---------- Forwarded message ---------- From: Pak Ngah <[EMAIL PROTECTED]> Date: 04-Oct-2005 14:20 Subject: [Bicara Bersama Pak Ngah] MAZHAB MALIKI-Imam Malik To: [EMAIL PROTECTED]
MAZHAB MALIKI-Imam Malik Imam Malik merupakan pengasas mazhab Maliki. Nama sebenarnya ialah Malik bin Anas bin Aamir al-Asbahi. Berketurunan Arab, dilahirkan dan dibesarkan di Madinah. Terkenal dengan peribadi yang mulia iaitu seorang yang bersopan-santun, pendiam, benci kepada perkara keji, kuat berfikir untuk mencari kebenaran, tegas pendirian dan berani mengemukakan kebenaran. Beliau selalu menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah hingga ke kubur. Beliau telah berguru dengan lebih daripada 700 orang ulama' dan ahli hadith di antaranya Abdul Rahman bin Hurmuz, Nafi'(Maula) Ibnu Umar, Ibnu syihab al-Zuhri, Yahya bin Rabi' al-Ansori, Rabi' bin Abdul Rahman(ar-Rakyi) dan sebagainya. Imam Malik mempunyai kecerdasan yang luarbiasa dan dapat menghafaz al-Quran sejak kecil lagi. Beliau adalah orang yang mula-mula menyusun hadith Rasulullah s.a.w. dalam sebuah buku dan terkenal sebagai pengarang dan penyusun al-Muatta'. Mazhab Maliki terkenal dengan gelaran mazhab ahli hadith. Pengikut Mazhab Maliki banyak terdapat di Mesir, Sepanyol, Libya, Maghribi dan Algeria. Dasar yang diamalkan oleh mazhab Maliki dalam mengeluarkan hukum Islam ialah al-Quran, as-Sunnah, ijma' ulama', masolih-mursalah dan amal ahli madinah(adat-adat dikalangan penduduk Madinah). Di antara hasil karya Imam Malik yang terkenal ialah kitab al-Muatta' dan kitab Nasul-Quran wa-zahiruhu. Ulama' terkenal dari mazhab Maliki ialah Ibnu Mubarak, Abdul Rahman bin al-Qasim, Khalil bin Ishak, al-Ajhuri, Alkarsi dan al-Adawi. Wallah hu a'lam… -- Posted by Pak Ngah to Bicara Bersama Pak Ngah at 10/04/2005 07:16:00 AM -- "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan Seluruh Alam" PakNgah70 http://pakngah70.blogspot.com/ ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Click here to rescue a little child from a life of poverty. http://us.click.yahoo.com/rAWabB/gYnLAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
