Assalammualaikum, This article for me, is an eye-opener. That, sometimes, kita nih, selalu sangat lalai and succumbed to the pressures of modern living and start to compromise ibadah kita kepada Allah. Tapi, what is being said is very true. In our daily lives, we go to work, we work 9-5 (sometimes extended to longer hours), we come back to work, raise our children. So, we pray and practise, as it is jek, betul tak? i dont know about the rest, but for me, sekarang nih, susah betul nak bangun tahajud and buat witir, buat yang wajib jek dah cukup. Feeling satisfied with our moderate offerings. Dulu, 5 years ago, when i was flying for an airliner, I knew what i was doing was wrong and I did a lot of prayers (yang sunat + yang wajib), and I tried not to miss any of the five. Because, masa tuh, takut, what if the plane crashed and tak sempat bertaubat. So, sentiasa berada dalam keadaan mengingatiNYA. masa tuh, memang rasa rendah diri sangat, and I used to love to fly to Saudi Arabia because only on this flight I didnt have to serve alcohols and I hated Bombay flights because normally, on this flights, all sorts of drinks especially the alcoholic beverages will be consumed by the Indians. You'll be surprised, pegi London pun, the Bar will not kering dek passengers, but Bombay, yang hanya 5 hours from dubai, boleh kering kontang alcohol beverages nya, dari EY class hingga lah FC... macam tuh lah mereka. And I hated those flights. The point is, I used to be more... or i think, i was 'closer' to the Almighty. But today, i feel so distant from HIM.
Membaca tulisan encik ruzaihan nih, buat saya jadi sayu, saya seolah2, kawan en ruzaihan yang cemburu pada orang yang dapat hidayah tu.... I missed those feelings that I have when I was in Dubai. I do not know why when I got home here, I lost that feeling. Maybe because, now, staying close to family, having a secured job, and having the opportunity to serve the 5 times solah, makes it as if, I have done enough (i didnt get that opportunity when I was flying). But, after reading through what en ruzaihan had written, maybe it was me who left the feelings behind. Sempena bulan ramadhan nih, i wish to recollect those feelings and I hope I can get 'closer' to him again. InsyaAllah. Thanks En. Ruzaihan... --- In [email protected], ruzaihan.junit wrote: > Assalamualaikum warahmatullah... > > Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi > bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan > sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya. > Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai > keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin > & orang2 yang beramal soleh... > > Bismillahir Rahmanir Raheem... > > Seronok rasanya dapat berhubung dengan teman2 yang lama. Yalah. Setelah > masing2 menamatkan zaman kuliah, kami saling tidak berhubungan. Hanya > setelah masing2 berkeluarga barulah dapat berhubung semula. Walaupun tidak > berjumpa tetapi hanya setakat melalui email, rasanya sudah cukup untuk > mengimbas kembali kenangan silam. Zaman ketika masing2 berdarah muda... > > Agaknya di antara rakan2 sekuliah, sayalah yang paling nakal. Sehinggakan > mana kawan2 saya yang jenis 'alim2' sikit tu naik menyampah kerana terlalu > degilnya saya. Tidak boleh di bawa berbincang ataupun dinasihati lagi. Saya > sendiri pun kurang bergaul dengan rakan sekuliah kerana bagi saya mereka > 'budak2 baik'. Saya lebih gemar bercampur dengan mat2 motor & rockers atau > yang dipanggil kaki 'hu-ha'. > > Tapi itu dulu. Saya panggil zaman itu sebagai zaman gelap saya. Kemudian, > dengan takdir Allah, saya kembali memperolehi cahaya hidayahNya dan kembali > menjadi muslim. Saya sendiri telah lupa kegiatan zaman tersebut. Memang > sengaja saya cuba lupakan kerana saya tidak mahu keseronokan dulu memanggil > saya semula lantas membatalkan taubat yang telah saya ikrarkan. > > Sehinggalah suatu hari, saya ditegur oleh seorang rakan yang mengesan > kelainan saya dalam setiap email yang saya kirim. Tak perlulah saya > nyatakan kelainan tersebut. Cukup sekadar saya katakan, saya yang dulu > tidak akan menulis seperti mana yang teman saya itu bacakan. Saya pasti dia > terkejut lantaran itu dia bertanya kepada saya. Mudah untuk saya katakan. > Hidayah Allah tiada siapa yang mampu sangka. > > Kemudia dia menjawab; "Aku jealous betul dengan orang dapat hidayah ni. Dah > puas2 buat dosa akhirnya bertaubat. Ibadah lebih pula dari orang yang > moderate macam aku ni". Jawapan teman saya membuatkan saya terfikir > sejenak. Benar juga katanya itu. Betapa beruntungnya saya setelah puas > melakukan maksiat, kini saya 'cuci tangan' dan mendapat kemanisan beribadah > yang mungkin dia tidak rasakan. > > Tetapi sebenarnya, mungkin dia tidak tahu betapa saya mencemburui dirinya > yang tidak pernah melakukan dosa2 yang besar. Dia tidak tahu betapa saya > sesali apa yang pernah saya lakukan dan betapa kesilapan itu sering datang > menghantui diri. Mungkin dia tidak sedar betapa saya menganggap dia begitu > beruntung kerana dalam tubuhnya tidak pernah mengalir perkara2 yang haram > di sini syariah. > > Jika dibandingkan dengan saya... Entah segala ibadah yang saya lakukan > diterima atau tidak. Entah taubat saya sampai kepada Allah atau tidak. > Hanya saya bersangka baik terhadap Allah. Saya percaya Allah Maha Pengasih > lagi Maha Pengampun. Namun sebenarnya jika dibuat perbandingan, tiada > lebihnya orang yang 'kembali' daripada orang yang memang sentiasa di jalan > Allah. > > Lantas saya teringat sebuah riwayat. Kisah seorang 'abid yang didatangi > iblis yang menyamar sebagai pendosa yang ingin bertaubat. Si 'abid terima > dengan senang hati akan kedatangan si iblis. Maka diajarkanlah kepada iblis > bagaimana cara2 bertaubat. Sehinggalah pada suatu malam, si 'abid melihat > iblis sujud yang amat panjang dan kemudian berdoa dengan titisan air mata. > > Maka bertanyalah si 'abid kepada iblis bagaimana dia dapat beribadat dengan > sebegitu tekun sedangkan dia yang telah beribadah sekian lama tidak mampu > berbuat demikian. Lalu iblis menjawab; "Hamba telah melakukan terlalu > banyak dosa. Ketika sujud hamba teringat akan dosa2 yang hamba telah > lakukan maka hamba terasa amat menyesal sekali. Kerana itu hamba merasai > manisnya ibadah". > > "Tuan tidak pernah berdosa bagaimana tuan hendak merasakan apa yang hamba > rasakan..." tambah iblis lagi membuatkan si 'abid terfikir untuk membuat > dosa bagi merasai nikmat beribadah. Atas nasihat iblis, si 'abid memilih > arak kerana arak baginya maksiat yang paling mampu dikawal. Pergilah dia ke > sebuah kedai dihujung kampung yang sunyi dari orang. > > Di sana si 'abid telah minum dengan banyaknya. Dalam keadaan mabuk, si > 'abid telah naik syahwat melihat gadis pelayan. Dengan suasana yang sunyi, > si 'abid lantas merogol pelayan tersebut dan kemudian dibunuhnya bagi > menutup bukti. Kemudian pulanglah si 'abid dan tertidur sebelum sempat > bertaubat. Akan tetapi, iblis telah memecahkan rahsia tersebut kepada > pemerintah bandar tersebut. > > Maka si 'abid ditangkap dan setelah sabit kesalahan, dia akan dijatuhi > hukuman pancung. Di ketika itu muncullah iblis dalam keadaan asalnya. Maka > si 'abis meminta pertolongan dari iblis agar dia dilepaskan. "Mudah." Kata > iblis. "Kau hanya perlu sujud kepada aku". "Tapi bagaimana sedangkan aku > sedang terpasung?" Tanya si 'abid yang begitu risau kerana belum sempat > bertaubat. > > "Cukup setakat engkau menundukkan kepalamu". Maka si 'abid terus > menundukkan kepalanya seperti arahan iblis. Alangkah malangnya tatkala itu > juga mata pisau terus menusuk lehernya. Maka tamatlah riwayat si 'abid > dalam keadaan mensyirikkan Allah. Sia2lah amalannya yang bertahun lamanya. > Hanya kerana mencari sedikit kemanisan dalam ibadah, dia langsung mati > dalam kafir... > > Sebenarnya saya berasa amat beruntung kerana masih sempat memanjatkan > taubat sebelum nyawa saya ditarik balik. Tetapi bukankah lebih beruntung > orang yang seumur hidupnya sentiasa taat kepada Allah dan rasulNya? Jadi > untuk apa dicemburukan orang seperti saya? Seperti yang saya sebutkan tadi, > dalam tubuh saya telah mengalir perkara dosa dan haram. Beruntungkah jika > sedemikian keadaannya? > > Bukanlah bermaksud membuka pekung di dada. Hanya sekadar ingin berkongsi > buah fikiran. Kepada anda yang moderate seperti teman saya, janganlah > dirisaukan kekurangan nan sedikit itu. