dai massej info .. http://massej.info/v3/index.php


Yaman: Bumi Subur Yang Aku Lihat

Ana baru pulang dari menziarahi Yaman selama seminggu.
Kesempatan itu ana ambil dalam perjalanan balik dari
membawa rombongan Umrah dengan menaiki Yaman Air
(Yemenia). Ketika transit di San'aa selama 3 jam,
jemaah Umrah ana lepaskan pulang ke Malaysia, sedang
ana tukar tarikh penerbangan dengan melewatkannya
seminggu untuk membuka mata melihat lembaran realiti
yang dibentangkan oleh amal dakwiyy (dakwah) di bumi
bertuah tersebut.

Islam mula masuk ke Yaman sejak zaman Nabi saw lagi.
Muaz Jabal nama yang tidak asing lagi. Jamek Kabir
(Masjid Besar) masih tersergam di San'aa Qadim dibina
sejak zaman Nabi saw. Bezanya, masjid-masjid di Yaman
sentiasa penuh dengan jemaah solat berbanding dengan
Mesir, apatah lagi Malaysia!!!

Sifat bandar San'aa yang paling istimewa ialah :

1- Ia terletak di atas banjaran (seperti di Cameron
Highlands), maka keadaannya sejuk sedap di musim panas
sekarang.

2- Ia tidak pernah di jajah oleh Barat atau Timur. Ini
berbeza dengan bandar Aden di selatan, yang dijajah
oleh British, kemudian oleh Komunis sehingga Perang
tahun 1994(?) bila Yaman Utara mengalahkan Yaman
Selatan (Komunis) lalu terbentuk Yaman Bersatu hingga
sekarang, ibu negaranya San'aa. Oleh itu kesan budaya
kuning hampir tiada, tidak seperti Mesir dan
negara-negara Arab lain. Wanita semuanya berjubah
purdah hitam tanpa kesan materialistik seperti di
Saudi dan lelaki semuanya bersenjata sama ada dibawa
bersama klasinikov atau tetap ada di rumah
masing-masing.

Di jalanraya, jika 99% wanita memakai memakai jubah
purdah hitam, maka 70% lelaki memakai khanjar / keris
kerambit di tali pinggang masing-masing yang mereka
panggil dalam bahasa ammi (bahasa tempatan)"Jambia".
Ini bukanlah dianggap senjata kepada mereka tetapi
hanyalah sebagai ziinah /perhiasan bagi lelaki!!!


Di segi dakwah, seperti negara-negara Arab lain,
pemerintah cuba melaksanakan kuku besi semaksima boleh
terhadap rakyat. Begitu juga cubaan terhadap Dakwah di
Yaman, tetapi mempunyai tahapnya kerana :

1- Semua rakyat bersenjata. Bayangkan setelah tamat
Perang 1994 melawan Yaman Selatan dan menang, kabilah
masing-masing akan membawa pulang senjata-senjata ke
kabilah / rumah masing-masing seperti anti-aircraft,
kereta kebal, peluru berpandu dan sebagainya. Ada satu
tulisan, seorang mengeluh kerana pihak kerajaan ingin
membeli senjata berat dari dia dengan harga yang murah
!!!

2- Semangat kabilah zaman dulu masih wujud dan
terpakai di Yaman. Beberapa kabilah dengan pejuang
mujahidin masing-masing jika bersatu sudah cukup untuk
mengatasi kekuatan tentera kerajaan yang resmi.
Bayangkan, banyak kes-kes selesai dalam perbicaraan
dalaman kabilah tanpa perlu dibawa ke mahkamah!!!

Realiti politik pula, parti pemerintah iaitu Muktamar
Syakbiyy Yamani menduduki lebih kurang 220 dari 300
kerusi walau mendapat 800,000 undi dalam pilihan raya
lalu.Kebanyakan undi dari orang-orang lemah, miskin
yang disogok wang dan seumpamanya. Presiden Yaman dari
Muktamar bernama Ali Abdullah Saleh.

Parti Tajammuk Yamani lil Islah menduduki 80 dari 300
kerusi walaupun mendapat 1,500,000 undi dalam pilihan
raya lalu. Walau pun undi lebih banyak dari Muktamar,
tetapi kerana tazwir (penipuan), Muktamar dapat lebih
banyak kerusi dari Islah. Kebanyakan undi dari
intelek, pemuda/i, masyarakat awam yang sedar, orang
miskin/luarbandar yang merasai aktiviti kebajikan,
kesihatan dan pendidikan di pusat-pusat Islah yang
banyak bertaburan dibandar-bandar. Presiden Islah
bernama Syeikh Abdullah Hussein Al-Ahmar yang
diletakkan sedang beliau juga adalah syeikh kepada
semua masyaikh semua kabail di Yaman !!!

Empat bulan lalu, Presiden Ali hendak menaikkan harga
petrol. Presiden Abdullah Al-Ahmar memanggil semua
masyaikh (Sheikh-sheikh) menentang kenaikan tersebut.
Harga minyak yang naik beberapa hari akhirnya turun ke
harga asal. Pada mereka wang negara banyak tetapi
dicuri oleh “perampok-perampok” negara, maka tidak
patut rakyat terus dibebankan dengan mengambil sempena
isu ini.

Parti-parti lain ialah Parti Nasiriyy (semangat Arab
Jamal Abdul Nasir), Parti Komunis Yaman (dulu kuat di
selatan, tapi bila Yaman dah bersatu, jadi hidup segan
mati tak mahu) dan lain-lain parti. Semua parti
pembangkang bergabung di bawah Islah sebagai
pembangkang.

Oleh sebab kebebasan seperti ini, lalu
aktiviti-aktiviti tarbawiyy dan ansyitah dakwiyah
boleh dijalankan dengan sangat baik, Parti Islah
sangat menonjol di dalam masyarakat. Yaman sebuah
negara yang kaya dengan minyak, hasil laut (antara
pinggir pantai yang terpanjang), galian dan
sebagainya. Jika tidak tazwir(penipuan) yang berlaku
di dalam pilihan raya, Islah memerintah dengan penuh
takwa, bermasyruk (mempunyai projek) dengan jayanya
menuju keagungan Islam, namun seperti ditempat-tempat
lain, Allah menghendaki agar duat melalui perit getir
amal, barulah dipenghujungnya nanti mereka akan
mengecapi dan menghargai nikmat An-Nasr seperti para
Sahabat ra dan Sabiquun Awwaluun.

Amal tarbawiyy juga baik dan bukan medannya di ruangan
yang sempit dan masa yang terhad ini. Perbincangan dan
perkongsian adalah sangat bermanfaat. Semoga Allah
memberkati Yaman dan bumi Islam yang lain seperti
dalam hadis 'Allahumma baarik Yamanina. Allahumma
baarik Syamina ..." bermaksud ya Allah berkatilah
Yaman kami..ya Allah berkatilah Syam kami...


Ayuh ...


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke