Tiada syarat ambil pakar bumiputera oleh syarikat multinasional
Wednesday, September 28 @ 10:29:46 MYT


KUALA LUMPUR, 28 Sept (Hrkh) - Dr Mohamed Hayati Othman (PAS-Pendang) minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan berapa peratus pakar-pakar Melayu yang wajib diambil oleh syarikat multinasional sebagai syarat untuk mereka beroperasi di negara ini.

Bagaimanapun, soalan itu tidak dijawab oleh menterinya, Dato' Seri Rafidah Aziz tetapi hanya dijawab Setiausahanya, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew.

Beliau yang menjawab di Dewan Rakyat semalam, berkata tiada syarat dalam pengambilan pakar Melayu/bumiputera oleh syarikat multinasional kerana ia menggunakan lebih sumber tenaga tempatan yang berkepakaran tinggi dibanding dengan syarikat milik tempatan.

Tambah beliau, berdasarkan kajian yang dibuat oleh MIDA, syarikat multinasional telah menawarkan peluang pekerjaan kepada pakar tempatan daripada kalangan pengurusan dan profesional pada puratanya 179 pakar bagi setiap syarikat berbanding 23 orang pakar bagi syarikat tempatan. – SA/lanh


How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke