seberapa banyak harta di dunia ini, melupakan tanggungjawab asalnya dengan Allah SWT... "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." Surah al-A'raaf ayat 179.. manusia yang tahu Islam dan perintahnya tetapi berlengah2 untuk ber'amal ibadat dan berubah... "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." Surah al-Mu'minuun, ayat 62-66.. manusia yang tahu kewajipan sebagai orang Islam, diperingatkan selalu spt melalui email dsbnya tetapi engkar..tiada dapat pertolongan di akhirat kelak... " (Sekalipun demikian, orang-orang yang ingkar tidak juga berfikir) bahkan hati mereka tenggelam di dalam kejahilan, lalai daripada (memahami ajaran Al-Quran) ini dan mereka pula mempunyai lagi amal-amal (yang jahat) selain dari itu, yang mereka terus-menerus mengerjakannya. Hingga apabila Kami timpakan azab kepada orang-orang yang mewah di antara mereka maka dengan serta-merta mereka menjerit-jerit meminta tolong. (Lalu dikatakan kepada mereka): Janganlah kamu menjerit-jerit meminta tolong pada hari ini, sesungguhnya kamu tidak akan beroleh sebarang pertolongan dari Kami. (Kerana) sesungguhnya ayat-ayatKu telah berkali-kali dibacakan kepada kamu, dalam pada itu kamu berpaling undur ke belakang." Surah Faatir, ayat 5-6.. manusia lalai yang diperdayakan oleh Syaitan hanya dengan sifat pemurah ALlah SWT "Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka). Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk Neraka." Surah Faatir ayat 10 "Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah dia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan) dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya) dan sebaliknya: Orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa." Surah Al- Baqarah> Ayat 214 "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). " "Allahumma ja'alna minal 'amilin, wala taj'al na minal mutakal-limin" Ya Allah, jadikanlah diriku sebagai seorang yang beramal, bukanlah dijadikan diriku sebagai seorang yang berkata-kata YA Allah saksikanlah bahawasanya aku telah memberi peringatan dan nasihat MU ini kepada diriku dan kepada hamba MU yang sedang membaca email ini. WAllahu'alam ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
