MAZHAB HANAFI
Imam Abu Hanifah(80-150H)

Pengasas mazhab Hanafi ialah Imam Abu Hanifah, nama sebenarnya ialah
Al-Nu'man bin Sabit dari golongan Tabi'in dan berasal dari ketrurunan
Parsi. Beliau dilahirkan pada tahun 80H di Kufah dan dibesarkan di
sana. Wafat pada tahun 150H.

Imam Abu Hanifah ialah seorang yang mempunyai peribadi yang tinggi
iaitu suka berpakaian bersih, memakai wangi-wangian sehingga orang
ramai mengenalinya melalui bau wangi yang dipakainya. Beliau juga amat
meminati ilmu pengetahuan dari kecil, pintar dan suka berhujah.
Bersedia menerima hujah yang munasabah dari mana-mana pihak termasuk
muridnya.

Pada mulanya beliau menjadi seorang ahli perniagaan dan saudagar yang
terkenal tetapi akhirnya bertukar menjadi seorang ulama' yang
terkenal. Pada peringkat awal beliau terkenal dalam bidang ilmu
akal(tauhid) tetapi akhirnya membuat tumpuan lebih kepada hukum
sehingga menjadi imam mazhab Hanafi yang terkenal.

Beliau adalah seorang ulama', tokoh undang-undang, ahli fikir, pernah
menjadi saudagar dan banyak mengarang kitab dalam beberapa bidang ilmu
dan hukum. Di antara karyanya ialah kitab al-Masbut, kitab al-Zaiyat,
kitab al-Jami'us-soghir, kitab al-Jami'ul-kabir, kitab
al-sairu-soghir, kitab al-sairu-kabir.

Aliran yang dipakai dalam mazhab Hanafi ialah aliran akal atau ahli
akal. Mazhab Hanafi lahir di Iraq iaitu kawasan yang terletak jauh
dari tempat banyak terdapat hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Di antara
ulama' terkenal mazhab Hanafi ialah Imam Abu Yusoff (Yaakob bin
Ibrahim), imam Muhammad bin al-Hassan, al-Nasafi, al-kamal dan
lain-lain.

Dasar fatwa mazhab Hanafi selain dari al-Quran dan al-Hadith ialah
al-Qias, al-Istihsan dan fatwa al-Sahabah(fatwa para sahabat). Tempat
yang terdapat ramai ahli mazhab Hanafi ialah India, Mesir, Turki,
Syria dan Yaman.

Mazhab Hanafi telah mencapai kemuncak kecemerlangannya di zaman
pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyhid. Pada masa itu seorang ulama'
dari pengikut mazhab Hanafi iaitu Imam Abu Yusoff dilantik menjadi
hakim bertaraf menteri. Imam Abu Yusoff telah mengembangkan mazhab
Hanafi ke seluruh Negara dan menyerahkan urusan kehakiman kepada
orang-orang yang sealiran dengan mazhab Hanafi. Ini menyebabkan mazhab
ini tersebar luas dan ramai orang berusaha mempelajarinya.

Wallah hu a'lam….

--
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan
Seluruh Alam"

PakNgah70
http://pakngah70.blogspot.com/


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke