Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd. lahir kedunia sewaktu pengasasnya Ustaz Haji Ashaari Muhammad berada di dalam Tahanan Terhad (Buang Daerah) dibawah ISA di Rawang Selangor. Yakni sesudah Jemaah Arqam diharamkan dan semua aktivitinya dibubarkan.

 

Bermula dari ‘zero’ dengan kuasa Tuhan, Ustaz Haji Ashaari Muhammad dapat mengajak beberapa orang kawan-kawannya yang setia untuk menubuhkan syarikat perniagaan ini, dengan direstui pula oleh Kementerian Dalam Negeri yang memantau melalui pegawai-pegawai dari Bukit Aman.

Dari manakah seorang yang berada dalam sekatan ekonomi, mendapatkan modal untuk perniagaannya yang bernilai berjuta-juta ringgit itu? Inilah soalan yang tak jemu-jemu ditanya orang. Bagimanakah pula urusan (maintenance) mempertahankan perniagaan agar panjang umurnya? Dari mana sumbernya dan bagaimana melakukannya?

Bercakap atas nama ekonomi Tuhan, bahawa bilamana Tuhan menciptakan sesuatu sistem, lengkaplah bersamanya pakej bagaimana modalnya diperolehi, macamlah perniagaan kapitalis, sistemnya juga lengkap dengan pakej kaedah mendatangkan modalnya, langkah-langkah menghadapi untung dan rugi, penggunaan keuntungan membesarkan perniagaan dan motivasi serta post mortem yang diambil untuk kekalkan perniagaan.

Bukan senang bagi orang Melayu menjayakan sebuah syarikat yang besar, lebih-lebih lagi bila dia dalam hukuman kerajaan. Tapi inilah uniknya Syarikat Rufaqa’, diatas pusara Arqam, didalam ISA dia membesar.

30hb. Oktober 1997, rasmilah sebuah pasaraya di Celebration Mall, Bandar Country Homes Rawang, Selangor D.E., asas kepada 10 bandar-bandar ekonomi Islam Hadhari yang sudah wujud dalam syarikat ini sekarang.

Di dalam sistem ekonomi Tuhan, wang bukan modal utama seperti yang dilakukan oleh kapi talisma. Tuhan dalam sistem-Nya menetapkan bahawa Tuhan adalah modal pokok. Dapatkan Tuhan akan dapatlah segala-galanya pakej perniagan dan ekonomi itu. Maka itulah yang dilakukan dalam Rufaqa’ ini. Ustaz Haji Asyaari bermula dengan mengajar,mendidik keluarganya terutama isteri keduanya Hatijah Aam dan anak lelaki sulungnya Fakhrur Razi agar mereka fahami konsep hidup yang mesti diperjuangkan.

Mereka diyakinkan bahawa Tuhan telah tetapkan orang Islam kalau mahu kuat, kenalah kuatkan hatinya dengan Tuhan. Yakni sungguh-sungguh cinta dan takutkan Tuhan. Yakni dengan bertakwa kepada Allah. Sedangkan orang bukan Islam, Tuhan telah tetapkan untuk mereka, kalau mahu kuat, kuatkan akal dengan ilmu. Sedangkan orang bertaqwa, bilamana hatinya kuat dengan Tuhan oleh ilmu-ilmu wahyu, akal juga akan ikut tajam.

Orang bukan Islam, mereka hanya ada satu kekuatan mental itulah. Bila seseorang begitu membesarkan Allah Taala dalam hidupnya, maka Allah pun menunaikan janjinya bahawa :

1. Rezekinya terjamin, urusan dipermudahkan
2. Lepas dari bencana dan masalah hidup
3. Diberi kejayaan dan kemenangan
4. Dihapus dosa dan diberi ilmu, strategi, hikmah dan lain-lain
5. Diturunkan berkat dari langit dan bumi
6. Diberi bantuan dan pembelaan
7. Diwariskan bumi

Sebenarnya mengikut pendapat pemerhati, Bandar Rufaqa’ itu hanya boleh bertahan selama empat bulan sahaja, kerana :

1. Ia dibangunkan diwaktu ekonomi jatuh
2. Lokasinya sunyi bukan tempat tumpuan ramai
3. Majoriti penduduk di Country Homes ialah bukan Islam.
4. Ustaz Ashaari banyak musuh

Namun realitinya kini, Bandar Rufaqa’ telah menjejak usia tujuh tahun. Sedangkan banyak kedai yang bukan Rufaqa’ yang ikut dibuka disitu memang ditutap sebelum berumur setahun. Mengapa? Memang ada kedai-kedai Rufaqa’ yang hampir-hampir ditutup juga. Tapi setiap kali itulah rufaqa’ ambil langkah-langkah berikut.

1. Memanggil semua petugas-petugas untuk dibuat post mortem apakah dosa-dosa yang mereka buat kepada Tuhan itu atau syarat-syarat yang dilanggar hingga bantuan Tuhan tidak berlaku. Sebab Rufaqa’ yakin, Tuhan pasti ada cara untuk cukupkan keperluan untuk kedai itu selagi syarat-syarat yang Tuhan tetapkan dipenuhi.

Syarat-syarat yang dimaksudkan:

a-Sentiasa bertaubat kepada Allah dan sesama manusia
b-Bersedekah
c-Menebus dosa dan berjanji tidak akan mengulangi
d-Sembahyang malam dan berdoa
e-Berkasih sayang sesama manusia

2. Mereka semua diarahkan baiki diri semula setelah kegagalan mematuhi syarat-syrat itu
3. Menggugurkan nama-nama staff yang sudah dikenal pasti tidak jujur dalam membaiki diri
4. Pemimpin akan bersedekah dan berdoa dan membaiki diri untuk mengharapkan belas kasihan Tuhan

Mereka bangun dimalam hari temukan roh mereka dengan Allah melalui bertawasul dengan roh Rasulullah S.A.W didalam sembahyang malam yang panjang dan taubat yang mendalam serta doa yang setulusnya.

Mereka memanggil Allah dan Rasul untuk menolong. Sedangkan kapitalis memanggil bank-bank untuk menolong. Mana lebih hebat, antara pertolongan Allah dan Rasul dengan pertolongan yang dibuat oleh bank-bank?

Diulangkan disini bahawa Allah menolong orang mukmin dengan kerana kekuatan roh. Allah izinkan orang-orang bukan mukmin kerana kakuatan akal. Walhal kekuatan roh itu sepuluh kali ganda dibandingkan dengan kekuatan akal. Sebab orang-orang roh ditolong Tuhan dengan subsidi 90%. Sedangkan orang-orang akal subsidi 10%.

Bilamana Saidina Abdul Rahman Bin Auf dan Sahabat-Sahabat membaiki diri dengan kata-kata rohnya “ Wahai Tuhan, kami hanya hamba-hamba yang tidak mempunyai apa-apa melainkan Engkau. Apalah daya kami untuk membangunkan ekonomi bertaraf Allah dan Rasul, kalau bukan dengan pertolongan dan bantun dari-Mu? Ya Allah, tolong ajarkan kami, berikan keperluan-keperluan dan tenaga-tenaga untuk membangunkan sistem ini dengan mukjizat Rasulullah S.A.W”.

Alhamdulillah dengan kuasa Tuhan, berlakulah apa yang dijanjikan, yakni kedai itu panjang umurnya. Tuhan benar-benarlah modal dalam sistem ekonomi ini. Bina insan dan “man power” itu adalah asas dan teras serta kekuatan dalam sistem Tuhan. Taqwa adalah sumber kekuatan sebenar-benarnya dalam sistem ekonomi Tuhan. Ia berbeza sama sekali dengan perniagaan bukan Islam itu.

Sementara anak Us Haji Ashaari, Fakhrur Razi yang dibuang ke Daerah Rompin Pahang, dibawah ISA sama seperti beliau dan isteri keduanya, setelah melihat bangunnya Bandar Rufaqa’ di Country Homes, telah juga mengambil inisiatif untuk membuka cawangan Rufaqa’ ditempatnya. Bagaimankah caranya seorang yang kehilangan mata pencarian, dibuang daerah memulakn hidupnya dengan hanya mengambil masa empat tahun, bangun ditangannya 43 buah projek ekonomi?

Semua kawan-kawan yang mahu ikut terlibat dalam syarikat ini diberitahu bahawa sesudah jemaah Rasulullah dihancurkan di Mekah, baginda dengan para Sahabat lari berhijrah ke Madinah, dalam keadaan tangan kosong dan sehelai sepinggang. Bagaimanakah mereka memulakan perjuangan disana?

Rasulullah tidak pun mengajak Saidina Abdul Rahman Bin Auf, bermensyuaratkan cara membangunkan Suqul Ansar itu! Apa yang berlaku sebenarnya ialah dengan kekuatan roh tauhid yang ditanam selama 13 tahun di Mekah, bersama pengalaman perniagaan yang ada, Saidina Abdul Rahman Bin Auf R.A. dan teamnya menyahut seruan Rasulullah S.A.W untuk membangunkan ekonomi Allah dan Rasul di Madinah dengan cara membaiki diri.

Sungguh diluar dugaan, bilamana selesai pembangunan bandar oleh pejuang-pejuang yang setia itu, bangun pula projek-projek Rufaqa’ di negeri-negeri diseluruh Malaysia. Sekali lagi bukanlah senang bagi kami, orang-orang Melayu Malaysia ini untuk membuka perniagaan-perniagaan dalam keadaan tidak mendapat sokongan kewangan dari mana-mana pihak, kerajaan atau swasta. Sementelahan kami ini, kebanyakannya adalah bekas-bekas Arqam yang kehilangan mata pencarian sama sekali.

Maka bilamana datang pertolongan Allah, engkau lihat manusia-manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Ya, Allah telah jatuhkan ke hati (roh) Rasulullah S.A.W, ilmu-ilmu dan strtegi-strategi perniagaan, lalu diilhamkan pula ke roh-roh para Sahabat berkenaan ( Saidina Abdul Rahman Bin Auf dan team ) cara-cara melakukan ekonomi Tuhan (Islam). Jadilah mereka graduan-graduan bidang ekonomi keluaran sekolah rohaniah oleh Allah dan Rasul. Mereka sama-sama faham apa yang patut dibuat dengan satu hati satu fikiran, dimulakanlah perniagaan sulong yang diajar langsung oleh Allah dan Rasul di bandar kecil Madinah.

Meyakini dan tertawan dengan sistem ekonomi itulah maka ahli-ahli Rufaqa’ dipandu agar meniru apa yang dibuat oleh Madinah itu. Allah takdirkan “man power” yang kuat dengan Tuhan itu untuk dapatlah kini Rufaqa’ menguasai 454 buah projek perniagaan. Hasilnya belumlah sedahsyat yang dibuat oleh Sahabat. Tapi sistemnya sudah diasaskan. Ustaz Haji Ashaari sangat yakin, kalau orang Rufaqa’ makin serius memberi kepercayaan kepada Tuhan untuk menolong mereka dan mencukupkan syarat-syaratnya, nescaya sejarah Madinah akan berulang. Madinah kedua didalam negara Islam Hadhari ini akan menjadi realiti. Insya-Allah.

 

Dipetik dari http://www.rufaqa.com

 


Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Islam video Islam book Islam matrimonial
Islam and the west Islam koran Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke