Interesting article. Resend for reading.
 
Moderator
----- Original Message -----
Subject: Penapisan Bahan Lucah.

Assalamualaikum warahmatullah...

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan melainkan Allah yang Esa tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa
Nabi Muhammad itu hamba & rasulNya. Selawat serta salam buat Nabi Junjungan
Muhammad SAW yang memiliki sifat2 terpuji. Juga salam buat kita semua &
orang2 yang beramal soleh. Sesungguhnya setiap perintah Allah itu adalah
yang terbaik...

Sekarang ini, di dada2 akhbar sibuk terpampang berita tentang perisian atau
software yang mampu menapis kemasukan atau akses ke laman lucah di
internet. Saya tak pasti bila ianya mula diperkatakan kerana saya memang
dah lama tak beli akhbar arus perdana (kalau baca pun yang percuma saja)
tanda boikot, tapi saya menjangkakan ianya bermula atasa saranan Tun Dr.
Mahathir.

Tergelak kecil saya bila baca kononnya laman & gambar2 pornografi atau
bogel ini punca gejala sosial di Malaysia. Entahlah. Bagaimana corak
pemikiran ahli politik atau manusia2 sekular ini saya pun tak berapa pasti.
Kerana ucapan mereka selalu tersasar & selalu berputar belit. Saya sendiri
tak pasti apa hujjah mereka untuk pendakwaan sebegini.

Saya bukan membela laman2 lucah ini. Saya bukan setakat bersetuju malah
terlalu amat sangat bersetuju (pencemaran Bahasa Melayu ni!). Tetapi adalah
sesuatu yang menggelikan hati bila seseorang yang pernah berkata bahawa
pendedahan aurat bukan punca gejala sosial, mengatakan yang laman lucah ini
punca kerosakan masyarakat.

Saya pernah terbaca dalam Utusan Malaysia (naskhah percuma) tentang tulisan
All Women Action Society (AWAM) yang menyelar pendapat pendedahan aurat
punca jenayah rogol. Bermacam2 hujjah yang manusia dangkal ini telah
persembahkan yang mana saya sendiri tak berapa nak ingat. Tapi antaranya
ialah kejadian di mana wanita yang bertudung pun dirogol.

Seolah2 jenayah rogol terjadi semata2 kerana individu yang dirogol itu
adalah seseorang yang memberahikan tanpa ada desakan atau dorongan dari
luar. Kalaulah begini hujah mereka, ternyata laman2 web ini tidak akan
memberikan apa2 impak kepada sosialiti masyarakat kita. Kerana si pelawat
hanya akan teruja kepada model2. Dan mereka hanya akan merogol model itu
sahaja, kalau berkesempatan. Setuju atau tidak?

Jadi untuk apa ditapis bahan2 lucah ini? Begitu juga dalam kes Jeslina
Hashim. Dia yang berpakaian yang mendedahkan sebahagian besar badannya
bukan sahaja dilepaskan malah dibela golongan eksekutif negara kita. Ini
menunjukkan pendirian mereka yang berpakaian seperti itu tidak akan
memberikan sebarang impak secara langsung atau tidak langsung kepada
masyarakat. Astaghfirullah...

Dan di akhbar Sigap, sisipan Utusan Malaysia baru2 ini (juga naskhah
percuma), bintang lari berpagar Malaysia, Moh Siew Wei dengan tegas
menyatakan bahawa pakaian atlit wanita (berbaju ketat tanpa lengan dan
berseluar pendek) sebagai seksi adalah pandangan yang salah. Itu hanya
keperluan & keselesaan untuk berlari. Hm... Tak seksi ke? Oleh kerana seksi
itu perkataan Inggeris (sexy), mari kita cari maknanya dari kamus Oxford.

Seksi atau sexy ada 2 makna.
1.Of or about sex (yang berkaitan atau berkenaan dengan seks) dan
2.Causing sexual desire (menyebabkan keinginan seks).

Bermakna pakaian atlit sukan wanita, sekiranya mampu menimbulkan keinginan
seks kepada yang melihatnya, maka bolehlah dikategorikan sebagai seksi.
Dan, apakah bezanya melihat wanita seksi dengan melihat wanita bogel? Tak
banyak perbezaan akan tetapi, persamaannya ialah kedua2nya akan
mengakibatkan atau menyebabkan lahirnya keinginan seks dalam diri orang
yang melihatnya.

Ini pengalaman saya sendiri. Hari saya kembali bekerja, saya terpaksa duduk
bersebelahan dengan perempuan dalam bas ekspress. Memang saya kurang
selesa. Tambah lagi si gadis yang bertudung memakai baju berlengan pendek
(dalam keadaan bas yang sejuk tu? Hm...) dan berseluar jenis kapas yang
ketat. Sesekali bila dia nak keluar (di duduk di sebelah tingkap), dengan
selamba je dia bergesel dengan saya. Terasa lembut je...

Allahu Akbar... Saya ni lelaki. Masih muda dan sihat zahir batin.
Bayangkanlah. Ok. Saya boleh tahan tu. Tapi sepanjang perjalanan dari JB ke
Kerteh yang memakan masa lapan jam, saya jadik betul2 serba salah. Dalam
keadaan yang sejuk, bila tersentuh dengan kulit lawan jantina, memang
terasa hangatnya. Puas saya mengelak tapi yang menghairankan dia boleh buat
selamba je...

Malam tu saya tidur tak berapa lena (selalunya dalam bas pun saya lena
semacam...) sebab takut tersentuh mana2 yang tak patut. Bila terjaga, kalau
tangan saya tersentuh kulitnya saya akan segera tarik. Dalam hati saya
sentiasa memuji Allah betapa hebatnya ketentuanNya apabila Dia mewajibkan
wanita menutup seluruh tubuh kecuali muka & 2 tapak tangan. Kalaulah gadis
tu berlengan panjang...

Mungkin ada yang ketawa baca cerita ni. Tapi saya nak ingatkan. Tatkala
saat begitulah syaitan sedap menggoda. Tambah lagi kalau kita adalah orang
yang baru bertaubat & sedang menuju ke arahnya. Maka tak hairanlah kalau
anda boleh terdengar cerita wanita diraba dalam bas ekspress. Tapi jangan
salah anggap lak. Saya taklah sampai tahap meraba gadis tu
(wana'uzubillah).

Balik ke persoalan asal, penapisan bahan lucah di internet memang perlu.
Akan tetapi bukan bahan lucah di internet sahaja. Malah bahan lucah yang
sebenarnya berada di sekeliling kita ini juga perlu ditapis. Maaf, tapi
bagi saya setiap wanita yang mendedahkan auratnya (termasuk juga lelaki
yang mendedahkan aurat) adalah bahan lucah. Bukan setakat mereka yang
betul2 berbogel sahaja.

Memang panas bertudung. Memang panas berlengan panjang (seperti kata
Jeslina Hashim) akan tetapi neraka Allah itu jauh lebih panas. Dan Allah
memerintahkan wanita menutup aurat bukan untuk menyiksa atau merendah2kan
mereka. Sebaliknya adalah untuk melindungi mereka. Kalau semua orang
berpakaian labuh & bertudung (termasuk yang dalam tv), insyaAllah jenayah
rogol dapat dibendung.

Kaum wanita di Afghanistan sekarang ini mengakui mereka lebih selamat di
zaman Taliban. Seperti dalam petikan yang saya baca (sekali lagi, naskhah
percuma) bahawa kini mereka terpaksa berjaga2 di waktu malam kerana jenayah
rompak & rogol terlalu tinggi. Mengapa? Kurang kawalan? Mungkin tapi faktor
terkuat ialah kerana Amerika Syarikat (AS @ Anak Setan) telah membawa masuk
tv satelit yang memaparkan aksi seks sebaik Taliban tumbang.

Sememangnya saya tak mampu membuat perubahan besar dengan artikel sekecil
ini. Lagipun, berapa kerat sangat orang yang akan baca posting saya. Tapi
saya harap anda yang membaca dapat mengingatkan diri sendiri (termasuk saya
sendiri) dan orang2 di sekeliling anda supaya menutup aurat. Katakan pada
wanita yang mendedahkan aurat mereka. Sekiranya berlaku jenayah rogol,
mereka adalah salah satu puncanya.

Yang belum menutup aurat, segeralah menutup aurat. Yang dah menutup aurat,
perbetulkanlah atau perkemaskanlah. Aurat seorang wanita bukan hanya rambut
sebaliknya seluruh tubuh. Apa guna bertudung tapi berlengan pendek atau
berseluar ketat atau tersingkap dada. Imaginasi seorang lelaki itu kuat.
Kalaupun cuma nampak luaran (ditutup baju) tapi nampak bentuk sudah cukup
untuk mereka (atau kami) membayangkan yang selebihnya.

Sekiranya kerajaan ingin menyekat kemasukan bahan lucah, maka wajibkanlah
penutupan aurat. Haramkan sebarang bentuk program hiburan yang mendedahkan
aurat walaupun kita berhadapan dengan risiko tv yang tiada gambar. Dan
haramkanlah juga sebarang bentuk hiburan yang membolehkan pergaulan bebas
lelaki & perempuan seperti konsert2 & fiesta sureheboh tu.

Kalaulah kerajaan bersungguh. Kalaulah kerajaan kita benar2 mahu dan
kalaulah kerajaan kita benar2 Islam...
Walaupun sekadar Islam Hadhari.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah;

Wassalamualaikum warahmatullah...

(Sebarang komen dan kritikan membina dialu-alukan. Email saya di
[EMAIL PROTECTED])





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke