Assalamualaikum,
 Saudaraku yang dihormati,
 Ungkapan jangan dekati zina - laa ta'rabuzzina dalam surah al isra' ayat 32
itu dah terlalu familiar dengan kita semua, hingga macam tak rasa apa-apa
dah bila diulang-ulang. Kenapa ya?
 Perlu diingat bahawasanya pelaksanaan hukum-hakam Islam secara keseluruhan
hanyalah dapat dilakukan melalui penglibatan tiga pihak:-
 1. *Ketaqwaan individu* - melalui hukum menutup aurat (annur:31, ahzab:59),
menundukkan pandangan (annur:30-31), menjauhi zina (isra:32) iaitu segala
aktiviti yang boleh membawa pada zina dll. Maka, asasnya ialah halal-haram,
dosa-pahala dan syurga-neraka. Hubungan dengan Allah 24jam sehari 365 hari
setahun menjadi paksi - bukan semasa di tikar sembahyang sahaja. Ketaqwaan
menjadikan al-Ghamediah - seorang wanita yang berzina di zaman Rasulullah
minta dikenakan hukuman rejam.
 2. *Kawalan masyarakat* - aktiviti amar ma'ruf nahy anil munkar (ali
imran:110,104), hadis - man ro'a minkum munkaran fal yughaiyyirhu bi
yadiihi, fa illam yastati' fa bi lisaanihi fa illam yastati' fa bi qalbiihi
zaalika adh 'af al-iman (Barangsiapa melihat kemungkaran hendaklah dia
mengubah dengna tangannya, jika tidak mampu dengan lidahnya, jika tidak
mampu dalam hati (iman paling lemah). Setiap ahli dalam masyarakat mengambil
tahu, saling ingat-mengingati, saling nasihat menasihati (surah al ash:1-3).
 3. *Negara Islam yang menerapkan Islam secara kaffah* (keseluruhan, bukan
pick & choose). Kedudukan khalifah (imam/ketua negara) yan merupakan ra'in
(penggembala) bertanggungjawab kepada ra'iyah (gembala)nya. Cara untuk
menjalankan tanggungjawabnya adalah dengan memastikan adanya method untuk
menjaga Syariat Islam dalam rangka menjaga umat (dari masalah sosial,
kelaparan dsb). Maka hukum-hakam seperti hudud diguna-pakai kerana sifat
dasar manusia yang berpotensi menjadi buruk dan baik perlu ada mekanisme
mengawalnya. Ujudnya sistem uqubat (hukuman yang meliputi hudud, qisas
(jinayat), takzir dan mukhlafat) - adalah berfungsi sebagai zawajir
(pencegah) dan jawabir (penebus/pemaksa).
 Aspek ketiga (keujudan Negara Islam) teramat-amat kritikal kerana pada masa
kini, kita hanya boleh melaksanakan aspek no 1 & 2 sahaja, manakala aspek ke
3 hanya boleh dilakukan oleh Negara (bukan individu, bukan ketua kampung,
ketua taman, ketua cawangan, bukan gerakan, bukan parti, dsb). Maka,
penyelesaian total untuk menyelesaikan masalah ini (seks bebas dan yang
seumpamanya) bukan hanya mengajak umat Islam melaksanakan aspek 1 & 2 sahaja
- sebaliknya semua kita walau apa jua latarbelakang pendidikan dan kedudukan
dalam masyarakat hendaklah berganding bahu menggembeling tenaga, keringat,
usaha, harta dsb untuk *menubuhkan semula Daulah Islamiyyah yang telah
terkubur pada tahun 1924 yang lalu. *Hanya dengan ujudnya Daulah Islamiyyah
yang dapat melaksanakan Islam secara keseluruhan (secara kaffah) dapat kita
cegah segala masalah sosial.
 Walaubagaimanapun, suka saya mengingatkan jalan menuju ke Puncak
(kekuasaaan untuk melaksanakan Islam Kaffah) bukanlah melakukan apa jua
untuk meraih undi sebaliknya ajaklah umat Islam ini kembali pada Islam
melalui proses pembinaan atau tarbiyyah dalam usrah-usrah yang dilakukan
secara regular dan berstruktur sepanjang masa. *Ajaklah* umat ini mendekati
agamanya bukan semasa ramadhan sahaja. *Ajaklah* umat ini mencari dalam
agamanya penyelesaian untuk masalah yang melanda saudara seagamanya - bukan
sekadar penyelesaian jangkapendek untuk saudara kita yang makan siput babi -
tetapi juga saudara kita yang disembelih di Iraq, di Selatan Thailand dsb. *
Ajaklah* umat ini mendalami agama bukan untuk yang memberi manfaat kepada
individu sahaja. *Ajaklah *umat ini mencari idola sejati iaitu Muhammada
Salallahu alaihi wasallam. Kejayaan mendirikan Negara Islam bukan di tangan
kita - tetapi kita mampu mengusahakannya kerana perjalanan dakwah Rasulullah
hingga tertegaknya Negara Islam pertama atas muka bumi dapat diketahui
dengan mendalami sirah Nabi (bukan menelusuri tulisan orientalis dan musuh
Islam).
 *... tsumma takuunu khilafatan 'ala minhaj an-nubuwwah* - dan kemudian akan
muncul kembali khilafah dengan jalan kenabian (hadis riwayat Ahmad - status
mutawatir bil ma'na).
 Semuga atas usaha kita semua untuk menobatkan Islam sebagai Juara Carta
sepanjang masa, Khilafah dapat tertegak lebih awal dari jangkaan CIA (rujuk
laporan Ariel Cohen dari Heritage Foundation) iaitu pada tahun 2020. Amin!
 Sekian, wassalam.

 On 9/21/05, BPPNS <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> Memang benarlah ungkapan Tun Dr Mahathir yang
> mengatakan Melayu mudah lupa.
>
> Pada awal tahun 2004 kita dikejutkan dengan peristiwa
> pembunuhan kejam mangsa rogol seorang kanak-kanak
> perempuan yang hanya berusia 10 tahun iaitu adik Nurul
> Huda Ghani, murid tahun empat Sekolah Rendah
> Kebangsaan Tiram Duku yang berlaku di pondok kawalan
> pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad, Tanjung
> Kupang, Johor. Betapa hancur luluhnya hati ibu dan
> ayah yang membesarkan anak-anak mereka dimusnahkan
> impian mereka oleh mereka yang tidak berhati perut
> yang hanya menurutkan hawa nafsu semata-mata.
>
> Maka umpama "Bertelur sebiji riuh sekampung" semua
> pihak bangkit menyatakan kesungguhan mereka untuk
> membanteras sebarang kegiatan yang mendorong kepada
> berlakunya jenayah rogol terutama keatas kanak-kanak
> yang masih suci dan tidak berdosa. Pelbagai pihak mula
> menuding jari antara satu sama lain. Maka
> dicadangkanlah penubuhan jawatankuasa bertindak
> menangani gejala ini yang melibatkan semua pihak
> termasuk NGO-NGO. Kemudian pula diarahkanlah pula
> pihak berkuasa membanteras kegiatan pengeluaran,
> pengedaran dan penjualan vcd-vcd cetak rompak dan
> lucah.
>
> Namun usaha itu hanyalah "Hangat-hangat tahi ayam",
> jika sebelum ini pelbagai pihak menuding jari antara
> satu sama lain, mereka sekarang ini hanya mengambil
> sikap tunggu dan lihat. Tunggu dan lihat umpama
> mengharapkan satu kes seperti yang berlaku keatas
> Nurul Huda berulang semula.
>
> Tidak hairanlah sekarang ini penjualan vcd cetak
> rompak dan lucah telah mula kedapatan dimana-mana
> termasuk kawasan perumahan umpama tumbuhnya cendawan
> selepas hujan.
>
> Masalah gejala sosial yang melibatkan jenayah seksual
> ini adalah masalah bersama. Jangan semata-mata
> menyerahkan bulat-bulat perkara ini kepada pihak
> kerajaan atau pihak berkuasa. Masyarakat haruslah
> sama-sama bangkit membanteras sebarang kegiatan yang
> boleh menggalakkan lagi jenayah seksual.
>
> Mereka yang menjual vcd lucah ini, cuba fikirkan,
> adakah kita suka menjual vcd lucah jika pelakon yang
> terdapat dalam vcd itu adalah adik , kakak atau ibu
> kita sendiri ? Jangan mengharapkan keuntungan
> semata-mata. Apakah tidak terlintas dihati mereka yang
> menjual vcd lucah ini, mereka yang membeli vcd lucah
> ini ditakdirkan pula merogol dan membunuh anak atau
> adik beradik si penjual vcd akibat tidak dapat menahan
> hawa nafsu apabila menonton vcd lucah.
>
> Mereka yang membeli vcd lucah ini pula, cuba fikirkan,
> adakah kita seronok menonton vcd lucah , apabila
> didapati pelakon dalam vcd lucah itu ialah isteri kita
> sendiri, adik kita sendiri, kakak kita sendiri ?
>
> Masyarakat setempat harus prihatin membanteras gejala
> ini. Mereka haruslah ada kesepakatan suara baik
> melalui parti-parti politik, pertubuhan-pertubuhan
> bukan kerajaan, jawatankuasa keselamatan kampung,
> jawatankuasa masjid dan surau, rukun tetangga dan
> sebagainya menyuarakan bantahan mereka terhadap
> segelintir pihak yang hanya ingin keuntungan yang
> cepat dan keseronokan yang sementara tetapi akan
> merosakkan institusi keluarga dan masyarakat dalam
> tempoh yang lebih lama.
>
> Tidak cukup dengan penjualan vcd lucah secara terbuka
> sekarang ini di taman-taman perumahan dan pasar-pasar
> malam, Malaysia ketika ini dilanda pula dengan
> aktiviti mempromosi penjualan gambar, vcd lucah, muat
> turun gambar dan filem lucah ke talipon bimbit dengan
> sistem MMS dan SMS melalui laman web yang berbahasa
> Melayu. Bukan itu sahaja , laman web ini turut
> menyediakan perkhidmatan seks melalui kamera web,
> chatting dan sebagainya.
>
> Mereka yang tidak bermoral yang mengendalikan laman
> web ini pula turut mempromosikan Pesta Seks di pantai
> Port Dickson Negeri Sembilan pada 31 Disember 2005 ini
> sempena sambutan Tahun Baru 2006.
>
> Apakah akibat sikap Melayu yang mudah lupa dan suka
> mengambil sikap tunggu dan lihat menyebabkan golongan
> yang tidak bermoral ini semakin menjadi-jadi dan
> semakin berani untuk mempromosikan industri seks
> mereka ?
>
> Mereka yang mengendalikan laman web lucah ini bukan
> hanya melanggar batas-batas perundangan Islam, malah
> mereka ini juga melanggar batas-batas hak asasi
> manusia. Justeru itu semua pihak harus tampil ke
> hadapan terutamanya mereka yang memperjuangkan hak
> asasi manusia untuk membanteras gejala ini. Apa ke
> tidaknya , gambar-gambar serta filem-filem lucah yang
> diambil secara curi samada melalui web cam, talipon
> bimbit dan sebagainya ini , dijual kepada orang ramai
> semata-mata untuk mengaut keuntungan yang singkat
> tanpa kerelaan dan pengetahuan mereka yang terdapat
> dalam gambar atau filem tersebut.
>
> Melihatkan laman web ini yang menggunakan gadis-gadis
> Melayu sebagai pelaris industri seks mereka,
> mengingatkan kepada ungkapan lagu Gadis Melayu yang
> dinyanyikan oleh Mawi :
> "Siapa bilang gadis Melayu tak menawan, tak menarik
> hati ……" dan benarlah juga ungkapan dalam lagu
> tersebut "Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
> (yang masih suci)".
>
> Yang sering menjadi mangsa dalam industri seks yang
> dipromosikan dalam laman web lucah sebegini ialah
> gadis-gadis Melayu yang terpedaya dengan pujuk rayu
> teman lelaki mereka atau yang menjanjikan karier dalam
> dunia hiburan yang akhirnya diri mereka dijadikan
> bahan pelaris industri seks melalui gambar-gambar dan
> filem-filem yang diambil secara curi.
>
> Maka tidak hairanlah Islam telah lama memberikan
> penyelesaian kepada masalah ini yang begitu cocok
> sekali dizaman sains dan teknologi ini. Iaitu perkara
> yang pertama ialah gesaan dalam Al Quran yang
> menyatakan jangan dekati zina, bukan hanya jangan
> berzina. Mempercayai teman lelaki, keluar bersama
> teman lelaki atau tunang, melihat aurat wanita adalah
> semua perkara yang mendekati kepada zina.
>
> Pilihan kedua yang diberikan oleh Islam yang terdapat
> dalam Al Quran ialah ibu bapa hendaklah menyegerakan
> perkahwinan anak-anak mereka apabila sudah sampai
> masanya.
>
> Jika semua diatas ini tidak mampu dilakukan , maka
> untuk mengekang hawa nafsu hendaklah berpuasa.
>
> Oleh itu mereka yang terlibat dalam gejala gambar dan
> filem lucah ini, fikirkanlah terlebih dahulu, adakah
> kita suka anak perempuan kita, adik perempuan kita,
> kakak kita, isteri kita diperlakukan demikian.
>
> Tindakan penguatkuasaan dan membawa mereka yang
> bertanggung jawab ke muka pengadilan hanyalah langkah
> pencegahan yang terakhir. Langkah pencegahan yang
> terbaik, terdapat dalam diri kita sendiri, bagaimana
> kita dapat mengawal hawa nafsu kita.
>
>
>
> Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com

------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke