SUARA EDITOR:

 

… Kita sebagai rakyat Malaysia, tidak boleh lagi hanya bersuara empat tahun sekali melalui kertas undi. Kita mesti bersuara setiap kali gejala-gejala tidak bertamadun itu kita temui. Jangan mudah mengalah apabila suara kita seperti tidak didengar. Percayalah, jika kita istiqamah menyuarakan yang benar, sampai ketikanya kita akan nampak ia begitu berkesan sehingga kita sendiri terkejut melihatnya.

 

http://garapmaju.tripod.com/sekolah_pemikiran_siasah.doc (senarai pengedar)

 

 

 

BERITA-BERITA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peluang Anwar dedah konspirasi Mahathir di mahkamah.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendedahkan segala penyelewengan dan rasuah melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang pentadbirannya dalam perbicaraan di mahkamah apabila kes saman beliau terhadap bekas Perdana Menteri itu dimulakan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika pelajar radikal, kritikal, ia hasil didikan kerajaan

KUALA LUMPUR: Mahasiswa hari ini yang kritikal terhadap beberapa dasar kerajaan, sebenarnya berpunca daripada sukatan matapelajaran yang diperkenalkan oleh kerajaan, demikian kata Pensyarah Linguistik Universiti Putra Malaysia Profesor Dr Awang Sariyan kepada Siasah.

            “Dalam pendidikan, kita mewajibkan kursus pemikiran kreatif dan kritis. Tapi, kita tidak benarkan mereka bersikap kritikal,” kata Dr. Awang.

            Menurutnya, kerajaan telah melatih pelajar di sekolah agar berfikiran kritis dan kreatif. “Apabila tamat sekolah, belajar di universiti atau sudah bekerja sebagai pegawai, akhirnya mereka tidak boleh bersikap kritis. Ini menyebabkan konflik dan pertentangan dalam diri kita sendiri.”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pegawai USM guna taktik kotor

PERAK: Seorang pegawai Hal Ehwal Pelajar (Hep) kampus kejuruteraan Universiti Sains Malaysia telah menelefon bapa seorang calon pilihan raya kampus (PRK) baru-baru ini supaya calon berkenaan menarik diri.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

UIA dicabar!

KUALA LUMPUR:  Dalam suasana gerakan pelajar kian ditekan dan dikongkong, seorang mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bertindak berani memohon perintah mahkamah untuk menghalang perjalanan pilihan raya kampus universiti itu.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

 

RENCANA-RENCANA:

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selangkah: Anwar Masuk Umno baik untuk Pas? – Subky Latif (Selangkah)

“… kiranya Anwar takut hendak menyertai Pas dan mengambil alih kepimpinan Pas, maka lebih baik dia menyertai Umno secepat mungkin. Saya tidak teragak-agak menerimanya sebagai ketua Pas kerana saya tahu apa yang boleh dibuat.

            Dengan dia di luar dan tak tahu ke mana dia nak pergi, maka selama itu Pas hidup segan mati tak mahu.

            Jika di a bertegas, kembali kepada Umno, maka Pas senang bergerak. Muafakat pembangkang banyak baiknya. Tetapi muafakat mesti meringankan kerja Pas. Muafakat pembangkang yang disertai Pas terbukti menjadikan Pas kaku, kerana banyak beban orang lain, ia terpaksa pikul.

            Bagi saya lagi cepat Pas bersendirian, ia boleh kembali gagah. Ia sukar menang dalam waktu yang singkat. Tetapi sepuluh tahun lagi ia akan kembali gagah seperti sebelum tahun 1999.”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selidiki Perkhidmatan Awam – Rustam A. Sani (Pandangan Rustam)

            “Isunya bukan sekadar kes persaraan seorang ketua jabatan, tetapi institusi perkhidmatan awam tidak memadai bersih daripada rasuah, bahkan mesti bebas daripada penindasan feudal pemimpin politik.”

            “Apa yang jelas terjadi selama beberapa minggu yang lalu ialah hakikat bahawa para pegawai kanan kita telah mencuba meniru para ahli politik kita yang bermewah-mewah tetapi sanggup pula mencium tangan mereka jika tindak-tanduknya kurang disenangi oleh para ahli politik yang amat feudal orientasinya itu. “

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Najib tebal berjiwa bangsawan – Mohd Sayuti Omar (Arus Bawah)

“… Zaman orang tunduk kepada orang lain tanpa usul periksa sudah lama berlalu. Kini, manusia menghormati kebijaksanaan dan ketinggian sahsiah seseorang. Betapa pun dia kaya raya kalau tidak mempunyai moral, bersikap ego dan sebagainya, mereka tidak akan dihormati.

“…Sepatutnya Najib lebih menunjukkan sifat merendah diri dan ‘tasamuh’. Elakkan dari dianggap ego dan sombong, apa lagi digelar generasi penerus kaum bangsawan yang bakal berkuasa di negara ini.

“Paling afdal beliau perlu menyesuaikan diri dengan hidup berlatarbelakangkan prop marhaen dan bukannya bangsawan yang penuh dengan feudalistik!”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keliru tolak bahasa baku – ABA

            “…Ada juga yang mendakwa idea bahasa baku jelmaan komunis. Hal ini merujuk nama sebuah tempat, Baku di Azerbaijan, Rusia sebagai sebuah blok Komunis. “Walhal, kami pejuang bahasa, ketika mengungkapkan idea ini, bukannya diilhami oleh Baku di Rusia itu. Itu cuma kebetulan.” Sambil itu beliau menyindir, “Ini contoh betapa dangkalnya sesetengah bijak pandai kita. Padahal istilah baku itu hadir dalam istilah Jawa.”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anwar masih lagi faktor utama (Wawancara) – Datuk Ruhanie Ahmad – MSO, HZ

SIASAH: AP menjadi perdebatan hangat ahli-ahli Parlimen, menteri berkenaan, Rafidah tidak nampak muka. Sebagai orang berpengalaman di Parlimen, bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), pula, apa pandangan Datuk mengenainya?

Ruhanie: “…tapi yang menjadi masalah, beliau (Rafidah) tidak jelaskan bahawa setiap MP boleh menerima satu AP sebagai satu kemudahan yang diberi kerajaan tanpa mengira parti. Tapi, kenapa Rafidah tidak jelaskan; ini yang ahli-ahli Parlimen marah.”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fenomena negatif label pelajar : Bicara Belia (S.A)

Siasah: Tiba-tiba sahaja Mawi diterima sebagai ikon golongan remaja. Mungkin PKPIM ada pandangan lain.

“Peluang ini patut diambil pihak berpatutan agar dimasukkan agenda pengisian yang lebih bereri. Pada masa sama, alternatif lain perlu bagi melahirkan ikon remaja bukannya melalui program realiti tv.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aktor dalam panggung politik – HZ.

            “Apapun kesudahan  episod Pas dan Umno merebut Mawi untuk propaganda masing-masing, politik sebagai permainan tanda di negara kita kini memasuki satu era baru. Parti politik, terutama Pas, kini tidak segan lagi untuk menggunakan budaya popular untuk mencapai matlamat politik, dan sekali gus menjadi sebahagian budaya popular.”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Umno melekat di HEP – ABA

… “Menurut sumber, Karim dipanggil pada 26 Ogos lalu oleh Maha ke biliknya dan dipukul di bahagian kepala. “Kad matriknya dirampas. Telefon bimbitnya diambil kerana pegawai Hep itu mahu menyiasat kiriman SMS yang pernah dibuat oleh Karim sebelum ini,” katanya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

 

SISIPAN WANITAKINI – FIFI – JIWANYA LASAK

 

Ketika diberitahu mengacarakan rancangan Bersamamu bagaimana perasaan Fifi?

            “… Saya amat merindui detik-detik sebagai wartawan kerana tugas sebagai wartawan lebih mencabar. … Menariknya, walaupun kadangkala  mendapat komen rakan saya menerima reaksi secara positif. Saya tidak pernah berasa putus harapan atau kecewa.”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan cabar saya sebab Anwar (Wawancara) – Suhaimi Ibrahim, GPMS. – ABA.

Siasah: Mungkin cabaran itu disebabkan sdr rapat dengan bekas TPM, DSAI?

Suhaimi: “… Kalau faktor Anwarlah sebab saya dicabar, itu akan mengheret GPMS ke kancah politik dan ia merbahaya kepada GPMS… Kita senada dengan Perdana Menteri dari dulu lagi kerana GPMS mesti selari dan seiring dengan kerajaan.”

Siasah: Nasihat kepada orang yang mahu bertanding.

Suhaimi: “ … Cuma saya nasihatkan sesiapa yang hendak bertanding kena ingat mengenai sumbangan mereka. Jangan hanya kerana GPMS kini sudah kuat, maka semua ingin menonjolkan diri.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Horizon baru gerakan Islam: Tok Guru dan masyarakat yang dilemasi gejala hiburan – Dinsman

            “… Ada satu perbandingan atau analogi yang boleh kita lihat mengenai perkara ini. Beberapa tahun yang lalu, sekitar 70-an, terdapat satu jalur pemikiran di kalangan tokoh dan pemimpin budaya yang sedang berikhtiar untuk memajukan sifat membaca di kalangan generasi muda waktu itu. Kebetulan waktu itu sedang lahir majalah dan komik. Maka difikirkan bahawa eloklah digalakkan generasi muda membaca komik terlebih dahulu, supaya apabila mereka mempunyai kegemaran itu, mereka juga akan beransur-ansur suka membaca buku-buku yang lebih serius.

            Lalu, apa terjadi? Ternyata bahawa andaian itu salah. …”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menilai keterbukaan menara gading – (Lanh) Kembara Seorang Penulis

            “Khatib penuh bersemangat menyatakan kemerdekaan bukan saja bermakna melepaskan diri daripada cengkaman penjajah bangsa asing seperti orang putih (British, ke atas bangsa lain (seperti orang Melayu di Tanah Melayu) tetapi juga oleh sesuatu bangsa itu ke atas bangsanya sendiri.”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mengapa Jalur Gemilang sama bendera Amerika? Subky Latif (Terkenang Semasa Dulu)

            “… Dalam tahun 1969 – 1970 ketika Tun Razak mengambil alih kerajaan dari Tunku Abdul Rahman dalam keadaan Tunku masih sebagai Perdana Menteri, atas kemahuan Umno kalimah Allah-Muhammad dalam bendera Pas dan lambang pilihanraya Bulan-Bintang diharamkan kerana ia berunsur agama Islam.”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

http://ibnuamir.multiply.com/journal/item/34

(Wakalah 1 – Derita Mahasiswa Dibawa ke Parlimen)

http://garapmaju.tripod.com/sekolah_pemikiran_siasah.doc (senarai pengedar)

http://www.pkpim.net

http://www.idealis-mahasiswa.net

http://www.kampusnegara.com

http://harapan-online.blogdrive.com

http://www.ummahonline.com

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

M E S E J   T A M A T


Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke