assalamualaikum...ana dengan rendah dirinya memohon sesiapa saja utk memberi sumbangan kewangan utk kami menjayakan program penghayatan ramadhan.jadikanlah ramadhan sebagai satu medan utk kita beramal kebajikan...jika ragu2 atau musykil sila hubungi ana di talian 0176770607...sila baca surat yg ana lampirkan disini...harap dapat perhatian semua insyaALLAH....
 

Ahmad Shakir bin Salleh,

Kolej Kediaman Pertama,

Universiti Malaya,

50603 Kuala Lumpur,

 

 

En. Zakaria Abd Latif

Setiausaha

Muslim Care Malaysia

 

Tuan,

 

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK PROGRAM PENGHAYATAN RAMADHAN

(TAMAN ’05)

 

Perkara di atas adalah dirujuk.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Balai Islam Kolej Kediaman Pertama, Universiti Malaya bagi sesi 2005/2006 

akan menganjurkan Program Penghayatan Ramadhan (TAMAN 05) bermula dari 9 Oktober 2005 hingga

22 Oktober 2005. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan adalah seperti berikut:

 

1.                  Solat Tarawih dan witir berjemaah

2.                  Tadarus Al-Quran

3.                  Qiamullail dan sahur jama’ie

4.                  Tahlil

5.                  Kacau Bubur Lambuk dan Iftar Perdana

6.                  Kuliah dan Tazkirah Perdana

7.                  Iftar Jama’ie

8.                  Majlis Khatam Al-Quran

9.                  Majlis Perasmian dan Penutup

 

2.                  Sehubungan dengan itu, pihak Balai Islam Kolej Kediaman Pertama memohon sumbangan

kewangan daripada pihak tuan bagi melancarkan dan menjayakan segala aktiviti yang telah dirancang. Ini

adalah kerana pihak kami tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi. Sumbangan tersebut bolehlah

dibuat melalui akaun Bank Islam Pengarah Program Penghayatan Ramadhan (TAMAN ‘O5), Ahmad

Shakir bin Salleh, no. akaun 14171020021242.

 

3.                  Justeru, pihak kami berharap pihak tuan dapat memberi sumbangan supaya program ini dapat

dijayakan untuk memantapkan program pentarbiyahan jiwa di Kolej Kediaman Pertama dalam usaha

melahirkan insan yang memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan Negara.

 

Segala kerjasama pihak tuan saya dahului dengan jutaan penghargaan.

 

Sekian.

 

“ILMU DAN AMAL PEMANGKIN KECEMERLANGAN MUSLIM”

Yang benar,

 

 

 

__________________

AHMAD SHAKIR BIN SALLEH

Pengarah

Program Penghayatan Ramadhan (TAMAN 05)

Balai Islam Kolej Kediaman Pertama,

Universiti Malaya.

Sesi 2005/2006.          

 


Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke