Salam~
 
Selalunya orang bertanya tentang persiapan hari raya, hari merdeka, tahun baru. Kalau tidak pun, musim peperiksaan atau berjaya menjadi calon temuduga bekerja ataupun setidak-tidaknya kepada calon pengantin yang ingin memasuki gerbang alam perkahwinan atau menimang cahaya mata. Tapi sahabat kita ni agak luar biasa sikit. Ditanya mengenai persiapan menyambut Ramadhan. Kalau tidak esok, lusa kita akan mula mengharungi Ramadhan untuk tahun 2006 Hijrah.
 
Saya suka nak berkongsi pengalaman saya disini. Persiapan bagi diri saya ada dua jenis. Yang pertama, persiapan mentaliti. Mental tuning perlu dilakukan seperti untuk ubah rutin (jadual) harian. Selalu sarapan jam 9pagi tetapi kena tune agar beringat "Aku puasa, aku puasa". Selebihnya, saya set dalam minda "tingkatkan nafsiyyah, hafal kalamullah atau kalam rasulullah, tarawih, witr dll"
 
Yang kedua, persiapan fizikal. Sebelum menyambut Ramadhan, saya cuba praktis berpuasa sehari dua dalam seminggu untuk elak 'culture shock'. Setahun melanyak perut dengan multi-resepi Tanah Malaya, mungkin nanti crammed pulak sebab 'tergezut' tetiba perut sifar makanan !
 
Apapun, saya rasa kebanyakkan dari kita yang tinggal di Malaysia ni, tak jauh beza membuat persiapan menyambut Ramadhan. Mungkin ada yang buat kenduri sambut Ramadhan atau yang eksrim sikit, bertungkus lumus disaat akhir berekspedisi kesana-kemari jalan-jalan cari makan, makan sebelum tiba masa 'tak boleh' makan !
 
Untuk adik-adik yang teringin berendam, bolehlah melepaskan gian bermandi manda ditempat rekreasi air terjun dan sebagainya, sebab adatnya, bulan puasa berendam disungai 'tak elok', boleh batal puasa.
 
Untuk yang sering menghadapi waktu-waktu 'boring', CD Game Play Station, software games, papan catur/dam, atau carrom dibeli sebagai mengisi kelapangan meniti hari berpuasa nanti.
 
Itulah warna persiapan yang saya boleh perhatikan sekeliling kita di Malaysia ni.
 
Lain pula halnya di luar Malaysia. Khususnya di wilayah-wilayah yang sedang bergolak. Apa pula warna dan corak persiapan mereka menyambut Ramadhan kali ini ? Misalnya di Iraq, saban hari kita baca didada akhbar, kita dengar dicorong speaker TV mengenai pergolakan di Baghdad dan sekitarnya. Di Tebing Gaza yang sekarang sedang di serang bertubi-tubi oleh Israel, di Afghanistan, Chechnya, Sudan.. Tak ketinggalan dinegara jiran kita Thailand Selatan, Indonesia yang sedang berhadapan konflik kenaikan bahanapi lebih 100% !!
 
Sesungguhnya kita lemah, kita tak dapat gambarkan suasana kehidupan mereka ketika ini melainkan apa yang dipaparkan oleh pihak media massa. Dari apa yang dipaparkan sekurang-kurangnya kita dapat mengagak apakah persiapan mereka menghadapi Ramadhan kali ini. Apa yang saya dapat rasakan, persiapan mereka jauh berbeza dari persiapan kita disini.
 
Mungkin pada mereka, Ramadhan dan bukan Ramadhan adalah sama. Derita dan sengsara mereka yang tak terbela itu menyebabkan sebahagian mereka lupa dengan kenikmatan berpuasa dan berhari-raya seperti kita disini. Bedilan peluru dan bom, menyingkirkan cita-cita mereka untuk berpuasa dalam Ramadhan. Mungkin ada yang menyambut Ramadhan sepanjang tahun seperti di Sudan dan negara Afrika lain yang sedang dilanda kebuluran fatal !
 
Di Selatan Thai, umat jiran dilayan seperti kertas tisu jamban. Begitu juga dengan yang lain, yang menghadapi tekanan imperialisme kufur barat dan sekutu laknat lainnya tanpa kenal erti hormat pada Ramadhan ataupun lainnya !
 
Masya Allah !
 
Bila direnung semula pertanyaan sahabat kita dibawah ni, maka tersimpul dalam kotak fikiran ni,
 
PERSIAPAN YANG BAGAIMANA YANG SEPATUTNYA KITA LAKUKAN AGAR RAMADHAN DISAMBUT SELURUH UMAT ISLAM DENGAN SATU PEMIKIRAN, SATU PERASAAN !
 
Saya yakin jawapannya tidak lain melainkan kembali kan KHILAFAH ! Sistem pemerintahan kenabian yang memelihara umat (sebagai perisai), memandu kesejahteraan dibawah syari'at Islam agar sekalian manusia dinaungi rahmat Ilahi.
 
[QS Al-A'raaf (7) : 96] Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.
 
Tak patut kita mengamalkan Islam dan kehidupan secara individually sebab Islam itu menuntut kita hidup berjama'ah dalam erti kata keseluruhan. Sabda baginda SAW;
 
"Tidak beriman dari kalangan kamu sekiranya kamu tidak mengasihi saudara mu sepertimana kamu mengasihi diri kamu sendiri"
 
Dan disebutkan pula sikap kepedulian sesama muslim;
 
"Barangsiapa yang bangun tidur (diwaktu pagi) tidak memikirkan urusan umat (Islam) ini, maka dia bukanlah dari kalangan mereka (kaum muslim)"
 
Salam Ramadhan Al-Mubarak
1426 Hijriah
Wassalam

Ahmad Mustafa <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
assalamu3alaikum


Ramadhan al-Mubarak akan muncul, apa persiapan anda semua.

sekian wassalam.


Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke