Assalamualaikum wbt... Dapat dari group lain. A very useful info. Tolong edar2kan.
Wassalam... -Abu Naqibah- ____________________________________________________________________ Info Pengguna: Syarat pemaju serah kunci rumah ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Jaga kesihatan diri & keluarga: ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ APABILA pemaju perumahan menyiapkan rumah dan pembayaran sudah dibuat, maka pemaju akan menyerahkan kunci rumah kepada pembeli. Proses penyerahan kunci ini dikenali sebagai penyerahan hak milik kosong. Penyerahan pemilikan kosong hanya akan dibenarkan apabila perkara berikut dibuat: 1. Arkitek pemaju memperakukan bangunan itu siap dan bekalan air serta elektrik sedia untuk penyambungan ke bangunan. 2. Pemaju telah memohon dan memperakui Borang E (Perkara 25 Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984) serta dihantar kepada pihak berkuasa tempatan untuk dikeluarkan perakuan Layak Menduduki (CFO). 3. Pembeli telah membayar wang yang dikehendaki, membayar mengikut klausa 4(1) Jadual Ketiga dan segala wang lain yang perlu dibayar di bawah perjanjian. 4. Pembeli melaksana dan mematuhi syarat dan peraturan di pihaknya. Selepas menerima notis bertulis daripada pemaju untuk penyerahan milik kosong (serah kunci) pembeli perlu mengambil kunci dalam tempoh 14 hari. Kesempatan itu perlu digunakan untuk membuat pemeriksaan rumah bersama pemaju dan mengemukakan senarai kecacatan (jika ada) secara bertulis. Pembeli dinasihatkan membuat salinan kecacatan bagi tujuan semakan. Sekiranya pembeli tidak mengambil kunci dalam tempoh berkenaan ia akan dianggap kunci telah diambil dan sekiranya berlaku kecurian dalam tempoh selepas 14 hari, pembeli bertanggungjawab ke atasnya. Antara jenis kecacatan yang sering dikemukakan adalah kualiti kerja, bahan pembinaan kurang bermutu dan bangunan tidak mengikut spesifikasi. Pembeli mempunyai tempoh 18 bulan (tempoh jaminan) untuk membuat aduan. Pemaju dikehendaki membaiki kecacatan yang diadukan dalam tempoh 30 hari dari tarikh aduan. Selepas tamat tempoh 30 hari, jika pemaju tidak mengambil tindakan, pembeli perlu memaklumkan kepada pemaju kos perbelanjaan yang diperlukan untuk membaiki kecacatan itu. Pembeli dingatkan menghantar notis melalui peguamcara pembeli. Selepas 14 hari dari tempoh makluman kos itu pemaju tidak mengambil tindakan pembeli berhak mendapat balik wang daripada pemaju kos membaiki melalui memotong wang bayaran lima peratus seperti tercatat dalam Jadual Ketiga Fasal 4 (1) sebagaimana tercatat dalam Surat Perjanjian Jual Beli (SPJB) yang dipegang oleh peguamcara pemaju. ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
