Saya setuju pasal ramai yg bebal minyak. Tapi yang pasti ada ramai rakyat 
Malaysia yg tahu dan sedar akan masalah kesusutan minyak dan pengaruh atau 
kesan terhadap "Energy Security" negara kita ini. Sebab itu lah pihak kerajaan 
telah memulakan beberapa langkah untuk menanganinya untuk jangka panjang. 
Ramalan minyak akan habis adalah satu jangkaan berdasarkan statistik dan 
ramalan geologist. Walaubagaimanpun, kita perlu rasional dan BERSEDIA dalam 
menghadapi krisis ini dan jangan terlalu leka dan terlena yg kita ada banyak 
minyak, JANGAN sehingga satu masa nanti bila negara kita sudah jadi pengimport 
bersih minyak barulah kita mula bertindak.  

Amalkan lah kecekapan tenaga dan tenaga yg boleh diperbaharui.

 

asetip 



-----Original Message-----
From: what a relief
Sent: 2005-09-27T07:11:09.000Z
To: [email protected]
Cc:
Subject: Bismillah [hidayahnet] BEBAL MINYAK!
Bebal minyak
Hishamuddin Rais -Sep 23, 05 6:15pm




Hishamuddin Rais
...adalah seorang manusia baru dengan roh yang bebas. Beliau merupakan 
pendukung dan pengembang asal mazhab NGI (non-governmental individual). 
Dipengaruhi oleh fahaman Marxis jenis Groucho, Isham adalah lulusan daripada 
sekolah pemulihan pemikiran politik seperti Melbourne Tellamarine Center, 
Bombay Arthur Road, Ayer Molek dan Dang Wangi.
Kolumnya di malaysiakini - DOTMAI - terberhenti sejak April 2001 selepas 
penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Isham dibebaskan Jun lalu 
selepas dua tahun di Kem Tahanan Kemunting. Kini Isham muncul semula dengan 
kolum DOTMAI KEMBALI di mana beliau akan menulis mengenai isu-isu politik 
semasa, filem, seksualiti hingga kepada isu estetika kebosanan hidup.
MalaysiakiniJust before war broke out in 1914, British and German companies had 
negotiated joint participation in the newly-founded Turkish Petroleum Company 
that held prospecting rights in Mesopotamia. The war ended the Anglo-German oil 
partnership and it exposed the territories of the German-allied Ottoman Empire 
to direct British attack.

As war continued, oil seemed ever more important and shortages ever more 
menacing to the imperial planners. Sir Maurice Hankey, powerful Secretary of 
the British War Cabinet, wrote to Foreign Secretary Arthur Balfour during the 
wars final stage, to argue that oil had become absolutely vital to Britain and 
that oil resources in Mesopotamia would be crucial in the future. “Control of 
these oil supplies becomes a first-class war aim,” Hankey said 
enthusiastically, as British troops closed in on Baghdad.

Dipetik dari buku Hadiah Pulitzer tulisan Daniel Yergin - The Prize: The Epic 
Quest for Oil, Money and Power New York 1991).

Setelah taufan Katrina berlalu, kini warga dunia telah diberi tahu satu lagi 
taufan bernama Rita akan melanggar kawasan persisiran Laut Teduh di Amerika 
Syarikat. Kedatangan taufa Katrina telah memusnahkan bukan sahaja kota New 
Orleans tetapi beberapa buah pelantar minyak di Telok Mexico. Katrina telah 
melonjakkan harga bahan bakar minyak mentah dunia hingga mencecah 71 dollar 
satu tong.

Taufan Rita yang sedang bergolak di Telok Mexico sedang bergumpal dan bertiup 
menuju ke Texas. Kemungkinan Rita melanggar musnah 18 buah loji penapis minyak 
di Texas adalah satu perkara yang paling mencemaskan, bukan hanya rakyat 
Amerika tetapi ekonomi dunia. 18 buah loji ini mengeluarkan empat juta tong 
minyak sehari atau suku dari pada jumlah minyak mentah yang telah ditapis di 
Amerika Syarikat.

Semasa saya menyediakan tulisan ini, harga minyak mentah telah mula mencecah 
67.80 dollar satu tong. Kemungkinan harga ini akan naik lagi tidak dapat 
dipertikaikan. Persoalannya yang wajib kita sama-sama renungkan ialah hingga ke 
tahap mana bahan bakar petrol ini akan naik.

Saya merasakan di negara kita ini, kesedaran tentang minyak dan arus politik 
ekonomi minyak amat minima. Saya masih belum melihat berlakunya perbincangkan 
akademik atau wacana ilmiah dari para pemikir tamadun – jika mereka wujud – 
tentang peranan minyak dan budaya
konsumer yang kita alami hari ini.

Parti-parti politik, dari yang berkuasa hingga ke parti yang bermimpi-mimpi 
hendak berkuasa, masih gagal memahami implikasi politik minyak. Badan-bandan 
Ngo kelihatan tidak bermaya untuk memahami apa itu politik minyak. Saya tidak 
mengharapkan universiti kerana universiti-universiti di negara ini, telah lama 
‘mandul’ ilmu. Akhirnya apa yang wujud hanyalah budaya bebal minyak.

Malah, masih ramai yang berpendapat bahawa harga minyak melonjak naik kerana 
wujudnya spekualsi dari syarikat-syarikat gergasi minyak yang memasung 
pengeluaran dan pengedaran minyak. Mengikut hujah pandangan garis ini, para 
spekulasi ini sedang bersekongkol dengan media untuk menakut-nakutkan pengguna 
agar harga minyak terus dapat dinaikkan.

Saya tidak menafikan bahawa dalam suasana kelam-kabut dan tidak menentu ini, 
keuntungan maksima memang sedang diraih dan meloroh masuk ke dalam kantung 
syarikat-syarikat gergasi minyak. Exxon, Chevron, Mobil, British Petrolium, 
Shell, Gulf dan Texaco adalah gergasi-gergasi yang juga dikenali sebagai Seven 
Sisters. Syarikat-syarikat inilah yang memiliki dan menguasai carigali dan 
pemasaran minyak dalam dunia ini. Pertamina dan Petronas hanyalah sebesar tahi 
lalat Azean Irdawaty berbanding dengan Seven Sisters.

Kuasa tentera Jerman
Biar saya ulang sebut beberapa fakta sejarah agar kita sama-sama dapat 
merasakan taufan yang telah dibawa oleh bahan bakar minyak ini. Perang dunia 
pertama berlatarbelakangkan bahan bakar minyak. Perang dunia kedua juga adalah 
perebutan minyak antara kuasa imperial British yang telah menawan, menakluk dan 
memiliki telaga-telaga minyak di Timur Tengah dengan
kuasa tentera Jerman yang tidak memiliki minyak.

Serangan dan penaklukan tentera Jerman ke atas Mesir – jauh dari pentas perang 
Eropah – bertujuan untuk menguasai telaga-telaga minyak di Timur Tengah. 
Tentera Mussolini yang menakluki Libya, juga bertujuan untuk menjarah telaga 
minyak yang telah dimiliki oleh kuasa imperial British.

Pentabiran Muhammad Mussadegh (1951-53) di Iran, telah disingkirkan oleh kuasa 
Anglo-Amerika kerana Perdana Menteri Iran ini telah memiliknegarakan 
telaga-telaga minyak negaranya. Penggantinya ialah Ahmad Reza Pahlevi yang 
telah dinobatkan oleh kuasa Anglo-Amerika untuk memastikan Seven Sisters dapat 
sekali lagi beroperasi tanpa halangan di Iran.

Malah, jika rajin mengkaji sejarah negara kita sendiri, maka kita akan bertemu 
bagaimana pada tahun 1962, rancangan Brunei untuk menjadi kerabat Malaysia, 
telah dihalang oleh kepentingan Shell. Tiba-tiba, pada tahun 1967, Sultan Omar 
Ali Saifuddin diberitakan ‘tidak sihat’ dan digantikan dengan Sultan Hassannul 
Bolkiah yang ketika itu masih lagi muda. Tidak dapat
tidak, sandiwara ini adalah sandiwara Shell.

Perang Iran dan Iraq bermula apabila kepentingan syarikat minyak Seven Sisters 
tergugat oleh pentabiran Ayatollah Khomenei. Perang ini berlanjutan dan 
berjangkit ke Kuwait, wilayah yang dianggap oleh warga Iraq sebagai sebahagian 
dari tanahair mereka.

Dua tahun dahulu, kuasa imperial Anglo-Amerika dengan segala kekuatan bala 
tenteranya, telah menyerang dan menakluk Iraq. Hari ini, warga dunia dari ceruk 
manapun telah mengetahui bahawa tujuan serangan ini ialah untuk menguasai dan 
memiliki telaga minyak Iraq yang telah dimiliknegarakan oleh kerajaan Parti 
Sosialis Baath di Iraq semenjak tahun 1974. Perang di Iraq yang sedang 
dipentaskan hari ini, adalah bukti seperti ‘siang lagi bersuluh’ tentang 
peranan bahan bakar minyak petrol.

Saya telah menulis dan cuba menerangkan kepada umum, terutama kepada ramai 
penganut mazhab bebal minyak bahawa bahan bakar minyak petrol ini telah semakin 
susut. Saya dapati kebebalan yang maha sangat ini, sedang melanda budaya fikir 
warga negara ini. Sedikit sebanyak, saya dapat memahami kenapa begitu liat 
sekali kesedaran ini meresap. Dan bagitu susah sikap bebal minyak ini pecah. 
Dari sudut ilmu falsafah, perkara yang amat susah untuk diterima ialah 
kebenaran, terutama apabila kebenaran itu akan mengancam pandangan dunia yang 
sedang dipegang.

Teori puncak minyak
Untuk ini, sekali lagi saya akan cuba menerangkan apa yang dipanggil teori 
‘Peak Oil’ atau yang telah saya sunatkan untuk menjadi teori Puncak Minyak. 
Teori ini dikeluarkan oleh M King Hubbert, seorang pakar kajibumi – 
geophysicist – Amerika. Dia telah menulis dan menyampaikan teorinya kepada 
American Petroleum Institute pada tahun 1956. Mengikut teori ini, Hubbert telah 
meramalkan pengeluaran minyak di Amerika Syarikat akan sampai ke puncak di 
antara tahun 1965– 1970. Apabila pengeluaran minyak ini telah sampai ke 
puncaknya, maka ianya akan menurun dan akhirnya minyak ini akan habis.

Hubbert memunculkan teori ini berdasarkan pengamatan data-data tahap kesusutan 
sesebuah telaga minyak. Dia menolak pandangan pakar kajibumi yang menganggap 
bahawa telaga minyak adalah satu tasik minyak dibawah tanah yang hanya perlu 
ditemui dan disedut minyaknya keluar. Seperti menyedut air soya dalam kotak. 
Menurut Hubbert telaga minyak ialah batu-batan yang
mengandungi minyak yang wajib mendapat tekanan. Kawasan di sekeliling 
batu-batan minyak ini, wajib mendapat tekanan yang teratur rapi, terutama di 
sekitar telaga. Tanpa tekanan, mungkin minyak tidak akan dapat ditimba keluar.

Kuasa tekanan untuk mengeluarkan minyak ini akan dilakukan dengan memancutkan 
air, gas atau apa sahaja. Telaga minyak akan dianggap susut apabila tenaga 
untuk mewujudkan tekanan ini sama sahaja kosnya dengan jumlah minyak yang 
dikeluarkan dari telaga ini. Mengeluarkan minyak dari telaga seperti ini akan 
dianggap tidak berbaloi walaupun masih banyak lagi minyak yang belum 
dikeluarkan dari telaga ini. Bila ini terjadi, maka telaga ini telah melintasi 
Puncak Minyak.

Ketika Hubbert mengajukan teorinya pada tahun 1956, dia dianggap sasau dan 
tidak waras dari segi ilmiah dan akademik. Hari ini, terbukti teori Puncak 
Minyak yang diajukan oleh Hubbert tepat ke sasarannya. Amerika Syarikat telah 
sampai ke puncak pada tahun 1971, seperti yang
diramalkan oleh Hubbert. Puncak minyak telah melintasi Russia pada tahun 1987, 
Brunei (1979), Libya (1970), Iran (1974) dan Indonesia pada 1997.

Puncak penemuan minyak dalam dunia ini ialah pada tahun 1964. Berdasarkan teori 
ini dan dengan data-data terbaru, maka pengeluaran minyak sedunia akan sampai 
ke puncak tidak lama lagi. Pengkaji yang optimis pula telah berani memberikan 
tarikh 2020 sebagai puncak minyak sedunia. Tetapi ada pula pengakaji yang lebih 
pesimistik yang mengatakan bahawa dunia telah melintasi puncak minyak.

Memang betul, apa yang diajukan oleh Hubbert hanyalah satu teori. Dan sebagai 
satu teori, ianya boleh disanggah dan diperlekehkan. Tetapi hakikatnya, pada 
hari ini, semakin jelas kelihatan bahawa pengeluaran minyak dalam dunia ini 
tidak berupaya untuk menampung permintaan. Permintaan yang meninggi dan 
pengeluaran yang mengecut, telah melonjakkan harga komoditi ini. Ini 
memperkuatkan lagi teori Hubbert ini. Teori Puncak Minyak ini telah mendapat 
sokongan dari Matt Simmons, Pengerusi Simmons and Company International – 
sebuah bank perlaburan carigali minyak.

Matt Simmons juga adalah seorang penasihat kepada ‘2001 Energy Task Force – di 
bawah jabatan Naib Presiden Dick Cheney. Matt Simmons orang minyak ini, bukan 
orang biasa. Ertinya dia mengetahui semua selok-belok dan hal-hal bersangkutan 
dengan bahan bakar minyak petrol. Matt Simmons berpendapat, pasaran minyak 
semakin kelam-kabut kerana 90 peratus pengeluaran minyak dari Arab Saudi, hanya 
datang dari lima telaga yang telah beroperasi lebih daripada 50 tahun. Arab 
Saudi adalah pengeluar minyak terbesar di dunia.

Tamadun konsumer
Selama dua dekad ini, tidak wujud data-data terperinci tentang pengeluaran dan 
carigali minyak di Arab Saudi. Semuanya dirahsiakan oleh kerajaan Saud. Ini 
meremangkan bulu tengkok
sesiapa sahaja yang menjalankan kajian ilmiah tentang minyak petrol. Kita harus 
sama-sama menerima hakikat bahawa tamadun yang sedang kita alami ini ialah 
tamadun minyak. Panggillah ianya apa sahaja – tamadun moden, pasca moden, late 
capitalism, pasca Marxism atau pra tamadun Islamic – hakikatnya, kita sedang 
bergelumang dalam tamadun konsumer yang dijana oleh minyak petrol yang senang 
didapati dan murah.

Semua yang wujud di sekeliling kita hari ini ada bersangkutan dengan bahan 
bakar minyak petrol. Kita diterangi, dipanasi dan diangkut ke hulu ke hilir 
oleh minyak. Kita makan dan kita minum minyak petrol. Makanan yang dihidangkan 
di meja makan kita adalah minyak. Tepung, beras, sayuran, daging atau ayam yang 
dimport, memerlukan pengangkutan. Pengangkutan bermakna minyak.

Gandum yang menghasilkan tepung, memerlukan baja. Baja ertinya minyak petrol. 
Ikan yang dicari di lautan, wajib ditangkap dengan kapal nelayan. Kapal nelayan 
bermakan bahan bakar minyak. Ayam yang kita bawa masuk dari Siam wajib dibawa 
dengan lori. Lori ini memerlukan minyak petrol. Kain baju yang kita pakai pun 
dari minyak. Hakikatnya, dalam tamadun konsumer hari ini adalah tamadun minyak 
petrol.

Kerana bahan bakar ini begitu penting, maka saya meminta kita memberi perhatian 
serapi mungkin terhadap gerak politik minyak yang sedang berlaku di sekeliling 
kita, agar kita tidak terus menjadi bebal minyak dan tiba-tiba melopong 
ternganga apabila Kancil kita tidak berupaya lagi bergerak.

Perhatikan dengan rapi – hari ini tentera laut negara China telah berubah 
menjadi apa yang dipanggil ‘Blue Navy’. Peralihan ini bermakna, tentera laut 
China bukan lagi hanya berligar di kawasan perairan persisiran China, tetapi 
memiliki keupayaan untuk berlayar jauh. Ini dilakukan untuk mengawal dan 
menjaga keselamatan kapal-kapal pembawa minyak yang akan masuk ke pelabuhan 
China.

Perhatikan dengan rapi – perang sudara di Darfur Sudan. Latarbelakang perang 
ini ialah perebutan blok atau kawasan-kawasan minyak yang telah diagih-agihkan 
kepada syarikat-syarikat carigali minyak, termasuk Petronas dari Malaysia.

Perhatikan dengan rapi – apa yang sedang bergolak di Lembah Niger, Nigeria. 
Jangan lupa tentang seniman dan penulis Ken Saro-Wiwa yang telah dihukum bunuh 
kerana berjuang menentang syarikat Shell yang memusnahkan wilayah Ogoni 
kawasan, kaumnya pada tahun 1995. Perang pemisah yang sedang berlaku sekarang, 
semuanya berasaskan perebutan blok atau kawasan yang buminya dianggap memiliki 
minyak.

Parlimen dan isu AP
Perhatikan dengan rapi – tentang pencerobohan kapal selam China ke perairan 
Jepun pada awal tahun ini. Ini juga bersangkutan dengan minyak. China sedang 
menduga sistem pertahanan laut Jepun.

Perhatikan dengan rapi – perebutan kawasan perairan di antara Indonesia dan 
Malaysia yang baru berlalu tidak lama dahulu. Ini juga berlatarkan perebutan 
blok minyak.

Di negara kita ini, saya perhatikan penganut mahzab bebal minyak ini semakin 
bebal. Saya ingin memeranjatkan mereka dan memberitahu bahawa dalam masa yang 
amat singkat, Malaysia tidak akan lagi memiliki minyak untuk dijual. Malaysia 
akan melintasi puncak minyak atau telahpun memasuki zaman puncak minyak.

Sikap bebal minyak saya perhatikan semakin menjadi-jadi. Satu petanda yang amat 
jelas ialah garis ekonomi kerajaan kita yang begitu ghairah dengan industri 
kereta dan motosikal. Perbincangan yang dilakukan di Parlimen oleh pihak 
kerajaan dan pihak yang bermimpi hendak menjadi kerajaan mengenai industri ini, 
hanya berupaya ke tahap permit AP. Otak ahli-ahli Parlimen kita tidak berupaya 
untuk berhujah dan menilai lebih jauh:

– Apakah industri kereta ini satu bentuk industri lama yang telah ditinggalkan 
zaman

– Apakah industri ini sengaja ditinggalkan kepada dunia ketiga kerana ianya 
bersifat ‘kotor’

– Apa pandangan para YB tentang masa depan industri ini yang dijangka hanya 
akan dimiliki oleh hanya lima syarikat motor gergasi dan tidak termasuk Proton 
atau kedai membaiki motor di Kampung Kerinchi.

– Apakah para YB tidak menyedari bahawa banyak syarikat kereta dalam dunia ini 
sedang menuju ke gaung kemuflisan, termasuk Proton.

Hari ini, kereta dan motosikal ini telah menjadi pembunuh bersiri yang paling 
rajin. Dalam masa yang sama industri yang bersangkut rapat dengan bahan bakar 
petrol ini, sedang membawa musibah pencemaran alam sekitar. Pembakaran petrol 
dari enjin kereta, telah bertanggungjawab menaikkan suhu kepanasan dunia yang 
kini melahirkan perubahan cuaca. Cuaca dunia yang
berubah ini pula melahirkan Katrina dan Rita yang memusnahkan diri kita 
sendiri. Hanya yang si bebal sahaja tidak dapat mencampur dua sama dua.

Saya cukup yakin, sesiapa yang bebal minyak akan terperanjat tidak lama lagi 
akan apabila dunia berhadapan dengan Puncak Minyak. Hingga ke hari ini, lebih 
dari 25 bilion tong minyak telah dikenal pasti. Dalam masa yang sama, hanya 8 
bilion tong minyak baru, yang telah ditemui. Hari ini, dunia menggunakan 84.3 
juta tong minyak sehari, ertinya 30 bilion tong untuk setahun. Pengeluaran dan 
permintaan jika selari, maka tidak berlaku kelam-kabut seperti hari ini. Tetapi 
ekonomi dunia dan keadaan politik dunia tidak dalam keadaan ceteris paribus. 
Keadaan berubah, permintaan dari China dan India telah memberi tekanan kepada 
pengeluaran yang sedia sempit.

Akhir bulan ini atau bulan hadapan, kerajaan Indonesia akan melupuskan subsidi 
bahan bakar minyak untuk rakyat Indonesia. Pentabiran Presiden Susilo telah 
bersiap sedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan. Keretakan rejim Suharto 
dahulu bemula apabila Suharto cuba menaikkan harga bahan bakar ini. Kali ini 
Susilo pula akan mencuba melakukan perkara yang sama dalam suasana pasca 
reformasi. Saya berharap semua penganut bebal minyak akan mengikuti apa yang 
akan berlaku di Indonesia dan bukan hanya bersembang kosong tentang AP.


Send instant messages to your online friends http://asia.messenger.yahoo.com 



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke