Assalamualaikum,

So what dengan ijazah bergulung-gulung? Kenapa mesti kehebatan seseorang dikaitkan dengan kelayakan akademik? Kenapa kemaksiatan tidak boleh dikaitkan dengan PhD? Adakah pemilik PhD bebas dari dosa????

 

Malangnya, apa yang sering ditanamkan di minda pelajar sekolah ialah mereka mesti belajar bersungguh-sungguh dan masuk universiti untuk menjawat jawatan tinggi, bergaji besar, memiliki kereta menjalar dan membeli rumah besar. Tidak ditanamkan diminda bahawa mencari ilmu itu dituntut oleh agama. Thalabul 'ilmi faridhatan 'ala kulli muslimin wa muslimat (Menuntut ilmu itu diwajibkan ke atas setiap umat Islam laki-laki dan wanita – hadis). Tidak ditanamkan bahawa ilmu itu perlu sebagai jalan menjadi manusia bertaqwa menurut perspektif Islam – bukan hebat menurut perspektif masyarakat Sekular-Kapitalis yang memandang paper qualification sebagai 'standard' untuk mengukur kebaikan, kehebatan, akhlak dsb. Kadang2 ibu-bapa tidak menegur anak mereka – kerana bimbang akan menjejaskan pencapaian akademik mereka. Sementelah bila anak belajar di menara gading.

 

Ilmu juga bukan sandaran bahawa perilaku seseorang akan lebih baik jika ilmu yang dipelajari tidak diterjemahkan kepada aktiviti fizikal berupa perbuatan dsb. Berapa ramai manusia yang memiliki sijil bidang agama tetapi mengeluarkan kenyataan-kenyataan kontroversi seperti melacur dianggap darurat yang ternyata amat membimbangkan sekali kepada orang-orang yang melihat 'sijil' dan kedudukan dalam masyarakat.

 

Tidak dapat disangkal lagi betapa pentingnya ilmu tetapi kawalan dalaman (internal control) berupa ketaqwaan yang merujuk kepada halal-haram, perintah-larangan, dosa-pahala, syurga-neraka lah   yang bakal membantu seseorang menjauhi kemaksiatan samada dadah atau lain-lain yang haram. Ketaqwaan yang dijana hasil dari mengikuti kelas-kelas pengajian secara berstruktur, sistematik dan istiqamah selama 365 hari (bukan terhenti di bulan Ramadhan untuk memberi laluan kepada solat terawih sahaja) akan melahirkan keperibadian seorang Muslim sejati yang sentiasa mengaitkan perbuatannya dengan hukum syara'. Walaubagaimanapun, perubahan mendasar ini hanya akan terkesan pada individu sekiranya dia memahami dengan jelas apa yang dinyatakan dalam Surah Ar Ra'd:11

 

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka (pemikiran)

 

Jika kefahaman (mafhum) dalam diri tidak berubah, maka ilmu banyak mana tidak akan membantunya mengawal diri dari terjerumus pada yang haram samada yang fizikal (dadah) atau yang intagible (pemikiran sekular – fasluddeena 'anil hayah – pemisahan agama dari kehidupan). Maka, lahirlah seekor keldai yang membawa kitab.... kwa kwa kwa kwa.....

 

WalLahu 'alam.

 

Tiada pengetahuan punca terpengaruh


KUALA LUMPUR: Ada penagih dadah di negara ini yang memiliki kelulusan Doktor Falsafah (Phd) serta menjawat jawatan profesional seperti jurutera tetapi turut terpengaruh dengan gejala itu.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuala Lumpur, Tuan Azemin Tuan Deraman, ketika mendedahkan perkara itu berkata, walaupun memiliki pengetahuan dalam bidang akademik, pihak itu turut terbabit dalam gejala penagihan dadah.

Beliau berkata, ini disebabkan mereka tidak memiliki pengetahuan secukupnya mengenai gejala penagihan dan perkara berkaitan dadah sehingga menyebabkan mereka tidak dapat mengenali anasir yang boleh menjurus ke dalam kegiatan itu.

"Kita harus memiliki ilmu mengenai dadah kerana jika lalai sedikit dadah mudah saja menyerang kita malah ada penagih yang memiliki Phd Syariah turut terpengaruh dan kini masih dalam rawatan di pusat serenti," katanya pada penutupan Program Komuniti Bebas Dadah Kampung Baru Air Panas, di sini, semalam.

Sehubungan itu, Tuan Azemin berkata, masyarakat terutamanya ibu bapa perlu memperlengkapkan diri dengan pengetahuan terkini mengenai dadah bagi membolehkan mereka menolak dadah serta mengesan sama ada anak mereka terbabit gejala itu.



Beliau berkata, pihaknya akan mempergiatkan kempen antidadah pada peringkat komuniti tetapi berharap semua pihak turut bekerjasama dalam usaha membasmi gejala itu dan tidak hanya bergantung harap kepada kerajaan semata-mata.

"Daripada kajian, antara punca penagihan dadah adalah pengaruh kawan dan sifat ingin cuba dan sukar untuk pulih jika sudah ketagih dadah kerana memerlukan kekuatan dalam diri," katanya.

Katanya, masyarakat juga perlu memberi sokongan kepada penagih yang baru pulih kerana sikap menyisihkan mereka akan menyebabkan penagih kembali kepada dadah.

"Daripada 3,217 jumlah penagih di Kuala Lumpur yang direkodkan dari Januari hingga Ogos tahun ini, 2,188 daripadanya adalah penagih berulang.

"Ibu bapa pula tidak harus menafikan keadaan jika anak mereka menagih dadah kononnya kerana sayangkan anak sedangkan sikap itu adalah sayang tidak bertempat. Mereka sepatutnya perlu cepat bertindak bagi memulihkan anak mereka itu," katanya.

Pada sesi 'Pengalaman Bersama Bekas Penagih' pada program itu, seorang bekas penagih berkata dia menghabiskan kira-kira RM380 sehari untuk membeli dadah berjenis Heroin dan menjadi penagih selama 18 tahun.

 



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Islam video Islam book Islam matrimonial
Islam and the west Islam koran Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke