Assalamualaikum, Saudaraku yang dihormati, Dalam negara yang berkiblat kepada sistem kapitalis, ia akan sentiasa memegang pada tujuan asal - memaksimakan kekayaan (maximization of wealth) yang mana statement ini akan kita dapati dalam buku-buku Pengurusan Kewangan. Tidak pernah diberitahu di dalam bilik kuliah tentang halal-haram dapat meraih kekayaan. Apa yang penting ialah setiap alternatif yang dipilih, ia mesti menghasilkan pulangan yang lumayan.
Bila melihat senario ekonomi dunia yang semakin merudum yang diburukkan dengan peningkatan harga bahan bakar (fuel prices), ramai yang mula mengira-ngira apakah industri yang tetap menguntungkan di kala hujan atau panas. Apakah *recession-proof* industry? Sekali congak, saya akan katakan buat masa ini ialah bidang penjagaan kesihatan pakar (specialist healthcare) dan juga bengkel (worksyop membaiki kereta). Masa gawat pun orang tetap sakit & tetap service kereta. Itu pandangan peribadi rakyat jelata spt saya. It can be right or wrong though I have facts & figures to support my argument (which is not relevant for this discussion, of course). Tapi bagi negara yang seringkali merungut kerana terpaksa memberi 'subsidi' kepada rakyat, menjana pendapatan melalui pungutan cukai, lesen dll yang bersifat tetap dan predictable adalah sangat perlu. Maka, industri apakah yang masih mampu memberi pulangan tinggi kepada kerajaaan dalam bentuk cukai jika bukan dari industri judi dsb? Negara yang mengaku Islam ini sentiasa merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan nukilan Lord Reid yang diilhamkan dari Common Law kelahiran British - bukan Al Quran dan Sunnah. Sistem pemerintahan ini sentiasa mengguna-pakai peruntukkan dalam PP ini dan mana2 undang2 yang bertentangan pasti tertolak setakat ia bertentangan. Sehubungan dengan itu - menangis berguling-guling di Dataran Merdeka atau di KLCC tidak mampu mengubah apa-apa selain tekstur kulit kerana geseran dengan permukaan lantai. Apa yang perlu dilakukan untuk mengatasi fenomena memualkan ini adalah dengan mencantas SISTEM yang melahirkan keadaan ini. SISTEM RIMBA Made In UK - ini hendaklah digantikan secara KESELURUHAN dengan sistem ISLAM yang merujuk kepada Al Quran dan Sunnah 100% bukan sekadar untuk urusan nikah-cerai dan urusan solat, puasa zakat haji sahaja. Selagi sistem/undang-undang yang melahirkan fenomena jijik ini masih ujud, selagi itulah industri judi dan maksiat tidak akan pernah selesai. Hanya dengan dikembalikan semula Daulah ISlamiyyah yang pernah bersemayam di takhta kekuasaan selama 13 abad hingga musnah dicantas Mustafa Kamal Attarturk sahajalah akan dapat menghapuskan semua ini, *once and for all. *Masalah pokok (root of the problem) jika tidak diselesaikan tidak akan mengubati pesakit - apatahlagi jika kita cuba mengubati gejala atau tanda2 sahaja, bukan penyakit sebenar. Islam ada penyelesaian. Tapi bukan penyelesaian 'asal boleh'. Marilah kita mendalami ilmu jika masih kabur dan keliru hingga akhirnya cetusan kerinduan kepada Islam akan terpercik nikmatnya juga kepada yang belum Islam. Wassalam. ** ** On 10/2/05, syed dahij <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > *Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]>* wrote: > > *Bajet 2006: Industri judi terlepas lagi! > > *Dalam pembentangan bajet 2006 sebentar tadi kerajaan telah bersetuju > memperuntukkan wang berjumlah RM138.6 billion, iaitu kenaikan sebanyak 5 > peratus. Dan dari peruntukkan sebesar itu RM101.3 billion akan disalurkan > untuk perbelanjaan operasi manakala RM35.5 bilion untuk perbelanjaan > pembangunan. > > Seperti dijangkakan cukai ke atas dua industri maksiat ataupun sin > industry ini iaitu arak dan rokok dikenakan kenaikan cukai untuk tahun 2006. > Kerajaan mencadangkan agar kadar duti eksais ke atas produk rokok dan > tembakau dinaikkan walaupun cukai jualan ke atas bahan tersebut diturunkan > pada kadar seragam iaitu 5 peratus. > > <http://photos1.blogger.com/blogger/858/414/1600/rokok.jpg> > > Duti impot ke atas arak dinaikkan antara RM25.50 ke RM108.50 berbanding > RM5.00 ke RM 54 mengikut kadar lama. > > Namun harus diingat sebenarnya terdapat satu lagi industri maksiat yang > gergasi yang sekali lagi terlepas dari kekangan peningkatan cukai oleh pihak > kerajaan BN. Industri maksiat yang dimaksudkan adalah judi. Sebagaimana yang > pernah saya tulis sebelum ini untuk tempoh 4 tahun sahaja iaitu dari 2001 ke > 2004 industri judi ini telah dikenakan cukai sebanyak RM7.1 billion iaitu > sebanyaka lebih kurang 20 peratus dari perbelanjaan pembangunan negara! > > Mengapa cukai ke atas aktiviti perjudian tidak dinaikkan? Mengapa kerajaan > benar-benar kelihatan menaja dan melindungi taukeh-taukeh besar ini? > > Hari-hari pusat-pusat perjudian ataupun outlet mereka memungut beratus > ribu ringgit malah mencecah jutaan pertaruhan hamba rakyat yang kesempitan > hidup dan hilang pertimbangan itu. Mereka yang mengaut untung secara > besar-besaran atas nestapa dan kesusahan rakyat. > > Di lubuk puaka inilah septutnya kerajaan melipat-gandakan kenaikan cukai > jualan ataupun apa sahaja yang melibatkan perjudian ini. Jangan lepaskan > mereka, atau jangan-jangan mereka menjadi anak emas lantaran besarnya > sumbangan mereka kepada BN dan Umno selama ini? Entahlah? > > ------------------------------ ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
