Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Berani kerana benar tiada dalam kamus BN
ROSLAN SMSSidang dewan rakyat siang tadi gempar apabila suatu surat dari Ketua Pengarah MITI telah diedarkan kepada semua ahli dewan. Sebagaimana dilaporkan BERNAMA:
Surat bertarikh 30 Sept itu, dan ditandatangani oleh KSU kementerian Datuk Mohd Sidek Hassan, adalah bagi menjelaskan mengenai kesan pengedaran senarai nama anggota Parlimen yang telah menerima AP untuk membawa masuk kereta import bagi kegunaan sendiri.
Kebanyakan ahli dewan menganggap pengedaran surat tersebut menghina Parlimen kerana Menteri yang berkenaanlah yang sepatutunya memberikan penjelasan kepada dewan dan bukannya berlindung melalui surat KSU nya. Menurut prinsipn akauntabiliti, pertanggunjawaban terhadap Parlimen terletak atas bahu Menteri.
Ekoran kekalutan itu Ketua Pembangkang Lim Kit Siang telah mengemukakan usul agar Rafidah Aziz dan KSUnya itu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan.
Apa yang mahu diperkatakan di sini adalah sikap ahli-ahli dewan terhadap usul tersebut. Isunya memang jelas bahawa surat yang diedarkan itu sesungguhnya tidak kena pada tempatnya, malah cuba melarikan pertanggungjawaban menteri berkenaan terhadap badan perundangan yang tertinggi dalam negara.
Masalahnya walaupun jelas, namun oleh kerana isu ini dibawa oleh pembangkang, maka ia tidak boleh disokong oleh mana-mana anggota dewan dari BN. (Kebetulan dua orang wakil Bn iaitu dari Kinabatangan dan Sri gading telah berbahjas menyokong usul tersebut).
Menurut TPM Najib Tun Razak yang juga Ketua Whip BN di Dewan Rakyat:
Dalam apa keadaan pun mereka tidak boleh menyokong usul yang dibawa oleh Ketua Pembangkang.
Tidakkah pelik bunyinya. Bermakna walaupun sesuatu perkara itu dibawa demi kepentingan rakyat dan negara namun kiranya ia dibawa pembangkang benar atau betul sekali mana pun ianya tetap tidak boleh disokong!
Setahu saya sebelum ini memang ada usul-usul yang dibawa oleh ahli dewan dari parti pembangkang yang telah turut disokong oleh wakil BN, termasuklah yang dibawa oleh wakil PAS khususnya isu yang melibatkan Islam dan hubungan antarabangsa.
Kalau beginilah disiplin yang mahu dikenakan terhadap ahli-ahli dewan dari BN, bermakna ianya salah dan tidak bermaruah serta beretika. Bermakna juga ahli-ahli dewan dari BN tidak lebih dari rubber stamp ataupun robot yang cuma boleh bercakap atas perkara-perkara yang diizinkan kepada mereka oleh ketua mereka tidak kiralah samada perkara itu benar atau sebaliknya.
Sothinathan dari MIC pernah digantung dari dewan kerana menyuarakan kepentingan bangsanya dalam dewan, dan kini giliran Bung Moktar dan Mohamed Aziz pula. Lain kali kalau mahu mempertahankan kebenaran dalam dewan, lompat sahaja ke bangku pembangkang, kerana di bangku BN cuma rubber stamp dan robot sahaja yang dibenarkan bercakap!SILA KUNJUNGI BLOG ROSLAN SMS
Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.
How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