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah > menambahkan amalan bersesuaian dengan kelapangan anda. Orang seperti saya, > belum tentu diterima taubatnya. Ketahuilah, saya lebih mencemburui orang > seperti anda yang telah lama dikasihi Allah... > > Kepada mereka yang masih leka dengan nikmat dunia, ayuhlah. Maut itu adalah > tunangn kita. Bersediakah untuk 'disatukan' pada bila2 masa? Percayalah, > sebesar mana dosa kita, selagi tidak mensyirikkan Allah, maka nescaya masih > ada ruang untuk diampunkan. Dan Allah benar2 mengasihi orang yang ingin > bertaubat. Sebagaiman kisah yang pernah diriwayatkan ini. > > Seorang pembuat dosa telah tiba di suatu jalan bersimpang dua. Satu simpang > menuju ke arah kebaikan dan satu lagi menuju ke maksiat. Belum sempat dia > membuat keputusan, Izrail telah datang mencabut nyawanya. Maka > bertelingkahlah kemudiannya 2 malaikat. Yang satu mengatakan dia ahli > syurga kerana menuju ke lembah maksiat manakala yang satu lagi mengatakan > sebaliknya. > > Maka Allah memerintahkan agar kedua malaikat tersebut mengira jarak antara > dua tempat tersebut dengan si mati. Ternyata dia lebih dekat ke tempat > kebaikan dan dia diterima sebagai ahli syurga. Lihatlah betapa Allah > sentiasa membuka pintu rahmatNya. Bukanlah Allah tidak tahu tempat mana > yang lebih dekat tetapi ini hanyalah sebagai peringatan dan pengajaran > untuk kita. > > Allah sentiasa akan 'menyambut' kita jika kita benar2 ingin ke arahNya. > Bayangkanlah, jika kita berjalan ke arahNya, maka Dia akan berlari menuju > kepada kita. Maka apakah yang kita tunggukan lagi? Ayuhlah kita segera > menunaikan apa yang diperintahkanNya. Mungkin solat kita sebentar nanti > adalah solat terakhir yang mampu kita lakukan. Siapa yang mampu mengagak > bilakah ajal mereka? > > Dan kepada yang telah beroleh iman dan hidayah, janganlah berbangga dan > memandang jelek kepada yang berdosa. Kerana kita tidak tahu apa kesudahan > mereka. Cukuplah berseru ke arah kebaikan. Janganlah kita mendahului Allah > dengan menghukum mereka. Iman ini tidak bersifat kekal. Allah mampu menarik > balik bila2 masa yang Dia mahu. Maka wajiblah kita sentiasa berwaspada. > > Kadangkala terfikir juga. Mungkinkah anak saya akan berbuat seperti saya, > seperti mana yang sering orang perkatakan? Mujurlah bicara teman saya yang > lain menyejukkan hati. Katanya; "Jangan bimbang. Allah tidak zalim. Asalkan > engkau bertaubat dengan taubat yang nasuha, Allah sedia memadamkan > kejahatan yang engkau lakukan". Bukankah Allah Maha Penerima Taubat, > saudaraku sekalian? > > Sekali lagi, bukan membuka pekung di dada. Bukan juga menunjuk baik atau > alim. Saya hanyalah manusia biasa. Berdakwah itu tanggungjawab setiap dari > kita. Hanya ini yang mampu saya lakukan. Semoga Allah sudi untuk terima. > Tidak ada beza tidak atau pernah berdosa. Yang penting betapa kuat semangat > kita untuk menuju ke arah jalanNya. Yang penting menyatakan sesal dan > keazaman untuk tidak mengulangi dosa. > > Ya Allah, sudilah kiranya Engkau menerima taubat kami. Kau jadikanlah kami > dari golongan orang yang bersyukur. Dan kau peliharakanlah iman kami. Ya > Allah! Amin... Ya Rabbal 'alamin... > > Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk > adalah akibat kejahilan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah, > > Wassalamualaikum warahmatullah > > -Abu Naqibah- > > Komen & kritikan membina dialu-alukan. Email saya di > [EMAIL PROTECTED] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
