Assalamu'alaykum
Mohon disebarkan kepada sahabat2 yang lain
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi
Ustaz Azian= 012-6249474
TENTATIF PROGRAM:
17 - 18 HB SEPTEMBER 2005 ( SABTU DAN AHAD )
- 28 Sept - 5 pm-11pm : Pendaftaran/ Taklimat/ Diskusi
- 29 Sept - 9:00 pagi - 11:00 pagi: Diskusi 1
- 29 Sept - 5:00petang - 11:00 malam: Diskusi 2
- 30 Sept - 9:00 pagi - 11:00 pagi : Diskusi 3
(Aturcara bergantun kepada pensyarah)
--------------------------------------------------------------------------------------
MUQADDIMAH SEMINAR DISKUSI KITAB KARANGAN SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI:
Antara keistimewaan Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin ialah beliau mewarisi metodologi pengajian berasaskan sanad ataupun silsilah.
Sebagai contoh: Sekiranya kita mempelajari hadis, maka hadis itu sampai silsilah periwayatannya sehingga kepada Rasulullah s.a.w.
Kalau kita mempelajari kitab-kitab ulama muktabar, maka kitab-kitab ini sampai silsilahnya kepada pengarang asal kitab ini seperti Imam As-Shafei, Imam As-Sayuti, Imam Nawawi dan lain-lain lagi. Di sinilah ketulenan dan keberkatan ilmu itu berpindah dari generasi ke generasi. Lantaran itu, amatlah wajar kita meraikan kedatangan Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin dengan mengikuti majlis ilmu yang akan dikendalikan oleh beliau sendiri.
Mudah-mudahan dengan menghadiri majlis ilmu dan mendampingi ulama, kita semakin hampir dengan Allah s.w.t.
BIODATA RINGKAS SYEIKH NURUDDIN :
Al-Fadhil Syeikh Nuruddin Bin Hj. Marbu Bin Abdullah Thaiyyib bertasal dari Banjar Masin. Dilahirkan di sebuah desa bernama Harus Amuntai pada 1 September 1960 M. Beliau dan keluarganya kemudiannya menetap di tanah suci Makkah pada tahun 1974. Madrasah Shaulathiah adalah tempat beliau menimba ilmu pengetahuan di sana. Pada tahun 1982 beliau menamatkan pengajian di madrasah Shaulathiah dengan keputusan cemerlang (mumtaz).
Sepanjang di Makkah beliau banyak mendapatkan ilmu dari tokoh-tokoh ulama seperti Syeikh Allamah Hasan Masshath yang digelar Syeikul-Ulama rahimahullah, Syeikh al-Allamah Mohd Yasin Al-Fadani yang bergelar Syeikul Hadith wa Musnidud Dunya, Syeikh Ismail Usman Zain yang digelar Al-Faqih Ad-Darrakah dan ramai lagi tokoh-tokoh
ulama di Makkah.
Pada tahun 1983 beliau melanjutkan pelajaran ke Univ. Al-Azhar As-Syarif Mesir dalam jurusan Syariah Islamiah hingga mendapat ijazah sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajian di Maahad 'Ali Liddirasat al-Islamiah di Zamalik hingga mendapat diploma am "Dirasat Ulya" pada tahun 1990.
Setelah menamatkan pengajian di univ. al-Azhar, beliau menumpukan perhatiannya dengan mencurahkan ilmunya kepada ratusan pelajar yang datang dari Asia termasuk dari Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Univ. al-Azhar Mesir sehingga beliau digelar sebagai al-Azharus Tsani ( Univ. Al-Azhar kedua). Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab berbahasa Arab serta karya ilmiah dalam berbagai bidang. Beliau telah menghasilkan karangan dan mentahqiq kitab-kitab muktabar tidak kurang dari 50 buah karangan. (rujuk biodata beliau dalam kitab beliau bertajuk At-Tamassuk Bil Kitab Wassunnah edisi terjemahan bertajuk Berpegang Dengan
Kitab Dan Sunnah).
Send instant messages to your online friends http://asia.messenger.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Islam video | Islam book | Islam matrimonial |
| Islam and the west | Islam koran | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
