MAZHAB SYAFIE'-Imam Syafie'

Merupakan pengasas mazhab Syafie'. Nama sebenarnya ialah Imam Abu
Abdillah, Muhammad bin Idris bin Usman bin Syafi'i. Dilahirkan di
wilayah Ghazzah, Palestin dan dibesarkan di Makkah serta mendapat ilmu
di sana. Beliau dilahirkan dalam tahun 150H dan meninggal dunia di
Mesir pada tahun 204H.

Imam Syafie terkenal sebagai ulama' hukum dan imam bagi Mazhab
Syafie'. Aliran mazhab Syafie' terkenal sebagai mazhab aliran
pertengahan di antara aliran akal dan hadith. Dasar fatwa mazhab
Syafie' adalah al-Quran, as-Sunnah, ijma' ulama', al-Qias dan
al-Istidlal. Pengikut mazhab Syafie banyak terdapat di seluruh Asia
Tenggara, Mesir, Palestin, Sudan dan Yaman.

Imam Syafie' telah hafaz al-Quran sejak umur lapan tahun, beliau mahir
dalam bahasa Arab dan kesusasteraan Arab. Beliau adalah seorang ulama'
yang amat tajam pemikiran dalam mengeluarkan hukum dan pernah dilantik
menjadi Mufti dalam usia lima belas tahun di Masjidil Haram. Beliau
cintakan ilmu pengetahuan sejak dari kecil, suka mengembara untuk
mencari ilmu pengetahuan, berusaha mengembangkan ilmu di tempat yang
dikunjungi dan bersedia menukar fikiran bila keadaan didapati sesuai.

Imam Syafie' telah mengarang beberapa kitab yang terkenal di antaranya
kitab al-Um, kitab al-Musnad, kitab al-Risalah dan kitab al-Hujjah. Di
antara ulama' mazhab Syafie yang terkenal ialah Mokhyidin
al-Nawawi(Imam Nawawi), Taqayuddin al-Subki, Zakaria al-Ansari, Ibnu
Hajar al-Haitami dan Ahmad bin Hanbal.

Semasa di peringkat awal iaitu semasa beliau tinggal di Hijjaz dan
Iraq beliau mengeluarkan hukum yang dikenali sebagai Qaul Qadim dan
semasa beliau berpindah ke Mesir beliau mengeluarkan hukum-hukum yang
berkainan dari dahuku dikenali dengan Qaul Jadid.

Wallah hu a'lam…


--
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan
Seluruh Alam"

PakNgah70
http://pakngah70.blogspot.com/


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Click here to rescue a little child from a life of poverty.
http://us.click.yahoo.com/rAWabB/gYnLAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke