From: Sham <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Mon Oct 3, 2005  1:19 pm
Subject: Trivia - Denggi & Sup Ketam
ash13595
Offline Offline
Send Email Send Email
Kita setuju dgn Kak Suria, memang sup ketam cepat menaikkan pallette darah org yg kena demam denggi.  Lagi satu air tembikai yg kita blend sendiri tanpa apa-apa campuran, air tembikai kosong, takde gula! Ini, Dr HUKM yg ajar saya sekeluarga. Pengalaman saya menjaga mak dan suami saya (bulan May aritu) kena demam denggi ni dlm waktu yg sama byk mengajar saya lebih berhati-hati dan lebih tawakkal seperti yg Kak Suria ckp, we always forgot our roots & lebih kpd duniawi.
Memang masa tu kelam kabut giler sbb tak tahu nak kejar mana dulu, mak kat HUKM, suami pulak kena transfer ke HBKL sbb rashes dah teruk seluruh badan (depa takut kena denggi berdarah so from HUKM they transfer to HBKL), belum criter pasal anak-anak yg tinggal dirumah lagi. Tak tahu nak criter la perasaan masa tu, Tuhan aje yg tahu. Tapi dgn kuasa Allah, lepas saja mak saya hirup sup ketam tu buat makan tengahari, petang dalam pukul 6 Dr ambik darah buat ujian, keputusannya keesokkan pagi dan lepas makan tengahari mak saya dah boleh keluar, berbanding dengan suami saya yg tak lalu makan sup ketam ketika tu, tak usik pun sup ketam tu, pallette darahnya semakin menurun sehingga saya paksa hirup sup ketam barula pallette darahnya naik. Buat pengetahuan, Dr beritahu saya pallette darah kita kalau sekali naik, dia akan terus naik. Lagi satu, minum byk air, tak kira la air pun asalkan lebih dari 10L satu hari, ini semua yg saya lihat dan bandingkan dari mak dan suami saya.  Mak saya lebih kuat dan besemangat untuk baik, bagi aje air apa pun, semua dia minum, 1 hr ke tandas sampai 6-10 kali tp nakkan sihat dan cepat discharge dia ikut semua nasihat 4 malam aje kat hospital. Suami saya pulak terlampau layan sangat sakitnya tu, tak lalu makan, minum byk pun nak muntah duduk hospital 7 malam.
 
Nasihat saya untuk sesiapa yg dah kena agar tidak berulang lagi (sbb penyakit ni boleh berulang-ulang 3 hingga 6 bulan dlm masa yg kita kena) minum byk air dan kalau boleh minum air tembikai dan sup ketam. Dah panjang beno criter ni, akhir sekali saya ingin berkongsi bersama dibawah sup ketam simple yang saya buat ketika itu.
 
SUP KETAM
Bahan
Ketam 2 ekor
Bahan
2 biji Buah pelaga
Kayu manis sepjg jari kelingking
Sekuntum bunga lawang
Bawang putih 5 biji ditumbuk
Halia sebesar ibu jari diketok
Serbok Lada hitam/lada putih
3 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bawang goreng, daun sup & daun bawang
 
Cara
Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kayu manis, buah pelaga sampai naik bau, masukkan bawang putih, halia, biarkan seketika. kemudian masukkan air, serbok lada & garam, biar mendidih kemudian masukkan ketam, biarkan dalam 5-10 minit bagi air ketam tu sebati dgn kuah kemudian matikan api masukkan bawang goreng, daun sup & daun bawang yang telah diricih itu.
 
Note: Saya kurang gemar menggunakan bawang merah utk buat sup ni sbb saya sukakan manis dari ketam itu instead dari bawang merah yg kita guna.


Meet your soulmate!
Yahoo! Asia presents Meetic - where millions of singles gather


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Islam video Islam book Islam matrimonial
Islam and the west Islam koran Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke